Thursday 27 April 2017

[Video PAS Sudah Tidak Menentang Penyelewengan UmnoBN Lagi] Pas akhirnya mendedahkan niat dan isi hatinya yang sebenar!

Jumaat, 28 April 2017

PAS AKHINYA MENGAKU NIATNYA HANYA UNTUK MENGEKALKAN UMNO


Pas akhirnya mendedahkan niat dan isi hatinya yang sebenar iaitu tidak guna menjatuhkan kerajaan yang sedang memerintah negara sekarang ini.

Kalau tidak guna menjatuhkan, bermakna yang berguna ialah mengekalkannya. Jika tidak guna untuk dikekalkan, ertinya lebih baik dijatuhkan.

Pilihan tidak boleh lebih daripada satu, ia mesti antara dua, pilih salah satu.

Apabila Pas sudah mengatakan tidak guna menjatuhkan kerajaan sedia ada, hakikatnya itulah tujuan sebenar mereka mewujudkan blok ketiga yang dinamakan Gagasan Sejahtera.

Dan itulah juga sebabnya Pas bagai nak gila mahu bertanding di 80 kerusi Parlimen tanpa mengendur walau sedikit pun dengan mana-mana parti yang ingin berunding dengannya.

Dengan hanya 80 kerusi, menang dah tentu tak ke mana, tetapi kalah tak mengapa, yang penting, Najib Razak, UMNO dan BN dapat dibantu untuk terus kekal berkuasa.

Ehem, ehem, ehem...

Setelah berdolak-dalik dan menyembunyikan hasrat sebenar mereka sejak sekian lama, hari ini segala-galanya terdedah dengan sendirinya. 

Ia bukan saja dilafazkan oleh Timbalan Mursyidul Am Pas, Ahmad Yaakob, bahkan juga diucapkan di hadapan golongan ulama parti itu iaitu ketika merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas.

Ahmad Yaakob menjelaskan, tidak guna menjatuhkan kerajaan yang ada sekarang kerana yang akan menjadi penggantinya nanti ialah kerajaan yang berfahaman sekular sosialis.

"Apa yang dibimbangkan, jatuhnya sebuah kerajaan sekular nasionalis tetapi diganti dengan sekular sosialis. 

"Kalau itu terjadi, PAS kena ambil masa 60 tahun untuk jatuhkan kerajaan sekular sosialis dan diganti dengan kerajaan Islam," ujar beliau yang juga Menteri Besar Kelantan.

Soalnya, benarkah kerajaan baru nanti betul-betul berfahaman sekular sosialis? Apakah semata-mata kerana ada DAP di dalam Pakatan Harapan, lalu ia semudah itu digelar sekular sosialis?

Apakah sekular nasionalis lebih baik daripada sekular sosialis, maka Pas sebagai parti Islam ingin mempertahankannya?

Tidakkah Ahmad Yaakob sedar, kerajaan yang ada sekarang juga lebih dikenali sebagai kerajaan kleptokrasi?

Dalam pada itu, jika tidak dalam pilihanraya akan datang, bila lagi masa yang sesuai untuk kerajaan yang ada boleh dijatuhkan?

Mengapa tidak mahu diinsafi, kiranya dalam PRU 14 ini UMNO dan BN tidak mampu dikalahkan, waktu terbaik untuk berbuat demikian mungkin tidak muncul lagi sampai bila-bila?

Ini kerana, kiranya mampu melepasi garisan PRU 14, kerajaan sekular nasionalis yang juga dikenali di seluruh dunia mengamalkan gaya pemerintahan kleptokrasi dan begitu ingin dikekalkan kuasanya oleh PAS, mereka pasti akan bertindak dengan lebih keras lagi bagi mengekalkan kuasa yang ada.

Sudahnya, bila dapat ditumbangkan lagi?

Bila pula Pas mampu bertanding lebih banyak kerusi, tidak sekadar 80  saja, agar hasrat menubuhkan kerajaan Islam secara sendiri dapat dicapai?

Dengan pelbagai isu melingkari wajah Perdana Menteri serta kleptokrasi mula mengambil alih tempat demokrasi, bukan saja PRU 14 medan terbaik untuk menukar kerajaan, malah pendirian Pas yang mengatakan tidak ada gunanya menjatuhkan kerajaan sedia ada, perjuangan mereka nyata semakin menjauh daripada hati nurani rakyat seluruhnya.

Realitinya, tiada ada mana-mana bangsa dan agama dapat menerima kerajaan yang dibayangi skandal, penipuan, rompakan dan samunan yang begitu berleluasa yang semata-mata dapat bertahan kerana masih mampu mengepung kuasa dan segala agensi penguatkuasa dalam genggamannya.

Dalam keadaan begitu, tidak malukah Pas kerana masih lagi mahu bermain-main dengan perbezaan antara sekular nasionalis dan sekular sosialis untuk mewajarkan pendirian mereka tanpa melihat gambaran lebih besar kepada kemusnahan masa depan negara jika gejala kleptokrasi tidak ditamatkan dengan segera? (ShahbudinHusin 28/04/2017).

Posted by 

4 comments:

Ab Rahman Yaacob said...

Jika PAS lebih memihak kepada Secular Nasionalis, maka pilihan PAS adalah lebih baik... Secular belum dikelaskan dengan hukum-hukum tertentu...???
Tetap tidak mungkin berlaku Syirik kerana berIdeology Secular Nasionalis... !!!

Ab Rahman Yaacob said...

Tetapi dakwaan PAS berkaitan dengan Islam (al-Islam) adalah tidak benar sama sekali berkadarkan pada cara, sifat, kata-kata, perbuatan anggot ajasad PAS yang disabitkan dengan ajaran Islam selama ini, sebagaimana yang didakwa oleh PAS sedak sekian lama...!!!

Ab Rahman Yaacob said...

Terima lah kenyataan bahawa "PAS belum lagi mengenal (hakikat) kalimah bacaan al-Quran "al-Islam", yang difahami sekadar dengan takwilan semata-mata kepada kalimah bacaan yang lain... kemudian pinjam "al-Islam" jadi Islam... kemudian lagi bercampur aduk pula fahamannya dengan Agama (ad-deen - tauhid rububiyyah)mewajibkan (al-Islam - i'ttiqad uluhiyyah) > Rububiyyah mewajibkan Uluhiyyah & sebaliknya... Ini berarti kalau belum Islam (al-Islam) wajiblah belum berAgama (ad-deen)...

pak ahmad said...

Awalnya aku hanya mencoba main togel akibat adanya hutang yang sangat banyak dan akhirnya aku buka internet mencari aki yang bisa membantu orang akhirnya di situ lah ak bisa meliat nmor nya AKI NAWE terus aku berpikir aku harus hubungi AKI NAWE meskipun itu dilarang agama ,apa boleh buat nasip sudah jadi bubur,dan akhirnya aku menemukan seorang aki.ternyata alhamdulillah AKI NAWE bisa membantu saya juga dan aku dapat mengubah hidup yang jauh lebih baik berkat bantuan AKI NAWE dgn waktu yang singkat aku sudah membuktikan namanya keajaiban satu hari bisa merubah hidup ,kita yang penting kita tdk boleh putus hasa dan harus berusaha insya allah kita pasti meliat hasil nya sendiri. siapa tau anda berminat silakan hubungi AKI NAWE Di Nmr 085--->"218--->"379--->''259'

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena