Showing posts with label Nurul Izzah. Show all posts
Showing posts with label Nurul Izzah. Show all posts

Thursday, 23 January 2014

SERANGAN SIBER besar-besaran ke atas Nurul Izzah...

Khamis, 23 Januari 2014

Rancangan Serangan Cyber Besar2an Ke Atas Nurul Izzah Atas Isu Perceraian ?

Itulah yang dilaporkan oleh FZ.COM sebentar tadi.

FZ.COM melaporkan bahawa ;

1. Beberapa pimpinan dari PKR (termasuk yang berjawatan tinggi) telah merancang mahu jatuhkan kedudukan Nurul Izzah dalam pemilihan parti yang dijadualkan akan berlangsung pada tahun neh.

2. Tanpa menamakan pihak yang terbabit untuk menjatuhkan Nurul Izzah, FZ.COM mengatakan bahawa pimpinan PKR bercadang menggunakan isu perceraian ini untuk menjatuhkan nama baik dan kredibliti Nurul Izzah.

3. Serangan berbentuk peribadi, dengan mengaitkan Nurul Izzah mempunyai hubungan akrab dengan seseorang dalam PKR akan dimainkan di internet.

4. Jadi isu perceraian (permohonan fasakh) ini akan dijadikan peluru/senjata oleh mereka untuk memulakan serangan cyber besar-besaran ke atas Nurul Izzah.

5. Difahamkan juga yang Anwar Ibrahim sedang melatih dan mendidik Nurul Izzah agar dapat menerajui kepimpinan utama parti (pelapis).

6. Namun perkara ini menimbulkan rasa ketidakpuasan ahti sesetengah pimpinan dalaman PKR yang beranggapan Nurul Izzah masih terlalu mentah untuk diberikan peranan yang besar.

7. Dipercayai, pimpinan senior dalaman PKR adalah dalang kepada konspirasi serangan cyber ke atas Nurul Izzah.

8. Maka atas sebab itu la serangan (isu perceraian) ini dimainkan.

9. Difahamkan juga yang DSAI telah menasihati Nurul Izzah agar mempertimbangkan keputusan untuk bercerai (tarikbalik). 

Emm..

Tahu tak korang yang Papa Gomo pun dah start tuduh2 Nurul Izzah ada skandal sedangkan Nurul Izzah baru aje menafikan bahawa dia ada buat permohonan fasakh? 

Rujuk sini.

Adakah mereka neh saling berpakat untuk jatuhkan Nurul Izzah? UMNO PKR bergabung meletup jatuhkan pesaing sendiri?

Ah sudah. 

Lihat gambar. 




Kalau betul ini angkara proses pemilihan, memang aku nak ketuk kepala sekor2 yang terlibat. Dah takde isu lain lagi nak main ke? Berlambak2 hujah boleh bagi kan? 

BANGANG!

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2014/01/rancangan-serangan-cyber-besar2an-ke.html#ixzz2rDe2rkyT


Read More

.KENYATAAN MEDIA....Nurul Izzah mungkin akan menarik balik tuntutan cerai fasakhnya esok.

Khamis, 23 Januari 2014

nurul izzah cerai
Sebalik dakwaan tuntutan cerai fasakh, Nurul Izzah, suami pastikan kelangsungan perkahwinan
Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan suaminya, Raja Ahmad Shahrir Raja Salim melahirkan kekesalan dengan cubaan dan gangguan terhadap pasangan suami isteri itu yang menyentuh perkara peribadi mereka lapor The Malaysian Insider
Pasangan itu menjelaskan mereka kini gigih berusaha bagi memastikan kelangsungan mahligai perkahwinan yang didirikan sejak tahun 2003 itu.
“Kami ucapkan terima kasih kepada semua yang melahirkan keprihatinan dan kami memohon semua pihak memberikan ruang peribadi pada waktu ini.
“Kami amat sedih dengan cubaan gangguan yang menyentuh perkara peribadi kami apabila kami gigih berusaha untuk memastikan kelangsungan perkahwinan ini. Keluarga kami menjadi keutamaan,” katanya dalam satu kenyataan bersama hari ini.
Akhbar berbahasa Inggeris The Star, milik MCA, hari ini mendedahkan Nurul Izzah mungkin akan menarik balik tuntutan fasakhnya esok.
Pasangan tersebut dipercayai telah dinasihatkan ahli keluarga mereka untuk berdamai setelah berita tuntutan fasakhnya pada Disember lalu tersebar di media hari ini.
Dalam laman Twitternya, Nurul Izzah pada jam 2 petang tadi, beliau menafikan berita itu namun hasil carian The Star di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini mengesahkan wujud kes tuntutan di antara pasangan itu.
Nurul Izzah, 33, bagaimanapun ketika ditemui sempena Sidang Strategi Asli ke-16 hari ini enggan mengulas lanjut isu berkenaan.
“Terima kasih kerana menghormati privasi saya,” katanya, yang bergegas pergi selepas perbincangan berkenaan politik baru Malaysia selesai.
Nurul Izzah, 33 tahun dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar, 35 tahun dinikahkan pada 9 Mei, 2003.
Majlis perkahwinan pasangan itu diadakan di kediaman Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur.
Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan berusia tujuh tahun dan seorang anak lelaki berusia empat tahun.
Posted 2014/01/23 by Ana Ghoib in Berita Terkini

Tuntut Fasakh.. Ini Penjelasan Nurul Izzah Dan Suami


KENYATAAN MEDIA

23 Januari 2014 

Kami amat sedih dengan cubaan gangguan yang menyentuh perkara peribadi kami apabila kami gigih berusaha untuk memastikan kelangsungan perkahwinan ini. 

Keluarga kami menjadi keutamaan. Kami ucapkan terima kasih kepada semua yang melahirkan keprihatinan, dan kami memohon semua pihak agar diberikan ruang peribadi pada waktu-waktu ini. 

Raja Ahmad Shahrir Raja Salim dan Nurul Izzah Anwar 

--- PRESS RELEASE 23 January 2014 

We are deeply saddened by the undignified intrusion into our private lives and will do our utmost to work out our continuing union. 

Our family is our priority, as is our time together. We thank all our supporters for their kind understanding, and appeal to all to accord us privacy. 

Raja Ahmad Shahrir Raja Salim and Nurul Izzah Anwar


Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena