Monday 24 April 2017

[Video Watson Nyambek - Tiada Maaf Bagimu' & Pengacara Sukan Tak Sentral Menangis] Jangan bazir masa, kata Mapan kepada PAS

Selasa, 25 April 2017




‘Tiada Maaf Bagimu’


MIRI – Bekas jaguh pecut negara, Watson Nyambek hari ini menolak permohonan maaf daripada pihak Primeworks Studios Sdn Bhd berhubung insiden nama bapanya dipersendakan seperti kambing.

Mimik tersebut dilakukan oleh pengacara Azizul Ammar dalam rancangan “Sukan Tak Sentral” terbitan Primeworks yang disiarkan pada dua hari lepas.

Dalam sidang media yang dihadiri kedua-dua pihak, Watson menjelaskan dia masih tidak dapat menerima penghinaan itu.

“Sekarang saya hendak jelaskan walaupun mereka meminta maaf di hadapan anda semua (media), di tv serta di depan rakyat Malaysia, khasnya di Sarawak, pada saya sekarang ini saya sangat susah hendak menerima maaf tersebut.

“Ini kerana bapa saya ini dipandang seperti seekor haiwan. Apa perasaan saya dan bagaimana perasaan anda semua?” katanya.
Posted by Jeebond BLM 

Jangan bazir masa, kata Mapan kepada PAS 

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) dari Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, para pemimpin PAS tidak sepatutnya membazir masa mencadangkan sesuatu perkara yang hampir pasti tidak akan berlaku. 

"Saya agak terkejut dengan kenyataan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, yang menyarankan supaya Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak mengganggu kerusi PAS. 

"Gesaan ini juga tidak selari dengan keputusan parti mahupun kenyataan pimpinan tertinggi parti yang menekankan betapa PAS tidak akan menjalinkan sebarang kerjasama dalam apa jua bentuk dengan DAP dan Amanah serta mana-mana pihak yang bersikap keras terhadap Islam," katanya dalam kenyataan. 

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, katanya, telah menegaskan hal ini dalam beberapa kenyataan bahawa betapa parti Islam itu akan tetap terus berpegang dengan keputusan yang telah dibuat oleh majlis syura ulama PAS. 

"Presiden PAS juga telah memberikan satu ibarat yang sangat menarik iaitu bahawa 'menyertai Barisan Nasional (BN) laksana memikul biawak hidup' manakala 'menyertai Pakatan Harapan biawaknya lebih besar dan penyakitnya lebih parah'," kata beliau. 

Berdasarkan kenyataan Abdul Hadi itu, tidak wajar bagi mana-mana pemimpin PAS melontarkan apa-apa cadangan yang membayangkan kesediaan PAS menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan untuk menumbangkan BN, jelasnya. 

"Para pemimpin Pas perlu lebih berhati-hati di dalam membuat kenyataan bagi memastikan kenyataan mereka konsisten dengan keputusan parti mahupun kenyataan pimpinan tertinggi parti selain memastikan kenyataan mereka tidak bercanggah dengan konsep demokrasi," ujar Kamarul Zaman lagi. 

Posted by Mohd Sulaiman 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena