Thursday 19 September 2013

"Tidak satu pun kereta saya ditahan oleh SPRM," - Datuk Suhaimi Ibrahim

Khamis, 19 September 2013
10 kenderaan mewah bukan milik saya - Suhaimi

PUTRAJAYA 18 Sept. - Bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Suhaimi Ibrahim menegaskan sebanyak 10 kenderaan mewah yang dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan dana Program Akhiri Zaman Miskin (1Azam) bukan miliknya. 

Beliau yang kesal dengan laporan media berhubung perkara itu berkata, kenderaan mewah tersebut milik individu lain yang turut disiasat dalam kes berkenaan sambil menegaskan tiada sebuah kereta, harta atau sebarang dokumen miliknya dirampas SPRM sehingga kini.

Menurutnya, kesemua 10 kenderaan mewah tersebut juga bukan milik proksi beliau sebagaimana dakwaan pihak tertentu.
Sehubungan itu, Suhaimi yang juga bekas Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) meminta media berhati-hati melaporkan perkara tersebut dan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya laporan tidak benar tersebut terus berulang.

Tambahnya, beliau tampil memberi penjelasan kerana yakin bebas daripada amalan rasuah selain mengambil sikap berani kerana benar walaupun mengakui dugaan yang diterima kali ini paling mencabar sepanjang hidupnya.

Semalam media melaporkan, seorang bekas setiausaha politik kepada bekas menteri Kabinet dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM100,000 selepas ditahan reman lima hari bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana program 1Azam dengan 10 buah kenderaan mewah turut dirampas.
-Utusan
Kemewahan hasil usaha keras saya – Suhaimi Ibrahim

Bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Suhaimi Ibrahim mengakui beliau yang ditahan SPRM kerana  disiasat atas pertuduhan salah guna wang program akhiri zaman miskin (1AZAM).  Tujuh individu dari kementerian lain turut dipanggil bagi membantu siasatan.

“Tiada apa yang hendak disembunyikan. Ya, saya ditahan tetapi maklumat yang disiarkan di blog dan portal tidak semuanya betul,”

SPRM juga menyita 10 kenderaan mewah Suhaimi namun beliau menafikan laporan itu.

“Jika ada pihak yang mempersoal kemewahan saya, seperti tersiar di blog,  itu hasil usaha keras saya. Saya seorang ahli perniagaan sejak 1995 dan dari situlah datang sumber kewangan itu,” katanya seperti dilaporkan The Malaysian Insider.

Beliau telah ditahan reman empat hari sejak Jumaat berhubung kes itu dan dibebaskan Selasa. Suhaimi tidak bercerita lanjut butiran penyiasatan.

“Saya tidak terlibat dalam program 1AZAM. Saya telah bekerjasama dengan SPRM dan kini saya mahu membersihkan semula nama saya,” katanya lagi.

Ketika ditanya adakah beliau akan dipanggil semula oleh SPRM, katanya,

“Saya telah berikan kerjasama. Saya datang sendiri dan tiba pada jam 5 petang dan disoal sepanjang minggu.”

Selepas ini beliau juuga berkata mahu memberi fokus kepada perniagaan dan tidak mahu terjebak lagi dalam pertuduhan sedemikian.

“Perniagaan saya tiada kaitan dengan kementerian atau program di bawahnya. Namun untuk mengelak sebarang tuduhan, lebih baik saya berdiam diri,” katanya.
EkELEH.COM

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena