Wednesday, 16 September 2015

#DAULATTUANKU! Ahmad Maslan Derhaka Kepada Sultan Johor, Perlu Tinggalkan Johor...

Khamis, 17 September 2015


#DAULATTUANKU

Admin sbg Bangsa Johor amat setuju dengan saranan Ke Bawah Duli Sultan Johor supaya pihak yg rasis dinasihatkan keluar dari negeri Johor Darul Ta'zim.

Harap Ke Bawah Duli Sultan Ibrahim Sultan Iskandar & pihak penguatkuasa dpt mengambil tindakan tegas terhadap rakyatnya yg terang2 rasis spt ini..

JOHOR Southern Tigers
Polis Johor
Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

FB Ashikin Yunus: https://www.facebook.com/shequeen.younose

Kenyataan rasis: https://youtu.be/sB_HE25-pcM

Ahmad Maslan Derhaka Kepada Sultan Johor, Perlu Tinggalkan Johor...

Johor tak terima golongan rasis, tangkap mereka, titah Sultan 

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menegaskan hari ini, pihaknya tidak menerima sebarang amalan bersifat perkauman dan negeri Johor tidak memberi ruang kepada sebarang isu dan sikap perkauman.

Malah, titah baginda, pihak berkuasa negeri itu digesa menangkap sesiapa sahaja yang terlibat menghasut rakyat Johor untuk bertindak sedemikian. 

"Mereka yang membenci dan mengamalkan perkauman tidak pernah saya terima di Johor Darul Ta’zim dan tidak mungkin saya menerima mereka.

"Kepada pihak berkuasa, berkas mereka yang menghasut Bangsa Johor untuk membenci dan mempromosikan perkauman.


"Jangan pilih kasih, cari jalan penyelesaiannya ke akar umbi,” titah Sultan Johor itu di laman Facebook rasmi baginda.

Malah, Sultan Ibrahim menerusi laman sosial itu turut menasihatkan individu yang mengamalkan sikap perkauman supaya keluar dari negeri itu serta-merta.

"Ini kerana, Johor adalah rumah kepada Bangsa Johor yang terdiri dari Orang Melayu, kaum Cina dan kaum India.

"Ini adalah satu perintah. Jangan amalkan sikap perkauman dan membenci, atau lebih baik tinggalkan Johor,"
 titahnya.

Jelas baginda, pihaknya bertungkus-lumus demi untuk kepentingan Bangsa Johor dan Negeri Johor, dan memastikan semua rakyat negeri itu hidup dalam harmoni serta negeri semakin maju.

"Mereka yang menghasut Bangsa Johor untuk membenci dan mengamal sikap perkauman akan berhadapan dengan tindakan tegas." -TMI 

ULASAN GB

Sebagai ahli parlimen Pontian Johor, Ahmad Maslan dilihat telah menderhakai titah Sultan Johor agar tidak mengamalkan sikap perkauman dengan menyertai himpunan baju merah semalam. 

Tetap sebagai pembodek Najib yang tegar, nampaknya Ahmad Maslan tidak memperdulikan titah Sultan Johor. 

Beliau dilihat sedang berkonvoi dengan motosikal bersama-sama dengan peserta himpunan merah. 

Sekumpulan peserta daripada perhimpunan itu dikatakan cuba merempuh kawasan perniagaan di Jalan Petaling sehingga pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa melepaskan tembakan meriam air bagi menyuraikan mereka. 

Sebelum ini terdapat peserta membaling pasukan FRU dengan botol plastik selain membuat provokasi kepada polis, termasuk menggelar mereka “barua Cina”. 

Tiga anggota polis tercedera semasa berlakunya kekecohan di hadapan pintu gerbang Jalan Petaling. 

Yang kelakar dan peliknya Najib berkata beliau tidak pernah melihat himpunan rakyat berlangsung dalam keadaan sangat aman seperti hari ini... tetapi beliau sendiri mengarahkan polis menyiasat insiden kekecohanyang berlaku itu. 
Posted By 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena