Friday, 18 September 2015

[Video Gempar!] “You go back!”..."Malaysia Syaitan" Imam Masjid Negara Kena Penampar Lelaki Arab

Jumaat, 18 September 2015

GEMPAR!!! Imam Masjid Negara Kena Penampar Lelaki Arab


Lelaki Arab yang bertindak menampar Imam II Masjid Negara dibawa keluar oleh pihak polis untuk siasatan.
SEORANG lelaki dipercayai keturunan ‘Arab’ telah menampar Imam II Masjid Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim semasa rakaat pertama solat Jumaat sebentar tadi.
Akibat tindakan itu, sembahyang Jumaat terpaksa dilaksanakan semula di masjid berkenaan.
Menurut saksi, lelaki Arab berkenaan bertindak menolak Imam selepas selesai Al-Fatihah dibaca ketika rakaat pertama seolah-olah ingin menggantikan tempatnya.
Bagaimanapun apabila Imam meneruskan bacaan, lelaki tersebut menampar Imam seterusnya merampas mikrofon dan berkata “You go back!” beberapa kali sebelum dihalang pasukan keselamatan.
Saksi lain mendakwa, ketika ditahan lelaki tersebut turut berteriak dalam Bahasa Arab yang bermaksud, “Malaysia Syaitan”.
Berdasarkan video yang kini tersebar, tindakan lelaki berkenaan nyata telah mengundang kemarahan jemaah yang datang bersolat Jumaat di Masjid Negara hari ini apabila ramai yang memarahi dan cuba menamparnya ketika dia dibawa keluar oleh pihak berkuasa.
Dapat didengar, ada yang berteriak kepada lelaki ‘Arab’ berkenaan “kurang ajar!”,“orang tengah sembahyang” dan “tangkap dia”.
Setakat ini tidak diketahui apakah motif atau punca lelaki berkenaan bertindak demikian. – MYNEWSHUB.CC

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena