Tuesday 25 April 2017

[Video Rakyat akan bangkit humban UmnoBN dalam PRU14] Gesa MB Perak selesaikan 13 isu alam sekitar di Segari.

Selasa, 25 April 2017

Gesa MB Perak selesaikan 13 isu alam sekitar di Segari

Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Rakan Segari menggesa kerajaan negeri Perak diterajui Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir segera menyelesaikan 13 isu alam sekitar dan sosial berbangkit di sekitar kawasan Segari, Manjung.
Penyelaras Rakan Segari, Noor Ismady Ahmad Radzuan berkata, kesemua isu tersebut termasuk telah lama berlarutan tetapi masih tiada penyelesaian yang memuaskan.
"Isu utama ialah cadangan dua projek industri di Kawasan Sensitif Alam Sekitar Tahap 1 yang bercanggah dengan dasar dan pelan Rancangan Fizikal Negara (RFN).
"Isu pemusnahan hutan paya bakau untuk kegiatan akuakultur dan lain-lain guna tanah juga antara isu yang telah lama diketengahkan tetapi semakin serius dan membimbangkan," tegasnya dalam satu kenyataan semalam.
11 lagi isu berbangkit merangkumi laut dan darat di kawasan itu adalah:
1. Pelupusan sisa pepejal pihak berkuasa tempatan.
2. Kemusnahan dan eksploitasi Hutan Simpan Segari Melintang.
3. Pencerobohan bot pukat tunda.
4. Pengurusan sisa pepejal di Teluk Senangin.
5. Pengurusan Pusat Pemuliharaan Penyu Pasir Panjang.
6. Aktiviti perlombongan di kawasan perairan.
7. Gangguan lalat.
8. Penyelenggaraan kemudahan asas di Teluk Senangin.
9. Penternakan babi.
10. Pemansuhan sebahagian Tanah Rizab Melayu.
11. Cadangan pembinaan loji tenaga nuklear.
Kemusnahan hutan paya bakau di Manjung bagi membina kolam udang semakin membimbangkan.Kemusnahan hutan paya bakau di Manjung bagi membina kolam udang semakin membimbangkan.
Sehubungan itu, Penyelidik Lapangan Sahabat Alam Malaysia (SAM), Meor Razak Meor Abdul Rahman menggesa kerajaan negeri Perak mewartakan lokasi pendaratan penyu di pantai Pasir Panjang sehingga Tanjung Hantu yang dianggarkan seluas 200 hektar sebagai Taman Negeri.
"Kita bimbang kawasan ini akan musnah kalau cadangan projek membina kilang besi dan keluli dilaksanakan. Tanpa status perlindungan seperti Taman Negeri kawasan pendaratan penyu di pantai Pasir Panjang, muara Sungai Puyu hingga ke Tanjung Hantu akan terancam," tegasnya pada sidang media di Hutan Lipur Pasir Panjang semalam.
Beliau berkata, terdapat juga spesies yang hanya boleh didapati di kawasan terbabit seperti pokok balau putih dan beberapa jenis tumbuhan lain yang belum lagi dapat dikenal pasti ketika aktiviti merentas hutan tersebut semalam.
Walau bagaimanapun, beliau kecewa surat daripada pihak SAM pada 29 Februari tahun lalu kepada Pegawai Daerah Manjung dan exco berhubung cadangan mewartakan lokasi pendaratan penyu di Segari sebagai kawasan perlindungan tidak mendapat respon sewajarnya.
"Sampai sekarang tiada maklum balas daripada pihak kerajaan negeri. Bahkan pada sidang media hari ini (semalam) kita sudah jemput dua orang exco tetapi mereka tidak hadir," ujarnya dalam sidang media yang turut dihadiri wakil daripada 10 pertubuhan gabungan Rakan Segari.
Pelupusan sampah haram 
Timbunan sampah dengan bau menyucuk hidung di Hutan Simpan Segari Melintang.Timbunan sampah dengan bau menyucuk hidung di Hutan Simpan Segari Melintang.
Mengulas lanjut, Meor Razak turut mempersoalkan ketiadaan tindakan ke atas pihak yang menjadikan kawasan di Hutan Simpan Segari Melintang sebagai tempat pelupusan sampah secara haram melalui kaedah konvensional iaitu lambakan terbuka (open dumping) bukannya tapak pelupusan sanitari (sanitary landfill).
"Semasa lawatan kami di tapak pelupusan sampah haram yang tidak lulus Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA), ada tapak pelupusan sampah di sebelah air terjun yang berpotensi dibangunkan dengan destinasi pelancongan.
"Baru-baru ini, timbunan sampah itu sudah masuk ke laut selepas empangan pecah. Bagaimana tidak lulus tetapi boleh buat juga. Ini satu yang membimbangkan," jelasnya.
Dalam sidang media sama, pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Maketab Mohamed pula berkata, projek kolam udang termasuk secara haram dibimbangi memusnahkan baki kawasan hutan paya bakau yang penting bagi tujuan pembiakan hidupan.
"Bahkan, tidak ada juga tindakan pemulihan ke atas bekas kolam udang yang ditinggalkan. Biarkan begitu saja dengan berharap pokok tumbuh sendiri dan musnahkan lagi hutan paya bakau lain untuk dibina kolam udang.
"Inilah yang terus mengecilkan lagi keluasan hutan paya bakau. Tolonglah penjawat awam berkaitan ambil tindakan.
"Kalau tiada peruntukan undang-undang, wujudkan sebab yang terima akibat rakyat marhaen yang lebih ramai. Ini tidak adil dalam sebuah masyarakat sivil.
"Isu ini juga menyentuh soal keadilan sosial. Orang lain dapat untung. Penduduk setempat pula terima akibat. Mana boleh," bidas Dr Maketab lagi.
Sementara itu, lawatan lapangan Malaysia Dateline bersama kumpulan Rakan Segari pada 22 dan 23 April lalu mendapati penduduk tempatan yang terdiri daripada nelayan pesisir pantai turut terjejas akibat kemusnahan alam sekitar di daerah tersebut.

1 comments:

Johan said...

99 tahun pegangan tanah menjadi 999 tahun? Itu Siapakah punya kerja di Perak?

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena