Saturday, 19 September 2015

Operasi PDRM Bermula: Mufti Perlis pula di tahan polis?...Ketua Polis Negara Khalid, Dr Maza Tunai Haji atas jemputan Raja Arab Saudi

Sabtu, 19 September 2015


Operasi PDRM Bermula: Mufti Perlis Pula Di Tahan Polis...

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin sedang disiasat polis atas kesalahan menghasut.

Menurut laporan The Malaysian Insider, polis mengesahkan mereka sudah membuka kertas siasatan awal di bawah Akta Hasutan.

Ia katanya selepas merakamkan kenyataan wartawan yang menulis laporan mengenai satu kenyataannya yang di muat naik ke laman Facebook sejurus sebelum berlangsungnya perhimpunan Bersih 4, pada bulan lalu.

Kenyataan itu antara lain merujuk kepada peserta perhimpunan sebagai wira dan semangat perjuangan yang ditunjukkan oleh pejuang pembebasan Argentina, Che Guevara tanpa merujuk kepada mana-mana perhimpunan.

Perhimpunan Bersih 4 yang berlangsung selama 32 jam bermula 29 Ogos lalu yang diisytiharkan haram oleh polis dianjurkan oleh kumpulan reformasi pilihan raya Bersih 2.0 yang antara lain menuntut pilihan raya yang bersih dan adil serta sebuah kerajaan yang telus.
Turut disiasat adalah bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dan bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan.


Khalid, Dr Maza Tunai Haji Atas Jemputan Raja Arab Saudi



Oleh: SOFEA SUSAN ALBERT KASSIM
 
 

Khalid bersama Dr Maza terpilih menunaikan haji menerusi jemputan Raja Arab Saudi.

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dipilih menunaikan haji menerusi program Tetamu Haji Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz.

Perkara tersebut dimaklumkan Dr Mohd Asri atau lebih dikenali dengan panggilan Dr Maza menerusi facebook miliknya, DrMAZA.com pada Jumaat.

"Hari ini (Jumaat) masuk hari ketiga saya di Mekah untuk menunaikan haji. Kami dalam program Tetamu Haji Raja Salman bin Abdul Aziz.

"Teman sebilik saya ialah Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara. Menarik juga berbual dan bertukar-tukar pengalaman dengan beliau.


Antara gambar yang dikongsi Dr Maza di laman Facebooknya.
"Persepsi mungkin tidak sama dengan realiti. Tanggungjawab dan tugas masing-masing menanggungnya untuk negara tercinta," kata Dr Maza.

Menurut entri di facebook tersebut, Khalid dilantik sebagai ketua rombongan Malaysia manakala Dr Maza pula sebagai mufti haji.

Turut mengiringi mereka Ketua Pengarah Imigresen Datuk Mustafa Ibrahim yang bertanggungjawab sebagai timbalan ketua rombongan tersebut.

"Doakan agar Allah menerima ibadah kami semua," katanya.

Dr Maza turut berkongsi beberapa keping gambar bersama Khalid di Tanah Suci.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena