Wednesday 18 September 2013

Kes Liwat II : Mahkamah Rayuan Benarkan Shafiee Ketuai Pendakwaan...

Khamis, 19 September 2013
Mahkamah Rayuan Benarkan Shafiee Ketuai Pendakwaan...
Datuk Seri Shafee Abdullah di luar Mahkamah Rayuan hadir mendengar permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggugurkannya sebagai ketua pendakwaan. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 18 September, 2013.

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan peguam, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah (gambar) untuk mengetuai pasukan pendakwaan bagi permohonan mengembalikan perintah pembebasan Datuk Seri Anwar daripada tuduhan meliwat.
Hakim Datuk Ramly Ali berkata, pelantikan itu benar mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Kanun Acara Jenayah.

Hakim juga menyatakan bahawa Shafee bukan saksi material dalam kes liwat itu, iaitu alasan yang dikemukakan pasukan pembelaan Anwar bagi tidak membenarkan Shafee mengetuai pasukan pendakwaan. – 18 September, 2013.
TMI
Shafee Boleh Bertindak untuk Pendakwaan

 Mahkamah Rayuan membenarkan peguam Muhammad Shafee Abdullah mewakili pendakwaan dalam kes rayuan terhadap pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat kedua terhadap dirinya.

Hakim Ramly Ali yang mengetuai tiga panel hakim berkata, keputusan itu dicapai secara sebulat suara.

"Mahkamah tidak yakin terhadap permohonan (pembelaan) dan Shafee (boleh) mewakili pendakwaan," putus hakim hari ini.

Katanya, kedua-dua belah pihak akan dimaklumkan bila rayuan itu akan didengar.

Hakim lain menganggotai panel itu Rohana Yusof dan Mohd Zawawi Salleh.

Anwar pada Januari tahun lalu dibebaskan daripada tuduhan menuduh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008. - 18/9/13.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena