Friday 21 April 2017

[Video Ok Kamera, Puas Hati? Najib & Rosmah melawat rakyat] Rafizi: Duit rakyat biayai penyelesaian AS1.2b 1MDB- IPIC?

Jumaat, 21 April 2017

Foto Muhammad Zulhairi.
Foto Otai BERSIH.
Fuhhh....yoo drama terbaru di petang ni...
Foto Suara Rakyat.
Bila nak dekatnya pilihanraya..
Baru tahu betapa susahnya kehidupan pemimpin AMENO spt rakyat yang lain.

Foto Otai BERSIH.

Rafizi: Duit rakyat biayai penyelesaian AS1.2b 1MDB- IPIC?

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli melahirkan kebimbangan bahawa rakyat bakal menanggung bayaran penyelesaian AS$1.2 bilion berikutan laporan bahawa 1MDB dan firma pelaburan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company Abu Dhabi (IPIC) sedang berunding.
The Straits Times, Singapura melaporkan bahawa sebahagian besar daripada AS$S1.2 bilion itu akan diperolehi melalui penjualan sebuah unit pelaburan 1MDB bernama Brazen Sky Limited kepada sebuah syarikat yang tidak dinamakan.
Rafizi menegaskan bahawa Brazen Sky adalah syarikat yang menimbulkan kontroversi apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa syarikat itu memiliki AS$1.01 bilion dalam bentuk wang tunai di Singapura tetapi kemudiannya menjelaskan ia dipegang dalam bentuk "unit pelaburan".
Adalah tidak jelas jika “unit pelaburan” berkenaan wujud atau bernilai apa yang didakwa kerana akaun 1MDB tidak pernah diaudit sejak 2015 manakala Deloitte menarik semula laporan audit 1MDB bagi tahun 2013 dan 2014.
“Syarikat mana yang akan membeli unit-unit pelaburan yang tidak dapat disahkan nilainya ini dari Brazen Sky Limited/1MDB?
“Adakah syarikat yang akan menyuntik dana sebanyak ASS1.2 bilion (RM5.4 bilion) ke dalam 1MDB untuk membayar tuntutan IPIC ini adalah sebuah anak syarikat milik kerajaan?
“Dari mana (jika seperti yang dijangka ia anak syarikat milik kerajaan) syarikat itu akan mendapatkan dana untuk membayar 1MDB?” soalnya dalam satu kenytaan media hari ini.
Rafizi kata Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani, yang menyelia penyelesaian skandal 1MDB, perlu menangani soalan-soalan ini.
Beliau juga memberi amaran kepada Johari supaya jangan bersekongkol dengan Najib jika ada apa-apa tindakan yang melibatkan penggunaan wang rakyat untuk membayar jumlah tuntutan IPIC itu.
The Straits Times melaporkan bahawa penyelesaian AS$1.2 bilion antara 1MDB dan IPIC akan ditandatangani seawal hari ini.
Jumlah hutang berkenaan termasuk bayaran adalah pinjaman kecemasan yang diberikan oleh IPIC kepada 1MDB apabila firma pelaburan negara itu bergelut untuk membayar balik hutang pada 2015.
Menurut laporan itu, 1MDB juga akan meneruskan rundingan lanjut mengenai cara penyelesaian hutang AS$3.5 bilion yang terhutang kepada IPIC.
Ia termasuk bayaran yang sepatutnya dibuat oleh 1MDB kepada IPIC tetapi sebaliknya disalurkan kepada syarikat palsu yang mempunyai nama yang hampir sama dengan anak syarikat IPIC ini.
Sebelum ini dilaporkan, IPIC menuntut 1MDB membayar AS$6.5 bilion sebagai pampasan dan pembayaran yang tertunggak.
Putrajaya juga dilaporkan memohon bantuan China untuk mencari penyelesaian.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena