Tuesday 7 January 2014

Sadisnya!!! Pensyarah UiTM sembelih isteri sebelum bunuh diri...di Hotel Prescott

Selasa, 7 Januari 2014

GILER!!! Pensyarah IPTA Tikam Dan Kelar Isteri Sebelum Bunuh Diri!!

KLANG - Konflik rumah tangga seorang pensyarah dan isterinya yang dalam proses penceraian di mahkamah berakhir dengan tragedi berdarah apabila pasangan itu ditemui mati dengan masing-masing mempunyai kesan kelar dan tikam di di Hotel Prescott di sini semalam.

Lelaki itu dikenali sebagai Ghazalee Ahmad, 58, manakala isterinya adalah Norazlina Mohamed Saaid, 49, merupakan seorang suri rumah.
Kosmo

Pensyarah IPTA Didakwa Bunuh Isteri dan Diri Sendiri

KLANG: Pertemuan sepasang suami isteri yang dipercayai cuba menyelesaikan masalah rumah tangga mereka di sebuah hotel di bandar ini tidak berakhir seperti diharapkan apabila pasangan itu ditemui cedera parah sebelum meninggal dunia, awal pagi semalam.

Pensyarah berusia 58 tahun dan isterinya berusia 49 tahun itu dikatakan mendaftar masuk ke hotel berkenaan kira-kira jam 11.30 malam sebelum seorang pekerja hotel terdengar jeritan mangsa lalu bergegas ke bilik berkenaan, kira-kira jam 5 pagi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong berkata, sebaik menghampiri bilik itu, pekerja berkenaan melihat lelaki terbabit duduk di atas badan isterinya sambil menikam kepala wanita berkenaan bertubi-tubi.

“Terkejut dengan kejadian itu, pekerja terbabit terus memaklumkan kepada penyelianya sebelum mereka menghubungi polis,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata, polis yang tiba kira-kira 10 minit kemudian menemui suspek sedang duduk di atas katil, manakala mayat seorang wanita terbaring di atas lantai.

Harian Metro difahamkan, kejadian berlaku ketika lelaki berkenaan yang juga suami wanita itu, bagaikan dirasuk kerana bertindak kejam menikam kepala isterinya bertubi-tubi sebelum mengelar leher pasangannya itu hingga hampir putus.

Lelaki terbabit kemudian mengelar lehernya sendiri sebelum dia disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini.

Mohamad Shukor berkata, mangsa cuba diselamatkan dan dikejarkan ke HTAR, namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan akibat luka parah di lehernya yang menyebabkan kehilangan darah yang banyak.

“Difahamkan, pasangan berkenaan mendaftar masuk kira-kira jam 11.30 malam kelmarin, dan dipercayai datang bersama-sama dengan menaiki Toyota Vios milik suspek.

“Hasil pemeriksaan polis menemui sebilah pisau dan sebatang tukul besi dipercayai digunakan suspek untuk membunuh mangsa,” katanya.

Menurutnya, mayat pasangan berkenaan dibedah siasat di HTAR dan pihaknya masih menyiasat kemungkinan kejadian disebabkan tindakan mangsa wanita memfailkan perceraian di mahkamah baru-baru ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan kita jangka kes ini boleh diselesaikan dalam tempoh terdekat,” katanya. -7/1/14/DCM

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena