Tuesday, 22 September 2015

PAS Hantar Mahfuz Ke Perbincangan Meja Bulat Pembangkang? “Saya hadir sebagai jemputan, pemerhati"

Selasa, 22 September 2015

PAS Hantar Mahfuz Ke Perbincangan Meja Bulat Pembangkang ?

Mahfuz hadir ke meja bulat pembangkang


Bekas Ketua Penerangan Pas itu menafikan dirinya hadir bagi mewakili parti Islam sebaliknya berfungsi sebagai pemerhati perbincangan. - Foto TRP/Qurnisha Hamka


SUBANG JAYA, 22 September:

Walaupun Pas memilih untuk tidak hadir ke meja bulat pembangkang yang berlangsung hari ini, namun kelihatan ahlinya, Datuk Mahfuz Omar turut serta bagi mengikuti mesyuarat tersebut.

Bagaimanapun, bekas Ketua Penerangan Pas itu menafikan dirinya hadir bagi mewakili parti Islam sebaliknya berfungsi sebagai pemerhati perbincangan.

“Saya hadir sebagai jemputan, pemerhati. Saya hari ini datang atas kapasiti Ahli Parlimen Pokok Sena,” katanya ringkas kepada wartawan.

Mesyuarat ini diadakan di Empire Hotel atas inisiatif Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan usaha mewujudkan satu blok pakatan pembangkang yang baru bagi menggantikan Pakatan Rakyat sebelum ini.

Sementara itu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man melalui satu kenyataan menegaskan parti itu tidak akan hadir ke perbincangan tersebut walaupun menerima jemputan daripada Wan Azizah yang juga Presiden PKR.

Menurut Tuan Ibrahim, Pas memilih untuk tidak hadir atas alasan mengukuhkan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 akan datang sambil mengulangi pendirian untuk tidak bekerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Rakyat.

Bagaimanapun, kerjasama bersama rakan-rakan parti politik pembangkang yang lain akan tetap diteruskan melibatkan kepentingan rakyat.

Antara barisan panelis di dalam Perbincangan Meja Bulat tersebut ialah:

Mewakili PKR:  Wan Azizah, Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Agung Rafizi Ramli dan Naib Presiden Nurul Izzah Anwar.

Mewakili DAP: Penasihat Lim Kit Siang, Setiausaha Organisasi Kebangsaan Anthony Loke, Pengerusi DAP Selangor Tony Pua dan Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong.

Bagi Amanah: Presiden Mohamad Sabu, Timbalan Presiden Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung Anuar Tahir dan Ahli Jawatankuasa Dr Hatta Ramli.

- therakyatpost.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena