Friday, 13 September 2013

Court Banguuuuunnnn.....Dari Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar (7-2-2009) - Perbicaraan Geng 13

Sabtu, 14 September 2013
Perbicaraan Orang Kena Tahan (OKT) Geng 13 OPS BUBAR DUN PERAK
Thursday, 10 December 2009
[Picture+511.jpg]
Gambar sebahagian OKT bersama para peguam yang komited!!!
Catatan ini ditulis pada 7hb Februari dari Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar:

Buat masa ini sedang berada di dalam mahkamah sesyen Kuala Kangsar. Kes seperti biasa sepatutnya bermula jam 9 pagi namun kebiasaannya jam 9.30 barulah perbicaraan akan bermula.

Courrrrrrttttt....banguuuuuuuuunnnnnn!!!...Duduk tertib tertib, handset matikan..inilah dengungan bunyi arahan yang akan bergema di dalam kamar mahkamah setiap kali Hakim menjejakkan kaki masuk ke 'singgahsananya'.

Perlu banyak bersabar dan reda dengan keadaan apabila mahu berjuang.Jika ditangkap dan didakwa inilah hakikat perjalanan hidup yang perlu dilalui. Perjalanan perbicaraan kes yang bakal mengambil masa yang lama, panjang hingga bertahun2.

Untuk kes perhimpunan aman yang didakwa oleh polis sebagai perhimpunan haram ada yang mengambil masa sehingga 10 tahun lamanya dengan perbicaraan ditangguh berkali-kali. Bagi kes OPS BUBAR DUN PERAK ini pada pandangan saya buat masa ini berjalan dengan lancar dengan kes dibicarakan hgampir setiap bulan selama 3-4 hari lamanya.

Namun tetap akan mengambil masa yang panjang bila ada lebih dari 50 orang saksi yang bakal dipanggil dengan 1000 keping gambar di tempat kejadian yang perlu diteliti.

Perjuangan perlu diteruskan untuk menyerlahkan bahawa polis bertindak kejam dalam menghalang kebangkitan rakyat!!!

Sabar dan terus bersabar.....
Posted by ummu asiah at 14:58  


"Dengan rasminya saya menjadi ibu tunggal." Status Salah Seorang Isteri Perserta 'Ops Bubar DUN Perak'


9 dari 13 orang OKT Ops Bubar DUN Perak bergambar selepas hari pertama sebutan kes pada Mac 2009. Faiz dua dari kanan, sebelahnya Tuan Haji Isha
" Hj Amin, macam mana ni, semalam seorang tak hadir, sekarang seorang lagi minta tak hadir. Berapa tahun lagi kes ini nak habis." Puan Norsalha, Puan Hakim untuk kes 'Ops Bubar DUN Perak' menegur Tuan Haji Aminuddin peguambela untuk kes ini.
Sejak kes bersambung pada Isnin 17 hb Disember, Tuan Haji Isha tidak hadir kerana sedang berada di Hospital di Kuala Lumpur menjalani pembedahan. Puan Hakim sudah memberi arahan agar sijil sakit segera dihantar hari ini atau waran tangkap akan dikeluarkan.

Manakala Faiz Arshad pula memohon pengecualian agar dia dapat pergi menghadiri temuduga kerja yang akan diadakan hari ini.

Faiz ketika ditangkap pada 6hb Februari 2009 adalah seorang pelajar di Kolej Islam Darul Ridzuan yang terletak tidak jauh dari Masjid Ubudiah di mana kejadian tangkapan berlaku-Perhimpunan Aman membantah perlantikan Menteri Besar Haram Perak.

Semalam 19hb Disember dua orang sahabat Faiz, Hashim Ahmad dan Zulkifli dipanggil menjadi saksi awam bagi pihak pembelaan. Mereka berdua turut bersama Faiz ketika kejadian.

Peguam kami Tuan Haji Aminduddin memaklumkan mereka berdua ini sekarang sudahpun menamatkan pengajian dua tahun mereka di Universiti Muqtah, Jordan dan pulang bekerja dan kini menjalani praktikal di sebuah sekolah di Sarawak. Faiz juga mendapat tawaran yang sama namun terpaksa ditolak kerana kes ini tidak membenarkan beliau melanjutkan pelajarannya di luar negara.

Entahlah, saya mungkin tidak memahami proses undang-undang. Namun saya berpengalaman melalui dua lagi kes yang lain juga berkaitan dengan tangakapan di perhimpunan aman. Untuk kedua tersebut juga membabitkan OKT yang ke luar negara melanjutkan pelajaran mereka masing-masing.

Kata seorang OKT, "patutnya Faiz bangun dan menyatakan bahawa dia sudah melepaskan peluang untuk melanjutkan pelajaran, berilah peluang kali ini untuk pergi temuduga kerja pula."  Faiz akur dengan arahan Puan Hakim, "Telefon Pengarah syarikat ini dan maklumkan ada kes di sini." *Noktah*

"Tidak mengapa, Insyaa Allah, Allah akan sediakan peluang yang terlebih baik lagi." Kata seorang lagi OKT kepada Faiz sambil menepuk-nepuk bahu Faiz.

Ya, begitulah caranya kita mententeramkan hati. Allah lebih berkuasa, Allah tahu apa yang lebih baik buat kita. 
Bila sesuatu dugaan berlaku kita rasa seolah satu batu besar yang menghempap ke dada. Sesak. Sedih. Seolah sukarnya mahu nampak cahaya di hujung terowong itu. Namun bila ianya berlalu kita tidak sedarpun betapa Maha Mendengar dan Maha Mengasihaninya Allah pada hambaNya yang memudahkan urusan kita. 

Inilah yang telah kami lalui sepanjang hampir 4 tahun kes ini berlangsung. saya dapat memahami kekecewaan dan kesedihan itu bila mana suami sendiri terpaksa melepaskan peluang bekerja di luar negara yang memberikan pendapatan yang lebih. 
Perbicaraan kes 'Ops Bubar DUN Perak' bersambung hari ini jam 10.30 pagi. Bekas Aktivis Mahasiswa Shazni Munir dipanggil menjadi saksi. Kumpulan mereka pada hari kejadian telah berucap dengan sungguh bersemangat sekali sekitar jam 4 petang. Polis dan SB di sekeliling berlonggok namun tiada tangkapan dibuat.

Bila masanya sesebuah perhimpunan rakyat menjadi 'Haram' hingga segelintir perlu ditangkap, dipenjarakan, didakwa dan dibicarakan bertahun lamanya. Ini persoalan yang kita mahu jawapannya di dalam mahkamah ini kerana mereka yang ditangkap didakwa berada di perhimpunan haram dan gagal bersurai.

"Kalau ini dibenarkan dengan alasan mandat susah nanti bila kes ini masuk ke Mahkamah Tinggi." tambah Puan Hakim lagi. Aduh, harapan kami biarlah ianya berakhir dengan baik dan cepat. 

Menang atau kalah, Allah jua yang berkuasa menentukannya. Apa yang kami tahu kami tidak bersalah dan kami berkumpul untuk menyatakan yang benar. Melawan kezaliman.
Read more: http://pakat-pakatkalih.blogspot.com/2013/09/dengan-rasminya-saya-menjafi-ibu.
Posted by Samm BM

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena