Friday 27 September 2013

Malaysia dan China berada pada paras teratas dalam skala RASUAH - Laporan Kajian Penipuan Asia Pasifik 2013.

Jumaat, 27 September 2013
 Malaysia disenaraikan sebagai salah sebuah negara yang kerap mengamalkan rasuah 
bonikacak.com
Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) kerajaan gagal dalam peranannya mentransformasikan bidang ekonomi.

 Malaysia disenaraikan sebagai salah sebuah negara yang kerap mengamalkan rasuah dan mengambil jalan pintas bagi mencapai sesuatu sasaran sewaktu dalam kegawatan ekonomi, kata satu kajian baru-baru ini.

Kajian yang dibuat Ernst & Young itu sekali gus menunjukkan Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) kerajaan gagal dalam peranannya mentransformasikan bidang ekonomi.

Malaysia dan China berada pada paras teratas dalam skala rasuah menurut penemuan terbaru Laporan Kajian Penipuan Asia Pasifik 2013. Kajian itu dijalankan kepada 681 eksekutif di China, Singapura, Australia, New Zealand, Indonesia, Vietnam, Malaysia dan Korea Selatan.


Separuh daripada eksekutif itu berpendapat China, Indonesia, Malaysia dan Vietnam paling banyak terlibat dalam rasuah.

Eksekutif yang terlibat dalam kajian ini mempunyai latar belakang dalam sektor industri, perbankan, peruncitan dan sumber asli.

"Kegiatan penipuan mencatatkan peningkatan dan hal ini tidak berkait di antara polisi ditetapkan dengan pematuhan polisi itu,"kata rakan pengurusan dalam laporan tersebut, Chris Fordham.

Kira-kira 39 peratus mendapati rasuah diamalkan secara meluas di Malaysia, dua kali ganda daripada purata Asia Pasifik iaitu sebanyak 21 peratus.

Malah, 29 peratus responden mendapati rasuah yang diamalkan di sini meningkat berikutan keadaan ekonomi yang semakin mendesak dan peningkatan dalam persaingan yang merupakan negara ketiga tertinggi dalam kajian itu.

Laporan itu mendapati sewaktu negara di Asia mengenengahkan polisi anti rasuahnya, pendekatan itu tidak dilaksanakan dengan berkesan.

Kira-kira 40 peratus responden mendedahkan syarikat mereka mempunyai etika anti rasuah dan 35 peratus lagi mengesahkan pegawai atasan mereka menyatakan komitmen terhadap polisi tersebut.

"Kajian juga mendapati risiko rasuah meningkat dalam pasaran negara membangun disebabkan kawalan persekitaran lemah dalam pelaksanaan polisi yang berbeza dengan kerangka kerja pematuhan global,” katanya.

Kajian berkenaan turut menunjukkan empat peratus responden bersetuju atau sangat bersetuju di mana bukan sesuatu yang salah menawarkan ganjaran wang dalam perniagaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (gambar) membentangkan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang salah satunya mengurangkan amalan rasuah. – 27 September, 2013.
The Malaysian Insider.
Beza Hukuman Rasuah di China vs Malaysia

Rasanya tidak perlu diperjelas dengan lebih lanjut mengenai isu diskriminasi hukuman rasuah yang sedang berlaku di Malaysia. Samada ada sangkal atau tidak, sekurang-kurangnya gambar selepas ini boleh menceritakan segala-galanya antara beza hukuman rasuah di Malaysia dengan negara China

4773633521_d56bc16ac5

Zheng Xiaoyu yang merupakan Bekas ketua industri makanan dan ubat China telah pun selamat dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Beijing  kerana rasuah dan mengabaikan tugas. Zheng, 62, merupakan pengarah pertama jabatan pentadbiran negeri dan ubat (SFDA) pada 1998 sehingga dia diberhentikan pada Jun 2005. Zheng yang disiasat dan dipecat daripada parti komunis pada Mac, dibicarakan sejak 16 Mac kerana didakwa mengambil rasuah lebih daripada 6.4 juta yuan (RM2.9 juta) dan mengabaikan tanggungjawabnya terhadap tugas.

Apa yang anda semua boleh gambarkan dan jelaskan daripada 2 hukuman rasuah yang berbeza dari gambar-gambar di atas?
Sumber gambar : obefiend/BeritaSemasa.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena