Saya langsung tidak terperanjat kematian Chin Peng malah dia patut sudah lama mati
Ong Boon Hua (Chin Peng)
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berkeras agar mayat pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng tidak dibawa pulang ke Malaysia kerana pemimpin itu sememangnya tidak dibenarkan pulang sejak hayatnya lagi.
Pengerusi Perkasa Datuk Ibrahim Ali (gambar) berkata kematian Chin Peng tidak memeranjatkan berikutan usianya yang sudah tua malah pemimpin itu sewajarnya mati sejak dahulu lagi.
“Saya langsung tidak terperanjat kematian Chin Peng malah dia patut sudah lama mati. Mayatnya juga tidak perlu dibawa ke Malaysia kerana kerajaan memang tidak membenarkan Chin Peng kembali dari dulu lagi.
“Pada saya, Chin Peng bukan sahaja kepala komunis yang mengganas tetapi dia juga adalah penjenayah. Sejarah manusia seperti Chin Peng mesti dipadamkan daripada sejarah dan diketahui oleh rakyat terutama generasi muda,” katanya melalui satu kiriman pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider.
Katanya, meskipun rakyat perlu mengetahui sejarah hitam negara sebagai pengajaran tetapi masyarakat tidak wajar dihidangkan dengan sejarah pengganas dan penjenayah yang telah meragut keamanan negara.
“Rakyat Malaysia lebih elok mengenang sejarah Tun Tan Cheng Lock dan Tun Tan Siew Sin tetapi tidak Chin Peng. Kita lupakan sahaja Chin Peng ini,” katanya.
Dari kiri Rashid Maidin, Chin Peng dan Chen Tien pada sesi rundingan di Baling pada tahun 1955
The Malaysian Insider melaporkan Menteri dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menggesa agar rakyat Malaysia tetap menganggap Chin Peng sebagai seorang ketua pengganas dan berkata anggota keselamatan negara masih tidak dapat melupakan peristiwa hitam bergelut dengan keganasan regim tersebut.
“Saya pinta agar Chin Peng tetap dianggap sebagai ketua pengganas dan anggota keselamatan seperti polis dan tentera masih belum dapat melupakan dan memaafkan keganasan pemimpin PKM itu,” kata Ahmad Zahid sewaktu dihubungi The Malaysian Insider.
Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng meninggal dunia di Bangkok, Thailand pagi ini pada usia 90 tahun menurut laporan Bangkok Post, beliau meninggal dunia pada pukul 6.20 pagi.
Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan di Setiawan, Perak pada bulan Oktober, 1924.
Chin Peng mengetuai Parti Komunis Malaya melawan penjajah British selepas darurat diisytiharkan pada tahun 1948.
Perang berterusan sehingga perjanjian damai dengan kerajaan Malaysia pada tahun 1989.
Beliau menetap di Bangkok, Thailand sehingga kematiannya pagi ini dan tidak pernah dibenarkan pulang ke Malaysia walaupun berkali-kali memohonnya. – 16 September, 2013.
TMI
Bekas Timbalan Ketua Pengarah Cawangan Khas (SB) Tan Sri Yuen Yuet Leng menyifatkan bekas pemimpin komunis Chin Peng (gambar) sebagai rakan biarpun beliau sebelum ini dikenali antara pegawai negara yang giat memburu komunis.
“Saya kehilangan rakan yang dulunya merupakan musuh namun dari situ bermulalah persahabatan kami, moga rakan saya bersemadi dengan aman,” kata Yuen dalam reaksinya mengenai kematian Chin Peng pagi tadi atau nama sebenarnya Ong Boon Hua.
Perjanjian Damai Haadyai 1989 antara Malaysia dan Parti Komunis Malaya (PKM) menyaksikan pembubaran parti itu setelah konflik yang berlarutan hampir berdekad lamanya.
Selepas menandatangani perjanjian tersebut di Haadyai Thailand, Yuen dan Chin Peng ketika itu dilihat bergurau sesama sendiri serta mengejutkan wartawan yang hadir membuat liputan pada waktu itu.
Salah seorang dari wartawan bertanyakan kepada Yuen setelah sekian lama memburu komunis menghapuskan gerakan itu tidakkah beliau mempunyai perasaan benci terhadap Chin Peng.
“Ketika itu saya menoleh ke Chin Peng dan bertanya padanya adakah dia mahu saya menjawab soalan tersebut bagaimanapun dia meminta saya menjawab soalan itu.
“Saya berkata kami pernah cuba membunuh sesama sendiri sebelum ini namun hari ini kami masih bernyawa dan berada di Haadyai, jadi wujudkah kebencian itu,” katanya kepada The Malaysian Insider.
“Apabila usia kami meningkat maka timbullah perasaan hormat itulah pengertian kematangan
“Ketika kami masih muda, kami menentang sesama sendiri kerana perbezaan ideologi namun apabila perjanjian ini ditandatangani kami lebih memahami diri masing-masing,” katanya.
Sementara, bekas Ketua Pengarang Kumpulan Akhbar News Strait Times Press (NSTP) Datuk A Kadir Jasin yang turut menyaksikan perjanjian bersejarah di Haadhaadyaiyai pada tahun 1989 mengatakan Malaysia tidak dapat melupakan kekejaman Chin Peng.
“Sentimen rakyat Malaysia ini yang masih kuat tidak mahu menerima Chin Peng kembali di negara ini, mereka tidak dapat melupakan kesusahan dan penderitaan apa yang dilakukan Parti Komunis Malaya,” katanya.
Apabila ditanya adakah wajar membawa pulang Chin Peng untuk dikebumikan di Malaysia, Kadir berkata ia terpulang kepada pertimbangan rakyat dan kerajaan.
“Wajar atau tidak biarlah yang menjawabnya rakyat dan kerajaan, sekiranya rakyat boleh meaafkan Ching Peng maka kerajaan juga harus akur membawa pulang, namun jika sebaliknya, maka terima saja keputusan itu,” katanya. – 16 September, 2013.
TMI
TMI
Bekas pemburu komunis tiada dendam dengan Chin Peng
Bekas Timbalan Ketua Pengarah Cawangan Khas (SB) Tan Sri Yuen Yuet Leng menyifatkan bekas pemimpin komunis Chin Peng (gambar) sebagai rakan biarpun beliau sebelum ini dikenali antara pegawai negara yang giat memburu komunis.
“Saya kehilangan rakan yang dulunya merupakan musuh namun dari situ bermulalah persahabatan kami, moga rakan saya bersemadi dengan aman,” kata Yuen dalam reaksinya mengenai kematian Chin Peng pagi tadi atau nama sebenarnya Ong Boon Hua.
Perjanjian Damai Haadyai 1989 antara Malaysia dan Parti Komunis Malaya (PKM) menyaksikan pembubaran parti itu setelah konflik yang berlarutan hampir berdekad lamanya.
Salah seorang dari wartawan bertanyakan kepada Yuen setelah sekian lama memburu komunis menghapuskan gerakan itu tidakkah beliau mempunyai perasaan benci terhadap Chin Peng.
“Ketika itu saya menoleh ke Chin Peng dan bertanya padanya adakah dia mahu saya menjawab soalan tersebut bagaimanapun dia meminta saya menjawab soalan itu.
“Saya berkata kami pernah cuba membunuh sesama sendiri sebelum ini namun hari ini kami masih bernyawa dan berada di Haadyai, jadi wujudkah kebencian itu,” katanya kepada The Malaysian Insider.
“Apabila usia kami meningkat maka timbullah perasaan hormat itulah pengertian kematangan
“Ketika kami masih muda, kami menentang sesama sendiri kerana perbezaan ideologi namun apabila perjanjian ini ditandatangani kami lebih memahami diri masing-masing,” katanya.
Sementara, bekas Ketua Pengarang Kumpulan Akhbar News Strait Times Press (NSTP) Datuk A Kadir Jasin yang turut menyaksikan perjanjian bersejarah di Haadhaadyaiyai pada tahun 1989 mengatakan Malaysia tidak dapat melupakan kekejaman Chin Peng.
“Sentimen rakyat Malaysia ini yang masih kuat tidak mahu menerima Chin Peng kembali di negara ini, mereka tidak dapat melupakan kesusahan dan penderitaan apa yang dilakukan Parti Komunis Malaya,” katanya.
Apabila ditanya adakah wajar membawa pulang Chin Peng untuk dikebumikan di Malaysia, Kadir berkata ia terpulang kepada pertimbangan rakyat dan kerajaan.
“Wajar atau tidak biarlah yang menjawabnya rakyat dan kerajaan, sekiranya rakyat boleh meaafkan Ching Peng maka kerajaan juga harus akur membawa pulang, namun jika sebaliknya, maka terima saja keputusan itu,” katanya. – 16 September, 2013.
TMI
0 comments:
Post a Comment