Saturday 14 September 2013

DAP Perak kesal: Mereka bukan pengganas tetapi rakyat Malaysia dan pejuang yang mempunyai hak... untuk bersuara

Sabtu, 14 September 2013
Mereka yang mahu menghulurkan sumbangan melalui akaun Maybank Berhad, Parti Islam SeMalaysia (PAS), nombor akaun 558453100225 atau hubungi Pejabat PAS Perak di nombor 05-2557231 

   IPOH: “Mereka bukan pengganas tetapi rakyat Malaysia dan pejuang mempunyai hak untuk bersuara apabila demokrasi dicemar dengan rampasan kuasa,” kata Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.

Beliau juga sedih dan terkejut dengan keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar yang menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM5,000 ke atas 13 peserta demonstrasi di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, 6 Februari 2009 lalu.

Menurut Ngeh, keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman maksimum juga amat tidak wajar memandangkan semua yang dihukum itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Malah, katanya, semua tertuduh telah memberi kerjasama yang sangat baik kepada mahkamah sepanjang lima tahun perbicaraan dijalankan.  

“Bagi DAP Perak, kami menghormati keputusan mahkamah tetapi amat bersimpati kepada semua yang disabitkan kesalahan.

“Ada antara mereka adalah pesara kerajaan dan hukuman itu mungkin akan memendekkan penerimaan pencen mereka dan ada yang masih bekerja dan berkeluarga, bagaimana dengan kebajikan ahli keluarga mereka apabila punca pendapatan keluarga terjejas selama dua tahun,” soal beliau.

Ngeh yang juga Ahli Parlimen DAP Beruas berkata, tuduhan liar sesetengah pihak yang mengaitkan peserta demonstrasi itu menentang sistem kesultanan Negeri Perak adalah tidak benar kerana mahkamah telah menjatuhkan hukuman mengikut Seksyen 145 Kanun Keseksaan (Akta 574) kerana mengingkari perintah bersurai oleh pihak polis.

“Tuduhan ini sama seperti mereka yang berjuang untuk kemerdekaan menentang British. Asal sahaja yang berjuang untuk merdeka, mereka di tuduh pengganas,” kata Ngeh.

Pada masa yang sama beliau berharap agar mahkamah akan mempertimbangkan rayuan semua yang disabit kesalahan bagi meringan hukuman.

Menurut Yang Dipertua PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussin pula dalam kenyataan media, PAS negeri dan Pakatan Rakyat (PR) Perak akan berusaha membantu semua tertuduh dalam proses permohonan rayuan itu.

“Bagi meringankan beban keluarga semua yang disabitkan kesalahan itu, PAS Perak telah mengarahkan semua PAS Kawasan melancarkan tabung khas bagi menyalurkan sumbangan,” ujar beliau.

Mereka yang mahu menghulurkan sumbangan melalui akaun Maybank Berhad, Parti Islam SeMalaysia (PAS), nombor akaun 558453100225 atau hubungi Pejabat PAS Perak di nombor             05-2557231      .
Hakim Norsalha Hamzah hari ini memutuskan semua 13 tertuduh dijatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM5,000 seorang.-Roketkini.com
Dicatat oleh ELBI RISALAH di 9/14/2013 09:40:00 PTG  

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena