Thursday 20 April 2017

[Video Najib tak mampu transformasi, hanya 'transfer money'] Kerajaan BN bertambah zalim batal khidmat PBT & UMNO ADA AHMAD MASLAN, PAS ADA NIK AMAR! Jubah dia tak koyak, katanya.

Khamis, 20 April 2017


BN bertambah zalim dlm pemerintahan ..wajar ke kita sokong lagi..??

K’jaan batal khidmat PBT bagi kawasan parlimen bukan BN.

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membatalkan semua kelulusan projek kerajaan tempatan di kawasan Parlimen di mana BN tewas.
Ini adalah mengikut pekeliling yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah jabatan Kerajaan Tempatan, Abu Bakar Johar, yang bertarikh 7 Mac.

K’jaan batal khidmat PBT bagi kawasan parlimen bukan BN

 Penulis 
Arahan itu meliputi semua projek BP 1 merujuk kepada projek infrastruktur berskala kecil di peringkat majlis tempatan.

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membatalkan semua kelulusan projek kerajaan tempatan di kawasan Parlimen di mana BN tewas.

Ini adalah mengikut pekeliling yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah jabatan Kerajaan Tempatan, Abu Bakar Johar, yang bertarikh 7 Mac.

Arahan itu meliputi semua projek BP 1 yang menurut laman web KPKT, merujuk kepada projek-projek infrastruktur berskala kecil di peringkat majlis tempatan.



Abu Bakar Johar berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat 9 Mac lalu untuk "penyelarasan peruntukan projek BP 1 2017" yang dihadiri oleh Menteri KPKT, Tan Sri Noh Omar bersama datuk bandar dan yang dipertua pihak berkuasa tempatan Malaysia.

Dalam surat itu, beliau berkata kerajaan tempatan diarahkan untuk "membatalkan projek-projek BP 1 tahun 2017 yang telah diluluskan kepada PBT di kawasan-kawasan parlimen bukan BN”

"Waran peruntukan yang telah dikeluarkan bagi pelaksanaan projek-projek berkenaan adalah ditarik balik," katanya.

Kerajaan tempatan juga diarahkan untuk menyenaraikan semua projek BP 1 yang diluluskan, untuk diserahkan kepada ahli parlimen BN semasa perjumpaan Noh dengan ahli parlimen BN.

Exco Pulau Pinang yang bertanggungjawab bagi kerajaan tempatan Chow Kon Yeow mengesahkan menerima surat itu.

Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming berkata beliau akan mengeluarkan surat tuntutan kepada Noh untuk menarik balik surat tersebut dalam masa tujuh hari atau beliau akan memfailkan tindakan undang-undang untuk membatalkan perintah itu.

Beliau menjankakan lebih 20 juta orang akan terjejas kerana projek BP 1 melibatkan kemudahan asas, di 89 kerusi parlimen.

"Adalah dipercayai bahawa surat seumpama itu adalah sebahagian daripada kempen BN menenkan pembangkang dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Walau bagaimanapun, surat itu bukan sahaja menarik kritikan tetapi dilihat sebagai berniat jahat, tidak sah dan penyalahgunaan kuasa oleh kementerian," katanya.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/
Image result for Gambar ahmad maslan
UMNO ADA AHMAD MASLAN, PAS ADA NIK AMAR !! 
Seronok juga kadang2 dok ulas kata2 Nik Amar. Boleh terhibur kita dibuatnya. Nik Amar kata, Umno kini demam sebab Umno berpecah, dan lahirnya Bersatu. 

Dap lagi teruk, kata Nik Amar. Dap hilang 4 Wakil Rakyat baru2 ni iaitu 3 Adun di Melaka dan seorang MP. Dap dah kena denggi berdarah, kata Nik Amar. 

Keadilan pula, asyik bergaduh kat dapor. Rafizi dedahkan skandal Us Nasa iaitu ahli Pas kerana nak jatuhkan Azmin. Ada puak dlm Keadilan, kata Nik Amar lagi. Ditanya pula tentang Pas. Apa jawab Nik Amar? Pas ok. Pas dah tak demam dah. Hahahaha...... 

Nik Amar kata Umno demam sebab wujudnya Bersatu. Nik Amar tak tengok jubah di punggung dia koyak ke? Amanah wujud tu dari parti mana yg berpecah? Bersatu wujud dari Umno. Amanah? Dari Dap ke, lebai? Ertinya, Umno dan Pas sama je lah, lebai woiii....hahaha... 

Pastu, Nik Amar kata, Dap hilang 4 Wakil Rakyat yg keluar parti. Maka, Dap kena denggi berdarah, kata Nik Amar. Kalau hilang 4 Wakil Rakyat sudah kena denggi berdarah, Pas pula hilang berapa Wakil Rakyat yg masuk Amanah? Cuba kira wahai Nik Amar. Banyak Dap yg hilang ke atau banyak Pas yg hilang Wakil Rakyat? Kalau 4 Wakil Rakyat yg hilang dianggap kena denggi berdarah, Pas yg hilang lebih banyak dari itu nak kata penyakit apa pulak ye? Hahaha.... 

Dia pun sentuh Keadilan. Keadilan ada puak, katanya. Tapi aku nak tanya Nik Amar, parti mana sekarang yg wujud kerana Keadilan berpecah dan berpuak? Ada ke? Sekarang ni hanya ada dua parti baru yg wujud hasil dari berpecah iaitu Bersatu wujud kerana berpecah dlm Umno dan Amanah wujud kerana berpecah dlm Pas. Itu saja. Dap kekal. Keadilan masih kekal. 

Tapi, Nik Amar masih dok perasan parti dia yg terbaik. Jubah dia tak koyak, katanya. Mu tengok jubah di depan memang la tak nampak. Pergi cermin dulu kat punggung mu tu, lebai. Hahaha... 
DICATAT OLEH WFAUZDIN NS

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena