Wednesday, 22 January 2014

Skandal RM42 juta LTSAS: Melucukan bila jadi cam ni , Zambry mula luah rasa kecewa...

Rabu, 22 Januari 2014
Gambar: Isu LSAS sebelum ini pernah admin siarkan di page ini. PAS / PR Perak telah mengambil tindakan sewajarnya .. Melucukan bila jadi cam ni , Zambry mula luah rasa kecewa kerana tidak diberitahu lebih awal sebelum kerja-kerja naik taraf 

Apakah masalah sebenarnya , apapun pastikan kebathilan musnah. Wang negara dan rakyat tidak harus dipersiakan sebegitu sahaja.

 IPOH – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri (PAC) akan memulakan siasatan di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) berhubung isu kerja naik taraf melibatkan RM42 juta esok.

Pengerusinya, Datuk Tarmizi Idris berkata, PAC akan mengadakan mesyuarat di LTSAS termasuk lawatan ke lapangan terbang terbabit bersama jabatan kerajaan berkaitan.

“Semua jabatan berkaitan iaitu Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Perak termasuk agensi yang berkaitan akan bermesyuarat di sana.

“Selepas mesyuarat dan lawatan berkenaan barulah kita akan maklumkan lebih lanjut mengenai perkembangan berkaitan LTSAS itu nanti. Apa-apa keputusan kita akan tunggu selepas mesyuarat kelak,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi semalam.

Isu LTSAS timbul apabila sebuah syarikat penerbangan Flying Fox Airlines baru-baru ini terpaksa membatalkan semua tempahan penerbangan dari Ipoh ke Medan, Indonesia setelah tidak dibenarkan beroperasi di LTSAS berikutan lapangan terbang berkenaan tidak boleh menampung pesawat jenis Boeing 737.

Sebelum ini, Ahli Jawatankausa PAC, Nga Kor Ming mahu perkara itu disiasat kerana melibatkan isu pembaziran wang berjumlah RM42 juta bagi kerja-kerja menaik taraf apatah lagi beliau mendakwa landasan berkenaan telah pun disahkan tidak selamat untuk digunakan oleh DCA.

Perkara itu turut mendapat perhatian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang sebelum ini mengadakan lawatan ke LTSAS berkata, isu tersebut akan dibawa ke pengetahuan Parlimen oleh pakatan pembangkang selain turut mendakwa terdapat mendapan di lapangan terbang berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir turut menyatakan Kerajaan Negeri tidak mempunyai sebarang halangan sekiranya PAC ingin melakukan siasatan terperinci berhubung isu berkenaan kerana beliau juga ingin tahu mengenainya.

Zambry turut melahirkan rasa kesal kerana tidak dimaklumkan lebih awal mengenai keadaan landasan LTSAS sebelum kerja-kerja menaik tarafnya dilakukan, sekali gus mengakibatkan beberapa perancangan Kerajaan Negeri terjejas.

Admin 'TM
Isu LSAS sebelum ini pernah admin siarkan di page ini. PAS / PR Perak telah mengambil tindakan sewajarnya .. Melucukan bila jadi cam ni , Zambry mula luah rasa kecewa kerana tidak diberitahu lebih awal sebelum kerja-kerja naik taraf 

Apakah masalah sebenarnya , apapun pastikan kebathilan musnah. Wang negara dan rakyat tidak harus dipersiakan sebegitu sahaja.

IPOH – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri (PAC) akan memulakan siasatan di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) berhubung isu kerja naik taraf melibatkan RM42 juta esok.

Pengerusinya, Datuk Tarmizi Idris berkata, PAC akan mengadakan mesyuarat di LTSAS termasuk lawatan ke lapangan terbang terbabit bersama jabatan kerajaan berkaitan.

“Semua jabatan berkaitan iaitu Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Perak termasuk agensi yang berkaitan akan bermesyuarat di sana.

“Selepas mesyuarat dan lawatan berkenaan barulah kita akan maklumkan lebih lanjut mengenai perkembangan berkaitan LTSAS itu nanti. Apa-apa keputusan kita akan tunggu selepas mesyuarat kelak,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi semalam.

Isu LTSAS timbul apabila sebuah syarikat penerbangan Flying Fox Airlines baru-baru ini terpaksa membatalkan semua tempahan penerbangan dari Ipoh ke Medan, Indonesia setelah tidak dibenarkan beroperasi di LTSAS berikutan lapangan terbang berkenaan tidak boleh menampung pesawat jenis Boeing 737.

Sebelum ini, Ahli Jawatankausa PAC, Nga Kor Ming mahu perkara itu disiasat kerana melibatkan isu pembaziran wang berjumlah RM42 juta bagi kerja-kerja menaik taraf apatah lagi beliau mendakwa landasan berkenaan telah pun disahkan tidak selamat untuk digunakan oleh DCA.

Perkara itu turut mendapat perhatian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang sebelum ini mengadakan lawatan ke LTSAS berkata, isu tersebut akan dibawa ke pengetahuan Parlimen oleh pakatan pembangkang selain turut mendakwa terdapat mendapan di lapangan terbang berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir turut menyatakan Kerajaan Negeri tidak mempunyai sebarang halangan sekiranya PAC ingin melakukan siasatan terperinci berhubung isu berkenaan kerana beliau juga ingin tahu mengenainya.

Zambry turut melahirkan rasa kesal kerana tidak dimaklumkan lebih awal mengenai keadaan landasan LTSAS sebelum kerja-kerja menaik tarafnya dilakukan, sekali gus mengakibatkan beberapa perancangan Kerajaan Negeri terjejas.

Admin 'TM

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena