Thursday 20 April 2017

[Video Tun M - Kuasa DEDAK Najib, Dan Beza Antara MCA & DAP] Kedah bakal jadi negeri utama Pakatan Harapan.

Khamis, 20 April 2017

Foto Parti Amanah Negara.
Bukan siapa lebih Islam.

Kedah bakal jadi negeri utama Pakatan Harapan

Bangunan Amanah Kedah... di hujung sana pula bangunan Bersatu Kedah. Hubungan kedua-dua parti bukan saja dekat, bangunan pun berdekatan.
Bangunan warna oren tiga tingkat di Stargate, Alor Setar adalah bangunan Amanah Kedah. Di seberang jalan sana pula terletak bangunan berwarna merah, berlambang bunga raya, iaitu pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau Bersatu Kedah.
Sebagaimana dekatnya pejabat kedua-dua parti pecahan dari Pas dan Umno ini, begitulah juga eratnya hubungan kedua-dua parti baru yang bergabung bersama PKR dan DAP dalam Pakatan Harapan.
Mereka kini menjadi cabaran utama kepada BN Kedah yang baru sepenggal kembali berkuasa selepas Pas berjaya merampasnya pada tahun 2008 lalu.
Berikut adalah laporan wartawan HAZAYANI ZAKARIA yang melawat Kedah baru-baru ini.
Dr Rohani yang memimpin Wanita Amanah Kedah menggunakan profesionnya sebagai doktor untuk memberikan tawaran terbaik untuk rakyat Kedah.Dr Rohani yang memimpin Wanita Amanah Kedah menggunakan profesionnya sebagai doktor untuk memberikan tawaran terbaik untuk rakyat Kedah.SELEPAS berbincang dengan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah, Ridzuan Abu Bakar dan Pengarah Biro Komunikasi Angkatan Wanita Amanah Kedah (AWAN) Ruslina Husain, destinasi pertama yang dituju ialah pejabat Amanah Jerai di Guar Chempedak.
Kebetulan pada 31 Mac, AWAN Negeri Kedah mengadakan majlis Hi-Tea bagi mengumpul dana Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Ya, bahang pilihan raya semakin terasa walaupun tarikhnya masih misteri, hanya Allah SWT yang mengetahui. Jadi saya mengambil peluang untuk bertemu beberapa pimpinan Amanah negeri di majlis itu.
Kali ini merupakan kali kedua saya menjejakkan kaki ke Guar Chempedak, tetapi dengan situasi yang sedikit berbeza. Kali pertama pada bulan Ogos 2015, ketika Amanah belum wujud, masih bergerak atas platform Gerakan Harapan Baru (GHB).
Ketika itu GHB sedang rancak mengadakan jelajah ke seluruh negara bagi memberikan pencerahan kepada ahli Pas khususnya yang cenderung meninggalkan parti Islam itu selepas perpecahan yang berlaku.
Ketika itu, pejabat Amanah Jerai pun belum ada secara rasmi, hanya menumpang di tingkat atas Pusat Haemodialisis Datuk Dr Ismail Salleh yang mengetuai GHB Kedah.
Saya bersama Dr Siti Mariah Mahmud, Aiman Athirah Al-Jundi (kini ahli jawatankuasa Amanah Nasional) dan Anis Afida (kini Ketua Wanita Muda Amanah) menghadiri jamuan raya GHB Kedah sekali gus dalam rangka jelajah GHB ke utara.
Waktu itu saya baru meletak jawatan sebagai wartawan di akhbar Harakah - belum mempunyai pekerjaan baharu dan sedang berkira-kira untuk bekerja dengan Dr Siti Mariah.
Kali ini, kunjungan saya ke lokasi sama sebagai wartawan akhbar mingguan Amanah, sesuatu yang tidak pernah saya jangka dahulu.

AK14 SEBAGAI JENTERA KEMPEN 
Sewaktu sampai di perkarangan pejabat Amanah Jerai, kelihatan sebuah lori bertulis AK14 diparkir berhampiran khemah hi-tea. AK14 adalah singkatan bagi Amanah Kedah Pilihan Raya Umum Ke-14.
Amanah menyiapkan lori khas sebagai kenderaan kempennya. Lori ini mempunyai peralatan lengkap untuk ceramah dan lain-lain program parti.Amanah menyiapkan lori khas sebagai kenderaan kempennya. Lori ini mempunyai peralatan lengkap untuk ceramah dan lain-lain program parti.Difahamkan, lori yang boleh dijadikan pentas ceramah lengkap dengan sistem pembesar suara ini digunakan untuk program-program ceramah Pakatan Harapan - Amanah, Bersatu, DAP dan PKR di seluruh negeri Kedah. Lori ini mempunyai pemandu tetap yang akan bergerak ke lokasi-lokasi ceramah.
Sementara itu, di bawah khemah dalam panas petang, tetamu sudah memenuhi meja-meja yang disediakan. Turut bersama petang itu wakil-wakil dari Bersatu, DAP, dan PKR.
Acaranya santai sahaja dengan ucapan ringkas daripada Ketua AWAN Kedah Dr Rohani Abd Mutalib dan Pengerusi Amanah Kedah Datuk Dr Ismail Salleh sebelum majlis dikendalikan oleh Azlin Hezree, isteri kepada Dr Dzulkefly Ahmad yang selalu tampil membuat persembahan di majlis-majlis Amanah.
Beliau datang dari Kuala Lumpur menaiki ETS semata-mata memenuhi undangan Dr Rohani yang merupakan seniornya sewaktu di alam persekolahan.
Dalam slot bicara santai sambil menikmati hidangan minum petang yang disediakan, saya tertarik dengan soalan yang diajukan kepada Dr Rohani; mengapa masih bersusah payah berjuang dalam politik sedangkan beliau boleh memilih untuk menghabiskan masa dengan keluarga sahaja.
"Sampai hari ini semangat berjuang saya tak pernah reda. Dari Pas ke Amanah.
"Tiga kali saya jadi calon di Jitra, kira-kira 15 tahun dalam perjuangan politik ini.
"Pagi-pagi bangun mesti fikir apa nak buat, nak jumpa siapa, saya semangat untuk nak bagi rakyat seronok, nak bela rakyat tertindas.
"Memang saya boleh duduk di rumah tapi ada lagi kerja yang kalau kita tak buat, kita belum lagi menyempurnakan ubudiyah dengan Allah.
"Bagi saya politik ini gedung untuk nak dapat pahala. Apatah lagi jika kita berjuang untuk menyelamatkan negara daripada kerajaan kleptokrasi," kata doktor perubatan yang berusia 62 tahun itu.
Dr. Rohani mula aktif dalam politik sejak tahun 1999, pernah memegang jawatan Ketua Dewan Muslimat Pas Kubang Pasu dan Ketua Penerangan Dewan Muslimat Negeri sebelum berhijrah ke Amanah.
BERSATU AMANAH SALING MEMBANTU
Hubungan Wanita Amanah dengan wanita PKR juga akrab di Kedah.Hubungan Wanita Amanah dengan wanita PKR juga akrab di Kedah.
Berbual dengan beliau selepas majlis, Dr Rohani berkata, fokus AWAN bersama wanita Pakatan Harapan adalah mendekati pengundi wanita di kawasan luar bandar yang tidak terdedah kepada maklumat semasa di samping tidak meninggalkan terus kempen kepada wanita di kawasan bandar.
"Ramai wanita di luar sana terutama yang ada akses internet tahu apa yang berlaku dan mengenali Amanah kecuali mereka di kampung yang tak dapat akses internet dan tak ada siapa cerita. Kita usaha turun ke kampung-kampung," katanya sambil mengakui Bersatu banyak membantu Pakatan Harapan masuk ke kubu kuat Umno.
"Kawasan Felda ini talian hayat BN tapi sekarang kita dah boleh masuk sebab ada Bersatu. Semenjak Bersatu menyertai Amanah kita banyak buat pertemuan bersama dan merangka program bersama," katanya.
Beliau gembira dengan perkembangan yang berlaku dalam Pakatan Harapan apabila wanita keempat-empat parti menunjukkan kesatuan dalam gerak kerja pilihan raya.
"Semuanya macam seronok nak buat pertemuan. Di peringkat negeri kita belum buat pertemuan rasmi sebab Srikandi Bersatu belum dilantik di Kedah. Tapi di kawasan yang dah lantik kita dah buat pertemuan dengan Srikandi, wanita PKR dan DAP.
"Kita nak turun bersama jumpa masyarakat untuk untuk dilihat kekuatan wanita Pakatan Harapan," katanya yang bersedia jika Amanah meletakkan lebih ramai calon wanita pada PRU14.

AMANAH BERSATU RAPAT DI HATI

Bangunan Amanah Kedah tersergam indah di Stargate, Alor Setar menjadi pusat operasi parti itu.Bangunan Amanah Kedah tersergam indah di Stargate, Alor Setar menjadi pusat operasi parti itu.
"Wah, besarnya pejabat Amanah Kedah. Kalah Wisma Amanah di Selayang," kata saya kepada rakan yang menemani sepanjang melakukan tugasan di Kedah. Dia pun sama-sama teruja melihat ruang pejabat tiga tingkat siap dicat oren, paling hujung di bangunan rumah kedai itu.
Memandang ke sebelah kiri pula, terlihat pejabat Bersatu dengan lambang bunga raya merah. Bangunannya hanya di seberang jalan dengan bangunan pejabat Amanah di Stargate Alor Setar.
"Wah, pejabat Bersatu pun di sini. Sama besar juga," kata saya lagi. Seingat saya belum pernah bertemu dengan pejabat parti yang terletak berdekatan antara satu sama lain selain daripada markas ketika pilihan raya.
Hubungan rapat Pakatan Harapan di Kedah bakal membuahkan hasil yang baik dalam pilihan raya akan datang.Hubungan rapat Pakatan Harapan di Kedah bakal membuahkan hasil yang baik dalam pilihan raya akan datang.Patutlah Dr Ismail kata mesyuarat di pejabat Amanah, sidang media di pejabat Bersatu pada hari yang sama. Rupa-rupanya boleh berjalan kaki sahaja dari pejabat Amanah Ke pejabat Bersatu.
Pemandangan itu sekali gus mengiyakan kata-kata Dr Ismail bahawa Bersatu bukan parti yang asing bagi Amanah lantaran hubungan akrab sejak Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad menerajui Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia lagi.
"Kami bersama Bersatu sekarang ini seawal Deklarasi Rakyat. Kita sambut tangan dia. Apabila seawal itu kita sambut tangan dia jadi tidak susah untuk kita bersama selepas wujudnya Bersatu dan menyertai Pakatan Harapan," kata Dr Ismail, bekas exco Kedah yang dilihat sangat optimis terhadap kemenangan Pakatan Harapan di Negeri Jelapang Padi itu.
Bekas Adun Pas Alor Mengkudu itu juga dilihat tegas terhadap parti lamanya, apabila menegaskan tidak mahu lagi menaruh harapan kepada parti itu untuk sama-sama mengambil alih semula Kedah daripada BN.
"Perlawanan tiga penjuru hampir pasti berlaku. Kita akan lawan Pas. Sebelum ini kita bagi masa tapi depa (mereka) masih macam tu, sekarang bukan masa menunggu lagi," tegasnya yang pernah memegang jawatan Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah.
BERSAMBUNG KE BAHAGIAN 2 ESOK.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena