Sunday 15 September 2013

KDU: Mahu bawa PAS ke mana ? - 'Genarasi Y' yang sentiasa mempersoalkan itu dan ini...

Isnin, 16 September 2013
Photo
'G:enarasi Y' yang sentiasa mempersoalkan itu dan ini...
KDU: Mahu bawa PAS ke mana ?
Photo
Inilah luahan penulis, yang kerdil...(Pandangan)
Isu panas kelmarin adalah kekalutan dalam PAS. Kali ini, pencetus khabar baru adalah daripada Ulama.

Ada dua versi pandangan, pertama sudah dijelaskan oleh Dato TG Presiden bahawa kerjasama PAS dalam PR hendaklah dikaji untuk dibuat penambahbaikan. Bukannya dikaji bagaimana cara mahu tinggalkan PR ini.

Ramai rakyat, membaca seruan daripada KDU (Ketua Dewan Ulama) sebagai saranan sungguh-sungguh dan bukannya olok-olok. Parameter bacaannya kerana kekalahan PAS dan penolakkan undi Melayu pada PRU yang lepas.

Kita tunggu sahaja, apa reaksi Pak Subky Latif dalam hal ini. Melalui MSO (Mohd Sayuti Omar) penulis prolifik yang digeruni kawan dan lawan. Beliau adalah orang pertama yang membahaskan secara kritis dan menyanggah pandangan KDU PAS ini.

Kini, ramai yang mentertawakan dan mempersendakan 'kita atas halatuju ' Multaqa berkenaan. Pertemuan seumpama itu, adalah bagaimana dakwah, manhaj dan sebagainya diperkasa kepada massa. Sementelahan dalam bertembung dengan 'Genarasi Y' yang sentiasa mempersoalkan itu dan ini.

Kini, ramai kawan-kawan kita makin bercelaru. Di mana imej PAS sebagai parti islam. Penulis tertarik dengan ulasan blog Dr Mujahid Yusof Rawa dalam soal Gerakan Islam dan Dakwah. Yang seratus peratus meniru modes operandi Ikhwan Muslimun Mesir.

Nampaknnya 'peperangan dan perdebatan' besar bakal berlaku pada Muktamar akan datang. Ibarat kata TGNA , PAS jangan 'beri pelampung kepada Umno'.

Inilah luahan penulis, yang kerdil dan amat menyayat hati bilamana parti yang ku sanjungi dan dokongi akan jadi begini.
Posted by zbh2663 Muhajirin at 10:41 PM
naimnikmat.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena