Saturday, 25 January 2014

Lawatan ke ANTARTIKA: Pekung MB Terengganu Terbongkar...Tunggulah 2015 M'sia membeku!

Sabtu, 25 Januari 2014
Kutub menyongsang 2015
Photo: Dalam Al Quran ada sebut. Antara tanda tanda kiamat makin hampir adalah Matahari terbit dari barat!!!

Proses tu sedang berjalan.....

Pekung MB Terengganu Terbongkar...

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said perlu menjelaskan siapakah menanggung perbelanjaan dan tujuan lawatan ke Antartika, tegas Pengerusi Pimpinan KEADILAN Terengganu, Azan Ismail.

"Kita minta dia tampil berikan penjelasan. Berapakah belanja, siapa sponsor, apakah tujuan lawatan itu. Adakah lawatan ke Antartika boleh menyebabkan harga barang turun dan jadi murah," ujarnya yang juga Adun Bandar.

Pada 15 Januari lepas, media melaporkan Ahmad mengetuai lawatan ke Antartika selama 15 hari anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui inisiatif Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM).

Kenyataan Pejabat Menteri Besar Terengganu menyatakan lawatan itu bertujuan membuka laluan bagi membantu kerajaan menubuhkan sebuah stesen penyelidikan bersama Instituto Antartico Chileno (INACH).

Bagaimanapun, semalam, YDSM dalam kenyataannya menafikan ia mempunyai kaitan dengan lawatan berkenaan.Menurut Azan, beliau turut mempersoalkan atas kapasiti apa Ahmad Said mengadakan lawatan ke benua ais itu dan kelayakannya  mengetuai misi berkenaan.

"Tujuan dia ke sana sangat kabur. Apa kaitan negeri Terengganu dengan antartika. Apakah belanja ini ditanggung dari sumber negeri, yayasan atau pihak luar," ujarnya."Sekarang sudah jadi lucu. 

Ada yang kata cuaca sejuk di Terengganu  kerana usaha Mat Said bawa balik ais batu dari antartika," ujarnya.Menurutnya, trend pimpinan negara kini mengadakan lawatan ke luar negara hingga menimbulkan bantahan ekoran pembaziran wang rakyat.

Dakwanya, Ahmad Said turut menghabiskan masa ke China Disember tahun lalu hingga menyebabkan persidangan Dewan Undangan Negeri disingkatkan.Azan berkata, Mat Said sepatutnya menumpukan kepada pembangunan negeri Terengganu dan bukan menumpukan usaha di luar tugasan beliau.

"Kepimpinan Terengganu tidak mempunyai perancangan jelas. Pembangunan fizikal dibuat tanpa perancangan, tidak sempurna dan ada yang separuh jalan."Buat mall (kompleks beli belah), tak menepati kehendak dan aspirasi penduduk," katanya yang turut merujuk Projek bebas cukai Tasik Kenyir yang didakwa tidak diuruskan dengan baik.

Tambahnya, bajet negeri Terengganu adalah bajet tertinggi di Malaysia dengan 80 peratus daripada peruntukan RM3.2 bilion disalur kepada pejabat menteri besar. ~kd

Lawatan MB Terengganu Darul Runtuh ke Antartika untuk kebaikan rakyat Terengganu


Lu orang jangan BERSANGKA BURUK tak tentu pasal beb, dari SUMBER DALAMAN yang gua terima memberitahu bahawa lawatan Datuk Seri Mat Said Darul Runtuh ke Benua Antartika adalah bagi menyelesaikan masalah Banjir yang kerap terjadi di Negeri Terengganu tu beb. Di khabarkan bahawa MISI beliau adalah untuk memilih baka-baka terbaik Haiwan Penguin bagi dibawa balik ke Negeri Terenggganu untuk menjadikan Air Banjir di Negeri Terengganu menjadi Air Batu dengan ada Haiwan Penguin tersebut menjadi Pemaustautin Tetap (PR) disana.

Yang lagi menarik nya lagi ialah Haiwan Penguin-Peguain tersebut akan diajar untuk MEMAKAN KANGKUNG sejenis tumbuhan yamg TURUN HARGA kerana kebijakansana Pemimpin Umno mengawal harga barangan. Untuk itu makanan yang biasanya menjadi makanan bagi Haiawan Penguin iaitu Ikan akan tetap dapat dinikmati dengan Harga yang Murah oleh Rakyat Terengganu khas nya dan Rakyat Malaysia keseluruhan nya. Jadi soal Rakyat Terengganu akan BERSAING dengan Haiwan Penguin dalam mendapatkan Ikan untuk Makanan tidak akan timbul ok... kah kah kah !.

Sekarang lu orang nampak tak betapa CERDIK dan BIJAK nya Datuk Seri Mat Said Darul Runtuh tu beb, kalau dah Air Banjir nanti menjadi Air Batu tak kan lu orang tak boleh bayangkan yang tak akan berlaku Banjir lagi di Negeri Terengganutu tu beb kerana Air akan terus menjadi Beku sebaik saja memasuki Negeri Terengganu. Dimasa tersebut jawapnya Negeri-Negeri yang bersebelahan Negeri Terengganu akan MENELAN AIR LIUR melihat Negeri Terengganu diseliputi Air Batu dengan Permandangan Indah bila Haiwan Penguin Berlari-lari Anak seperti Datuk Seri Mat Said... kah kah kah !.

Bertuah dan Beruntung betul lu orang Rakyat Terengganu kerana mendapat seorang Menteri Besar (MB) seperti Datuk Seri Mat Said tu beb, nasib baik lah semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang lalu lu orang kebanyakan nya memilih Umno/Bn sebagai PILIHAN dan pilihan lu orang tersebut memang tepat dan terbaik beb. Andai kata lu orang memilih Pakatan Rakyat (PR) dimasa tersebut jawap nya akan BERGADUH TAK BERKESUDAHAN sampai la ni. Lu orang tengok aje lah seperti di Negeri Selangor yang TAK SUDAH-SUDAH berebut Harta Rakyat Negeri Selangor... kah kah kah !.

hemmmmm..... gua dah tak sabar ni beb untuk bermain ski kat negeri terengganu, nak main ski kat luar negara mana lah mampu beb, nasib baik lah datuk seri mat said tu punya otak yang cerdik tak boleh di ikut dan bodoh tak boleh di ajar... kah kah kah... A B U.
Dicatat oleh Mat Indera Sipejuang

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena