Thursday, 16 January 2014

Composer Lagu Kangkung Remix dijadikan ringtone di telefon..TIDAK ditahan polis...

Jumaat, 17 Januari 2014


 Kali neh Najib betul2 terduduk la...

Sejak malam tadi tersebarnya berita konon nya pengubah lagu #kangkung versi remix yang begitu popular ketika ini sehingga dijadikan ringtone di telefon2 telah ditahan polis. Individu tersebut bernama Yuri Wong.

Maka ramai la yang beranggapan bahawa individu tersebut telah ditahan atas sebab2 mengubah ucapan Najib menjadi lagu versi remix bertajuk #kangkung.

Untuk rekod, sememangnya kami ada mendengar bahawa individu tersebut telah dipanggil oleh PDRM untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan. Bukan nya telah ditahan. Dia datang ke balai untuk siasatan lagu #kangkung remix tetapi pihak polis tidak pula menahan dia. 

Maka berita penahanan Yuri Wong adalah palsu setakat ini la.

Kalau lepas neh tetiba polis nak tahan dia, itu lain citer la. Namun, ketika ini dia masih lagi bebas seperti biasa. Tiada apa2 yang berlaku pun.  

Aku pun tak pasti kenapa yang polis nak siasat sangat pasal lagu #kangkung remix tue. Boleh jadi kerana fenomena kangkung kini bukan sekadar di internet saja kot. Almaklumla, kalau benda tue berlegar2 di internet je at least bila ko berada di dunia sebenar tak la terbawa2 sangat ingatan ko berhubung isu #kangkung kan.

Tapi bila ia dijadikan ringtone, dan ko set pula as ringtone di handphone ko, then bila orang call.. berapa ramai yang dengar nada ringtone tue nanti? Tak kah ia akan tersebar di sana sini? Budak2 pun dah tahu citer #kangkung. Tidak kah ia akan memalukan Najib nanti? Pokoknya insiden #kangkung ini memang betul2 membuatkan Najib rasa malu yang amat.. almaklumla berita dalam dan luar negara pun dah mula melaporkan perkara ini. Memang kali neh Najib betul2 terduduk la. Nak salahkan pembangkang pun tak boleh. Fenomena ini dicipta oleh rakyat marhaen sendiri. Apa Najib nak cakap lagi?

Dan ketika ini, page2 pro BN sedang sibuk menyebarkan gambar Yuri Wong. Nak buat serangan cyber le tue. Nama, alamat, no IC dan segala macam depa sebarkan. Dasar takde kerja. Hak nak mencipta lagu kangkung remix hak setiap insan. Kalau tak suka dengan lagu #kangkung remix, tutup telinga la. Apa susah.
 Soz Cyili 

Tweet 'kangkung' dari artis Yana Samsudin

Cerita 'kangkung' masih berlegar di media sosial dan blog. Artis juga tak kecuali dikatakan bersuara tentang kangkung. 

Sebelum ini pelawak Zizan Razak dan pengacara Ally Iskandar dikatakan membuat kenyataan tentang kangkung. Namun kenyataan itu sebenarnya bukan dari mereka berdua. Kedua-dua adalah page parody artis yang sengaja digunakan untuk menarik para peminat hiburan.

Kini artis Yana Samsudin juga menyelitkan 'kangkung' dalam tweet yang dibuatnya serta di akaun Facebooknya. Rasanya ini memang dari akaun sebenar beliau.

"Senyum... Walaupun lapooooo .. Takut nak tanya "korang mkn apa lunch?" Sbb nanti mesti korang jawab "kangkung masak blablabla!" Hahaha apsal semua menu kangkung?!"

Kangkung tetap menjadi pilihan!!
KiniNEWS
Orang kampung pun semua dah tahu...
Gambar: Kangkung: Najib malukan negara di seantero dunia 

“Kangkung di tepi paya…”

Segala puji-pujian bagi kerajaan Umno-BN di bawah kepimpinan Najib Razak,  Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tersohor sekian alam.
    
Walaupun satu dunia sudah heboh memperkatakan perihal kenyataan terdangkal alaf ini dari seorang yang bertaraf ketua kerajaan dan memiliki pula, katanya, ijazah ekonomi perindustrian serta mendakwa membaca ribuan buku, namun rasanya belum terlambat untuk saya turut menumpang semangkuk.
    
Saya telahpun menulis perihal ini dalam akhbar bercetak Harakah keluaran akan datang tetapi dari perspektif berbeza dan merujuk komoditi dalam kenyataan Najib sebagai ‘ikan’.  

Saya akui tidak begitu mendengar atau lebih tepat lagi mengambil endah apa yang dikatakan oleh Najib sebagaimana disiarkan Buletin Utama TV3 malam itu.  Ini kerana sejak sekian lama, malah sejak beliau mengetuai Pemuda Umno atau lama sebelum itu lagi, saya tidak pernah mengambil apa yang dikatakan oleh beliau secara serius.  Bagi saya, kata-kata Najib ibarat gendang kosong – bunyi kuat, isi tiada.
    
Secara kebetulan sahaja hidangan maka tengahari saya hari ini adalah kangkung belacan dan ikan selar kecil masak asam pedas.  Nak beli asparagus atau ikan tenggiri, itu bukan standard saya dan standard kebanyakan rakyat Malaysia.  Kalau pemimpin Umno mungkinlah, tetapi kalau orang Umno yang bekerja biasa-biasa, rasanya sama sahaja.
    
Memanglah dua tiga hari ini satu dunia sibuk bercakap pasal kangkung, termasuk oleh akhbar arus perdana antarabangsa.  Seorang perpustakawan, merupakan kenalan lama saya dari Ontario, Kanada menulis emel dan bertanya ‘What is happening to the Malaysian PM? Is he sure he is okay?” Saya hanya menjawab email tersebut dengan akronim popular ‘LOL’.
    
'LOL' (ketawa kuat) kini bersifat universal dan saya yakin dia faham dan tidak mentafsirkannya sebagai ‘tolol’.
    
Sambil menulis artikel ini saya makan nasi dengan kangkung belacan.  Memang pedas...

Pepatah Melayu ada menyebut, "kalau kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga" – maknanya, kalau ilmu ekonomi tak sebanyak mana janganlah nak berlagak pandai jadi Menteri Kewangan.  

Akhirnya dari wacana Blue Ocean Strategy yang diagung-agungkan, macamlah ia idea asal Najib,  terus turun martabat menjadi kangkung yang akarnya terendam dalam parit.
    
Tidak dapat dinafikan kenyataan Najib cukup mengaibkan rakyat Malaysia.  Dunia secara tidak langsung mempersoalkan, "Inikah standard mentaliti Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia?"
    
Sebagai rakyat Malaysia kita tentu turut merasa malu yang amat sangat.
    
Najib sepatutnya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan awam.  Berasaskan pengalaman lama dalam kerajaan dia sepatutnya tahu kenyataan awam bukan macam cakap di warung tak berlesen tepi jalan. Jika tidak dapat membuktikan kepandaian sekalipun janganlah sampai pengalaman yang ada pun tak dapat dimanfaatkan.  Jangan jadikan standard rakyat Malaysia standard warung  sahaja.
    
Soal kenyataan Najib merendahkan martabat rakyat Malaysia sehingga macam kangkung, atau soal rakyat Malaysia tidak boleh dikangkungkan adalah soal lain.  Apa yang penting dalam situasi apa sekalipun, kita tidak mahu seorang Perdana Menteri Kangkung mengetuai negara kita.
    
Rasanya sudah sampai waktu dan ketikanya Najib berundur atau diundurkan oleh partinya.  Jika tidak, siapa tahu apa lagi lawak jenaka dan kepakpandiran yang bakal keluar dari mulut beliau. - SHIRZAD LIFEBOAT

sumber [HD]

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena