Thursday 23 January 2014

.KENYATAAN MEDIA....Nurul Izzah mungkin akan menarik balik tuntutan cerai fasakhnya esok.

Khamis, 23 Januari 2014

nurul izzah cerai
Sebalik dakwaan tuntutan cerai fasakh, Nurul Izzah, suami pastikan kelangsungan perkahwinan
Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan suaminya, Raja Ahmad Shahrir Raja Salim melahirkan kekesalan dengan cubaan dan gangguan terhadap pasangan suami isteri itu yang menyentuh perkara peribadi mereka lapor The Malaysian Insider
Pasangan itu menjelaskan mereka kini gigih berusaha bagi memastikan kelangsungan mahligai perkahwinan yang didirikan sejak tahun 2003 itu.
“Kami ucapkan terima kasih kepada semua yang melahirkan keprihatinan dan kami memohon semua pihak memberikan ruang peribadi pada waktu ini.
“Kami amat sedih dengan cubaan gangguan yang menyentuh perkara peribadi kami apabila kami gigih berusaha untuk memastikan kelangsungan perkahwinan ini. Keluarga kami menjadi keutamaan,” katanya dalam satu kenyataan bersama hari ini.
Akhbar berbahasa Inggeris The Star, milik MCA, hari ini mendedahkan Nurul Izzah mungkin akan menarik balik tuntutan fasakhnya esok.
Pasangan tersebut dipercayai telah dinasihatkan ahli keluarga mereka untuk berdamai setelah berita tuntutan fasakhnya pada Disember lalu tersebar di media hari ini.
Dalam laman Twitternya, Nurul Izzah pada jam 2 petang tadi, beliau menafikan berita itu namun hasil carian The Star di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini mengesahkan wujud kes tuntutan di antara pasangan itu.
Nurul Izzah, 33, bagaimanapun ketika ditemui sempena Sidang Strategi Asli ke-16 hari ini enggan mengulas lanjut isu berkenaan.
“Terima kasih kerana menghormati privasi saya,” katanya, yang bergegas pergi selepas perbincangan berkenaan politik baru Malaysia selesai.
Nurul Izzah, 33 tahun dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar, 35 tahun dinikahkan pada 9 Mei, 2003.
Majlis perkahwinan pasangan itu diadakan di kediaman Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur.
Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan berusia tujuh tahun dan seorang anak lelaki berusia empat tahun.
Posted 2014/01/23 by Ana Ghoib in Berita Terkini

Tuntut Fasakh.. Ini Penjelasan Nurul Izzah Dan Suami


KENYATAAN MEDIA

23 Januari 2014 

Kami amat sedih dengan cubaan gangguan yang menyentuh perkara peribadi kami apabila kami gigih berusaha untuk memastikan kelangsungan perkahwinan ini. 

Keluarga kami menjadi keutamaan. Kami ucapkan terima kasih kepada semua yang melahirkan keprihatinan, dan kami memohon semua pihak agar diberikan ruang peribadi pada waktu-waktu ini. 

Raja Ahmad Shahrir Raja Salim dan Nurul Izzah Anwar 

--- PRESS RELEASE 23 January 2014 

We are deeply saddened by the undignified intrusion into our private lives and will do our utmost to work out our continuing union. 

Our family is our priority, as is our time together. We thank all our supporters for their kind understanding, and appeal to all to accord us privacy. 

Raja Ahmad Shahrir Raja Salim and Nurul Izzah Anwar


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena