Sunday, 23 April 2017

[Video Tun M & ANAK akan pastikan BN kalah di Felda seluruh negara] Ho, ho, hoo...PAS INGAT DIA SIAPA? 'Abang Besar'?

Ahad, 23 April 2017

Image result for Gambar pas tumbang

PAS INGAT DIA SIAPA? 
Dalam perkembangan terbaru, Pas melalui Ketua Penerangan Dewan Ulamanya, Dr. Khairuddin Aman Razali mahu semua parti-parti pembangkang tidak meletakkan calon di 80 kerusi Parlimen yang akan ditandingi parti itu.
 Kata beliau, ia bagi memberi laluan Pas berdepan satu lawan satu dengan UMNO dan BN di semua kerusi tersebut. 

Amboiii.... bukan main besar hajat dan permintaan Pas kali ini? 

Tetapi, siapa dan apa kedudukan mereka dalam gabungan parti-parti pembangkang? 



Bukankah Pas sekarang ini tidak terikat lagi dengan Pakatan Harapan, sebaliknya sudah berada dalam blok ketiga yang dinamakan Gagasan Sejahtera bersama Ikatan? 

Melalui blok ketiga itu, tidakkah Pas bebas bertanding di mana-mana saja kerusi yang disukainya, bahkan dulu pernah berkata, sedia berdepan dengan sesiapa saja dan yakin menang di sebahagian besar daripadanya? 

Kenapa sekarang sudah mula mengendur nada dengan meminta parti-parti pembangkang lain agar jangan meletakkan calon di kerusi yang Pas bertanding? 

Dalam pada itu, bagaimana Pas boleh sesuka hati meminta Pakatan Harapan agar jangan meletakkan calon di 80 kerusi Parlimen yang ingin ditandinginya? 

Adakah Pas merasakan mereka adalah "abang besar" dalam pembangkang? 

Apakah Pas saja yang ada kouta atau jumlah kerusi ingin ditandingi, manakala parti-parti lain mesti tunduk begitu saja kepada mereka? 

Tidak mungkinkah, jika diberi laluan nanti, Pas akhirnya akan berpakat dan lebih cenderung untuk memberi laluan mudah kepada  UMNO dan BN sebagai membalas budi kerana memberi laluan membentangkan usul Akta 355 dah kemudian membentuk sebuah kerajaan campuran dengan tujuan mengekalkan Najib Razak sebagai Perdana Menteri? 

Atau mungkinkan apa yang diluahkan oleh Dr. Khairuddin  ini menandakan Pas ingin kembali semula menyertai Pakatan Harapan? 

Tetapi, sama ada mahu bersama Pakatan Harapan, apatah lagi jika tidak, bukankah  agak keterlaluan bagi Pas meletakkan hak mereka di 80 kerusi Parlimen untuk ditandingi sebelum sebarang perbincangan diadakan? 



Dalam pilihanraya 2013 lalu, Pas hanya bertanding 73 kerusi Parlimen saja, maka bagaimana tiba-tiba boleh meningkat kepada 80 kerusi pula? 

Sementara Pas tidak mahu kerusi mereka disentuh atau diambil oleh pihak lain, parti itu sebaliknya awal-awal lagi sudah menunjukkan kecenderungan ingin mencuri hak parti lain.

 Macam mana tu? 

Selain itu, adakah luahan Dr. Khairuddin ini  juga sebagai tanda-tanda awal bahawa hubungan Pas dengan PKR tidak jadi dan masih sayang untuk dileraikan, walaupun ia sepatutnya akan diputuskan dalam Muktamar pada 28 April ini? 

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena