Tuesday, 22 September 2015

PAS Hadir Sidang Meja Bulat Pakatan Pembangkang Baharu?

Selasa, 22 September 2015

PAS Hadir Sidang Meja Bulat Pakatan Pembangkang Baharu



Kepimpinan pembangkang termasuk Dr Wan Azizah, Lim Kit Siang, Mohamad Sabu dan Azmin Ali hadir pada sidang meja bulat, Selasa.
Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita  terkini
SUBANG JAYA: Walaupun PAS memutuskan untuk tidak menyertai sidang meja bulat bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar muncul pada pertemuan berkenaan.

Turut mencuri tumpuan ialah bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah apabila turut sama pada perbincangan berhubung pembentukan pakatan pembangkang baharu itu.

Menurut Mahfuz yang masih menjadi wakil rakyat PAS, kehadirannya atas jemputan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
"Saya hadir sebagai jemputan...pemerhati. Saya datang atas kapasiti Ahli Parlimen Pokok Sena," katanya ketika ditemui di sini, Selasa.

Sementara itu, Saifuddin yang juga bekas Ahli Parlimen Temerloh memaklumkan beliau hadir atas kapasiti sebagai Pengerusi Akademi Belia.

Turut hadir ialah Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Sidang meja bulat yang diadakan atas inisiatif Dr Wan Azizah itu turut dihadiri oleh beberapa pimpinan NGO seperti Pengerusi Bersih 2.9, Maria Chin Abdullah.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena