Thursday, 16 January 2014

Pengeluar Minyak: Mengapa rakyat Malaysia belum bergelar jutawan? Norway ambil masa 23 tahun sahaja...Jutawan kangkung!

Jumaat, 17 Januari 2014

Gambar: Najib, mengapa rakyat Malaysia belum bergelar jutawan? - 

SUARA LANTANG: Mampukah sebuah negara pengeluar petroleum menjadikan semua rakyatnya bergelar jutawan melalui penjimatan serta perbelanjaan berhemah?

Norway berjaya melakukannya pada 8 Januari lalu, 44 tahun selepas menemui telaga minyak di North Sea pada 1969. Negara itu menubuhkan tabung kekayaan hasil minyak pada 1990, bermakna Norway hanya mengambil tempoh 23 tahun bagi menjadikan rakyatnya kaya-raya.

Menurut laporan Reuters, setiap warga Norway, secara teori, bergelar jutawan Rabu lepas kerana tabung kekayaan hasil minyak negara tersebut telah mendapat hasil lumayan akibat kenaikan harga minyak dan gas asli.

Tabung tersebut memilik satu peratus saham di pasaran dunia, termasuk bon dan hartanah di London serta Boston. Norway jelas tidak seperti negara lain yang dibelenggu hutang.

Laman web bank pusatnya menunjukkan bahawa tabung tersebut mencatat keuntungan sebanyak 5.11 trillion crown (RM2.7 trillion), iaitu lebih sejuta kali dari bilangan rakyatnya yang berjumlah 5,096,300.

Setiap warganya bernilai hampir sejuta crown, jelas jurucakap bank pusat Thomas Sevang.

Hasil tersebut disimpan bagi rakyat Norway serta generasi akan datang kerana negara itu mengamalkan sikap berjimat-cermat sejak ia mengeluarkan minyak.

Menteri Kewangannya Siv Jensen memberitahu Reuters bahawa tabung yang juga dikenali sebagai Dana Pencen Kerajaan itu telah membantu Norway menghadapi ketidaktentuan ekonomi dunia. Norway merupakan pengekspot minyak ketujuh terbesar di dunia.

“Kebanyakan negara mendapati hasil yang bertambah secara mendadak menyebabkannya bermewah-mewah. Di kemudian hari, mereka terpaksa mengurangkan kembali perbelanjaan,” katanya melalui email.

Tabung tersebut menyumbang sebanyak 183 peratus kepada keluaran dalam negara kasar, dan dijangka meningkat sebanyak 220 peratus dalam tempoh 17 tahun akan datang.

“Parlimen Norway merancang menyimpannya bagi masa akan datang. Banyak negara yang gagal berbuat demikina,” jelas OeysteinDoerum, ketua pengkaji ekonomi di DNB Markets.

Di Malaysia pula, hanya Perdana Menteri sahaja yang mampu menjenguk akaun serta dana pengeluar minyak nasional, Petronas.

Negara ini merupakan pengeluar minyak ke-27 terbesar di dunia, dengan menghasilkan 693,700 tong sehari. Hanya 114 negara tersenari bagi tempoh 2009-2010. Norway menghasilkan 2,350,000 tong sehari.

Di manakah kedudukan Malaysia?

Hutang kerajaan mencecah RM800 bilion seperti yang dijelaskan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri terdahulu, Datuk Mukhriz Mahathir.

Adakah kita menabung bagi masa depan negara? Tidak.

Di dalam jawapan bertulis di Parlimen pada 30 June 2011, Najib menjelaskan bahawa Petronas menyumbang sebanyak RM3 bilion kepada Kumpulan Wang Amanah Negara.

Jumlah tersebut dilaburkan di dalam pelbagai institusi kewangan dan nilai simpanan Kumpulan Wang Amanah Negara berjumlah RM5.43 bilion.

Norway memiliki RM2.7 trilion berbanding simpanan negara sebanyak RM5.43 bilion!

Pentadbiran dan pengurusan simpanan tersebut dipantai Bank Negara dengan disertai panel dari Kumpulan Wang Amanah Negara.

Najib berkata bahawa Kumpulan Wang Amanah Negara bakal menjamin kesejahteraan negara di masa akan datang.

Selepas 39 tahun Petronas yang ditubuhkan, hutang negara mencecah RM800 bilion manakala simpanan Bank Negara pula berjumlah RM441.7 bilion.

Jelas sudah mengapa kerajaan Barisan yang dipimpin Umno mahu memotong subsidi rakyat. Negara dibelenggu hutang dan tidak mampun lagi meminjam wang bagi mengelakkan negera menjadi seperti Greece.

Rakyat harus sedar bahawa kerajaan kurang telus serta tidak bertanggungjawab di dalam menguruskan kekayaan negara.

Di dalam tempoh 24 tahun penubuhannya, Kumpulan Wang Amanah Negara hanya menyimpan sebanyak RM5.43 bilion, melainkan Najib berkata angka tersebut salah.

Bagaimana mahu menjamin kesejahteraan negara di masa akan datang dengan hanya RM5.43 bilion (US$1.9 bilion) sekiranya telaga minyak kita kering kelak?

Bagaimana kerajaan boleh berpuas hati dengan hanya memperuntukan RM100 juta setahun kepada Kumpulan Wang Amanah Negara sejak 1988?

Kemana perginya keuntungan yang dicatat Petronas selama 39 tahun penubuhannya? Bukankah kehadirannya di 32 buah negara turut menyumbang sebanyak RM1.08 trilion kepada pendapatan negara di dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini?

Mengapa satu tabung hasil minyak tidak ditubuhkan bagi rakyat dan negara? Sukar sangatkah mengamalkan ketelusan di dalam menguruskan hasil negara?

Minyak mentah dan gas asli merupakan sumber kekayaan Malaysia, namun di dalam tempoh terdekat negara mungkin terpaksa menjadi pengimpot minyak.

Lihat pula bagaimana negara-negara pengeluar minyak berada di kedudukan lebih baik dari segi pengurusan simpanan mereka:

Kuwait (di tangga 10 dengan 2,494,000 tong sehari), Libya (17, dengan 1,790,000 tong sehari), Kazakhstan (18, dengan 1,540,000 tong sehari), Algeria (15, dengan 2,125,000 tong sehari), South Korea (64, dengan 48,180 tong sehari) dan Singapore (82, dengan 10,910 tong sehari).

Khazanah Nasional yang ditubuhkan pada 1993 ditangga ke-23 dengan aset bernilai RM110 juta manakala indeks ketelusan Linaburg-Maduell (LM-TI) meletakkannya di kedudukan ke-5.

Tabung pencen Norway berada di tangga teratas dengan simpanan bernilai RM2 trillion, manakal indeks ketelusan Linaburg-Maduellnya 10, atau sempurna.

Perbadanan Pelaburan Abu Dhabi di kedudukan kedua dengan RM2 trillion, manakala indeks ketelusan Linaburg-Maduellnya 5.

China di kedudukan ke-3 dengan nilai aset RM1.8 trillion, manakala indeks ketelusan Linaburg-Maduellnya 4.

Singapura berada di tangga ke-8 dengan aset bernilai RM802 billion, manakala indeks ketelusan Linaburg-Maduellnya 6.

Satu lagi simpanan bukan komoditi negara itu, Temasek Holdings berada di kedudukan ke-9 dengan aset bernilai RM510 billion, manakala indeks ketelusan Linaburg-Maduellnya 10.

Kuwait yang dilanda perang teluk turut berada di kedudukan lebih baik dari Malaysia. Bahkan negara-negara seperti Libya, Kazakhstan, Algeria and Korea Selatan, yang lebih miskin daripada Malaysia pada tahun 60an, 70an dan 80an kini lebih kaya dari negara kita.

Bagaimana Malaysia menguruskan ekonomi dan kewangannya?
Najib, mengapa rakyat Malaysia belum
 bergelar jutawan? -

Buletin Pakatan Rakyat

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena