Sunday, 26 January 2014

Najib dikritik hebat oleh pembangkang dan penyokong kerajaan...Pergh! Malaysia Melayu Punya!

Ahad, 26 Januari 2014
Najib dikritik hebat...
Photo: Ada apa-apa yg silap dalam keratan akhbar ini??

Update Status ~ Sedia maklum, corak kepimpinan Najib Razak dikritik hebat oleh pembangkang dan penyokong kerajaan.

Debat yang berputar di sekeliling kepimpinan Tuan Najib Razak dan masa depan politik menyebabkan rasa kurang senang di kalangan pemimpin akar umbi Umno, yg menyatakan perdana menteri perlu menghentikan membuat slogan, sebaliknya berhenti potong subsidi yg memberi kesan kepada rakyat.

Mereka berkata, sementara serangan drp parti politik lawan memang sudah dijangka, gerakan oleh golongan elit dlm parti itu utk menyingkirkan Najib sbg presiden dan serangan drp blogger pro-Barisan Nasional (BN) mengenai kepimpinan dan polisi kerajaan mencetuskan kebimbangan mereka..... 

Melayu punya...
Malaysia Melayu Punya Jangan Tak Faham Sejarah ! 

Kesian nya dengan Pemuda Umno ni beb, dalam dunia yang serba moden serta canggih sekarang ni pun masih lagi dapat Pemuda-Pemuda Bangsa Melayu diperbodohkan oleh Pemimpin Umno 1Malaysia... k
ah kah kah... kalau lu orang nak tahu Pemuda oiii, yang konon nya Melayu Punya tu sudah jadi HARI INI DALAM SEJARAH beb, kenapa jadi sejarah itu lu orang kena pergi kat kubur Mantan-Mantan Presiden Umno serta kubur Pemimpin Umno terdahulu dan tanya kat yang ada dalam kubur kenapa jadi Hari Ini Dalam. Sejarah.http://inderasipejuang.blogspot.com/2014/01/malaysia-melayu-punya-jangan-tak-faham.html

DAH LAPUK!!! Zaman UMNO tipu Melayu takutkan DAP, MCA tipu Cina takutkan PAS

Tidak syak lagi bahawa generasi baru, malah sesetengah generasi lama juga, telah dengan jelas menolak politik perkauman. Dengan itu parti politik yang berasaskan kaum, atau tebal dengan perkauman sedang menghadapi zaman gelapnya.

Dengan itu, tidak mungkin lagi politik perkauman akan terus mendominasi iklim politik di Malaysia, justru golongan yang mendukung politik perkauman semakin merosot dan terus merosot.
 
Posted by PASPB

NAK TAHU!!! Kenapa Melayu tak lagi takutkan DAP

Zairil Khir Johari
Di Pulau Pinang pula, kerajaan negeri Pakatan Rakyat pimpinan Lim Guan Eng giat melaksanakan program-program kebajikan sosial yang disasarkan kepada pelbagai golongan seperti warga emas, ibu tunggal, orang kelainan upaya, keluarga-keluarga muda serta pelajar-pelajar sekolah dan universiti adalah contoh-contoh dasar yang membantu golongan masyarakat yang paling memerlukannya. 

Dasar yang dilaksanakan ini jelas tidak bersifat perkauman. Namun, rata-rata golongan yang paling banyak menerima bantuan adalah masyarakat Melayu yang selama ini dipinggirkan dan disia-siakan oleh Kerajaan Umno yang kononnya memperjuangkan kepentingan mereka.
 

Bagi hal-ehwal agama Islam pula, kerajaan Umno-BN hanya memperuntukkan RM12 juta setahun. Di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, jumlah ini telah dinaikkan setiap tahun sehingga peruntukan untuk tahun 2012 sudah pun mencecah RM64 juta, iaitu lima kali ganda lebih.
 
Posted by PASPB

Bila warga bukan Melayu/Islam sudah menerima dan mendakap 
perjuangan yang dibawa PAS, maka hayat UMNO akan tamat


Posted by Hambali Abdullah

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena