Sunday 22 September 2013

Peng lawan Jepun, Peng lawan British, Peng lawan untuk negara ini juga... Ingat, Melayu Jangan Leka!

Ahad, 22 September 2013
Telur Gred C sepapan cecah RM10.00 dah!
BERDIRI DI ATAS SEPAPAN TELUR?
Gambar ini cikgu ESA ABD SAMAD ambil ketika menganjurkan aktiviti selepas PMR di SBP Integrasi Rawang. Anda mungkin terkejut; gilakah pelajar ini berdiri di atas sepapan telur? Tak takutkah telur itu pecah?
ESA ABD SAMAD
 Melayu Jangan Leka!
Photo
Kelab Protes Barang Naik (Protes BN)

Nasi Sudah Menjadi Bubur...


51% Terima  49% Tolak
Pas Bkt Sentosa
Harga Sayur Pun Naik Kerana Minyak Naik..
Ayam mahal = boikot ayam katanya.
Daging mahal = jangan makan daging.
Ikan mahal = jangan makan ikan.

Tak boleh makan ayam + daging + ikan = gizi dah jadi tak seimbang. Ganti telur untuk dapatkan protein. Tapi telur pun MAHAL NAK MAMPOS gak sekarang neh.


Gred C sepapan cecah rm10.00 dah.
Sejak2 minyak naik, harga barang makan serba serbi naik. Taktau nak cakap apa. Yang terkini sayur pula. Harga sayur dilaporkan semakin mahal berikutan dengan pengumuman kerajaan yang menaikkan harga minyak baru2 ini.
Lihat ;
Menteri kata cuaca faktor utama yang mempengaruhi harga sayur-sayuran di pasaran tempatan. Betul ke? Bukan hanya tahun neh aje hujan kot. Tiap2 tahun memang ada hujan nya di Malaysia neh. Tapi patern kenaikan harga barang makanan pula ;
1. Asal musim perayaan jek tetiba semua barang makanan di naikkan harga.
2. Asal minyak naik tetiba semua harga barang meningkat..

Kenapa pula?
Menteri cuba menyangkal dakwaan harga sayur semakin mahal disebabkan peningkatan harga minyak. Sebaliknya berkata cuaca punca utama. Tapi aku memang tak percaya dengan kata2 menteri Malaysia. Ko bagi jawapan syok sendiri je la kau.

Kalau betul hujan faktor utama apsal pula setiap kali hujan tak pula sayur naik harga?

Hehe.
Apa pun kita raikan aje la kenaikan semua barang di Malaysia neh. Mereka naik secara berjemaah pula tue. Tambang bas ekspress pun telah dinaikkan 10%. Bermula sebagai caj tambahan kini bertukar menjadi tambang tetap. Maksudnya caj tambahan pada musim perayaan telah bertukar nama menjadi tambang bas.

Dan akhir tahun ini SPAD akan memberikan jawapan samada pengusaha BAS EKSPRESS boleh menaikkan tambang sehingga 30% ataupun sebaliknya. Pun begitu, kerajaan dah luluskan 10% kenaikan dari 30% yang dipohon oleh mereka.

Nasib la sapa2 yang naik bas tu. Extra duit. Sapa yang suka makan sayur pula, extra duit untuk beli sayur. Semua neh ketetapan dan ketentuan Allah. UFB yang ajar.
Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2013/09
Apa yang abunya boleh buat!
Panas!! Bekas pegawai tentera udara pergi ke Bangkok memberikan penghormatan terakhir kepada Chin Peng.
Bekas pegawai tentera udara, yang hilang seorang kawan dalam tragedi Gubir 1967 selepas komunis menembak jatuh helikopter Nuri di Perak, berkata Chin Peng patut diperakui mempunyai peranan dalam gerakan kemerdekaan.

"Apabila kamu berlawan, kamu berkhidmat kepada negara kamu dan kamu menyerang apabila diserang.

"Tetapi kemudian, apabila saya membaca mengenainya, saya faham beliau melawan Jepun, beliau melawan British, jadi beliau melawan untuk negara ini juga," katanya.

Ditemui di majlis perkabungan setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) di Bangkok pada Sabtu, pegawai tentera yang enggan dinamakan itu berkata, atas sebab itu beliau hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Chin Peng.

"Perjanjian damai sudah ditandatangani. Biarkan begitu. Saya di sini untuk memberikan penghormatan kepada seorang rakyat Malaysia.

"Sekarang abunya juga tidak dibenarkan kerajaan. Apa yang abunya boleh buat?" soalnya.

Kerajaan tidak membenarkan Chin Peng tinggal di Malaysia atas alasan bukan warganegara negara ini dan tidak pernah memohon kembali selepas Perjanjian Damai 1989 ditandatangani.

Dakwaan ini disangkal rakan dan anggota keluarganya.
-malaysiakini-

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena