Sunday 30 April 2017

[Video Ahli UMNO Mana Yang Nak Undi PAS?] PRU Mungkin Ramadhan? Muktamar Pas terima usul putus hubungan dengan PKR.

Isnin, 1 April 2017

Foto Parti Amanah Negara.



Parti Amanah Negara telah menambah 5 foto baru
21 jam
Alhamdulillah ... Program Ceramah Perdana & Perasmian Pejabat AMANAH BPR Dun Kubang Rotan berakhir dengan jayanya. Tahniah & Terima kasih kepada Presiden Parti AMANAH Negara Tuan Hj Mohamad Sabu , Sdr YB Rafizi Ramli Naib Presiden PKR , YB Howard Lee mewakili DAP , Dato Dr Ismail Salleh Pengerusi Amanah Kedah ,YB Dr Azman Ismail Pengerusi PKR Kedah , YB Tan Kok Yuew Pengerusi DAP Kedah , Sdr Razak Khamis Ketua Bahagian PPBM Pendang,Dr Rahman Ketua Seketeriat Pakatan Harapan dan semua pimpinan Parti Amanah , PKR , Dap, PPBM yang sudi hadir.
Kami mewakili AJK Amanah BPR DUN Kubang Rotan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua hadirin yang hadir menyumbang dari segi masa , tenaga, idea dan wang ringgit bagi menjayakan program ini serta memohon ampun dan maaf sekiranya adanya kelemahan& kekurangan dari pihak kami.
29 April 2017
Pejabat Amanah BPR DUN Kubang Rotan
Taman Kek Wa Jalan Kuala Kedah
Catatan Oleh
Mohd Asmirul Anuar
Ketua Pemuda AMANAH Kedah

Foto Parti Amanah Negara.

Muktamar Pas terima usul putus hubungan dengan PKR

Usul putus hubungan dengan PKR diterima perwakilan Muktamar Pas ke-63
Usul putus hubungan dengan PKR diterima perwakilan Muktamar Pas ke-63
Muktamar Tahunan Pas ke-63 hari ini menerima usul bagi memutuskan tahaluf siyasi antara Pas dengan PKR tertakluk kepada keputusan Majlis Syura Ulamak berdasarkan perlembagaan PAS.
Usul tersebut dibentang oleh AJK Dewan Ulamak Pas Pusat Zulkifli Ismail yang mewakili 23 Pas kawasan dan Dewan Ulamak Pas Pusat serta Dewan Pemuda Pas Malaysia, lapor Harakahdaily.
Katanya keputusan itu dibuat dengan merujuk kepada panduan dalam perlembagaan Pas iaitu Fasal 5, Fasal 6 dan Fasal 7.
Ini kerana katanya Majlis Syura Ulamak telah menetapkan tahaluf mesti dijalankan sebagai wasilah menegakkan Islam, memperkukuhkan kedudukan Islam serta memberi ruang kepada pelaksanaan Islam.
“Tahaluf mesti dipastikan dasar-dasar Islam dipertahankan, ijtimak hendaklah diberi kepada kepimpinan gerakan Islam, bukan kepada pakatan tahaluf, tahaluf hendaklah dijadikan ruang dan medan untuk menyampaikan dakwah.
"Segala keputusan oleh Majlis Syura Ulamak akan tetap kita patuh dalam pertembungan siasah di negara ini," katanya di muktamar yang berlangsung di Kompleks Pas Kedah di Kota Sarang Semut.
Usul itu kemudian disokong Ahmad Fadhli Shaari yang berkata tahaluf tidak wajar diteruskan dengan rakan tidak lagi setia bersama dalam pakatan.
“Sikap PKR tidak sokong usaha Pas lakukan pindaan Akta 355 bagi memperkasakan mahkamah syariah di Kelantan.
“Tindakan PKR mencuri ahli parlimen Pas di Tumpat yang menang pada 2013. Kita mencabar supaya bertanding di parlimen Tumpat pada PRU ke-14 bagi memperlihatkan sebagai anak jantan.
“Biar pun ada ahli PKR yang hendak sertai PAS namun kita tidak terima buat masa ini,” ujarnya.
Berikut ialah usul tahaluf siyasi.
Usul bersama Pas Kawasan Bandar Tun Razak, Beruas, Labis, Lumut, Bera, Serdang, Pandan, Batu, Shah Alam, Bayan Baru, Titiwangsa, Kuantan, Paya Besar, Padang Terap, Kuala Terengganu, Kuala Kangsar, Marang, Bukit Mertajam, Kuala Nerus, Dungun, Kuala Langat, Dewan Ulamak Pas Pusat dan Dewan Pemuda Pas Malaysia.
Sejarah lalu mencatatkan bahawa Pas telah melaksanakan hubungan Tahaluf Siyasi dengan berbagai pihak di sepanjang tempuh perjuangan Pas ini.
Keputusan yang dibuat, adalah merujuk kepada panduan yang menjadi rujukan dalam perlembagaan Pas, iaitu Fasal 5 (Tujuan PAS), Fasal 6 (Usaha – Usaha) dan Fasal 7 (Hukum dan Kekuasaan). Majlis Syura Ulamak telah menetapkan Syarat Tahaaluf Siasi. Antaranya seperti berikut:
1. Tahaaluf mestilah dijalankan sebagai wasilah untuk menegakkan Islam, memperkukuhkan kedudukan umat Islam serta membuka ruang untuk pelaksanaan Islam.
2. Tahaaluf mestilah dipastikan dasar-dasar Islam dipertahankan.
3. Intima’ hendaklah diberikan kepada kepimpinan gerakan Islam, bukan kepada pakatan Tahaaluf.
4. Tahaaluf hendaklah dijadikan ruang dan medan menyampaikan dakwah.
5. Matlamat kemenangan Islam tidak boleh menghalalkan Tahaaluf secara mutlak.
6. Mandat membuat penilaian Tahaaluf mestilah dibuat oleh Majlis Syura Ulamak.
Kini terdapat banyak pelanggaran syarat berlaku disepanjang tempoh berlangsungnya Tahaaluf Siasi antara Pas dan PKR. Ianya boleh dibuktikan melalui beberapa kejadian yang berlaku, antaranya:
1. Penglibatan PKR menyokong calon PAN dan menentang Pas dalam dua pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
2. Kegagalan PKR untuk memberi sokongan yang baik kepada usaha Pas memperkasakan Mahkamah Syariah melalui Pindaan Akta 355 malah dilihat turut bersama dengan pendirian DAP yang menentang keras Pindaan Akta 355 ini.

3. Kenyataan-kenyataan pimpinan PKR secara terbuka yang jelas memperlihatkan keceluparan dan kebiadapan mereka terhadap Pas sekali gus tindakan mereka yang tidak menunjukkan setiakawan.
Maka, sempena Muktamar Tahunan PAS kali ke 63 yang berlangsung pada 29 April hingga 01 Mei 2017 bersamaan 2 hingga 4 Sya'aban 1438 di Kompleks PAS Kedah Kota Sarang Semut Kedah Darul Aman, kami mengusulkan supaya Tahaluf Siasi antara Pas dan PKR diputuskan tertakluk kepada keputusan Majlis Syura Ulamak menurut peruntukan perlembagaan Pas.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena