Saturday, 26 September 2015

Singkir Najib kerana guna ISU PERKAUMAN...'Insiden perhimpunan baju merah'

Sabtu, 26 September 2015
Singkir Najib kerana guna isu perkauman, kata pembangkang 
Nurul Izzah Anwar bersama pemimpin DAP diketuai Lim Kit Siang (lima dari kanan) di Jalan Petaling pagi tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 26 September, 2015.
Nurul Izzah Anwar bersama pemimpin DAP diketuai Lim Kit Siang (lima dari kanan) di Jalan Petaling pagi tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 26 September, 2015. 

Insiden perhimpunan baju merah baru-baru ini dan ugutan oleh kumpulan pro-Umno mengadakan protes di Jalan Petaling hari ini, membuktikan Najib harus berundur, kata pemimpin parti pembangkang itu termasuk Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.
"Himpunan Maruah Melayu atau himpunan baju merah 16 September merupakan salah satu produk krisis dan kemelut politik yang menyelubungi negara selama berbulan lama akibat dengan sengaja memainkan unsur perkauman bagi menunjukkan sokongan kepada Najib sebagai perdana menteri," kata Lim kepada media di sebuah kedai kopi di Jalan Petaling, Kuala Lumpur hari ini.
Kedua-dua mereka bersama beberapa pemimpin pembangkang pagi ini melawat kawasan membeli-belah popular di ibu kota itu, yang juga dikenali sebagai Chinatown, sebagai tanda sokongan dan solidariti kepada peniaga yang kebanyakannya kaum Cina.
Protes yang dirancang hari ini dibatalkan malam tadi dan sehingga pukul 10.45 pagi ini, ramai peniaga di kawasan itu sudah memulakan perniagaan mereka.
Terdapat juga pembeli yang berduyun-duyun, termasuk warga asing, yang makan di kedai kopi di situ.
Suasana di Jalan Petaling pagi tadi seperti hari-hari biasa walaupun kawalan polis diperketatkan selepas ugutan protes oleh seorang pemimpin Umno. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 26 September, 2015.Suasana di Jalan Petaling pagi tadi seperti hari-hari biasa walaupun kawalan polis diperketatkan selepas ugutan protes oleh seorang pemimpin Umno. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 26 September, 2015.Bagaimanapun, kehadiran anggota polis dilihat lebih ramai daripada biasa hari ini, dengan kira-kira 20 orang mengadakan kawalan di pintu gerbang jalan itu di Jalan Pudu. Beberapa anggota polis lagi dilihat turut meronda di Jalan Petaling.
Pemimpin pembangkang termasuk Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok (DAP), Ahli Parlimen Wangsa Maju Dr Tan Kwee Kwong (PKR) dan beberapa ahli Parti Amanah Negara, kemudiannya mengadakan tinjauan mesra bersama peniaga dan orang ramai di kawasan itu.
"Perkauman yang kita lihat dalam beberapa minggu kebelakangan ini adalah jenis perkauman semasa zaman batu," kata Nurul Izzah sambil menggesa wakil rakyat Umno menyahut seruan membawa perubahan dengan menyokong undi tidak percaya terhadap Najib.
"Ahli Parlimen Umno perlu mempertahankan maruah orang Melayu dengan bersatu menentang rasuah, perkauman dan sebagainya," katanya.
"Kita tidak boleh membuang masa kita. Kita perlukan komitmen untuk membuat perubahan."
Lim berkata, usul tidak percaya boleh dibentangkan selepas Parlimen bersidang bulan depan tetapi masalahnya ialah memperoleh sokongan ahli Parlimen Umno.
"Parlimen Malaysia mempunyai 222 anggota dan majoriti mudahnya ialah seramai 112. Bolehkah kita dapat 112 ahli Parlimen dari kedua-dua belah Dewan yang bersedia mengundi menyokong usul tidak percaya terhadap Najib?" soalnya.
Pada Hari Malaysia 16 September lalu, kawasan sekitar Jalan Petaling menjadi huru-hara apabila polis terpaksa menggunakan meriam air menyuraikan penunjuk perasaan "baju merah" yang cuba merempuh masuk kawasan yang tidak dibenarkan ketika itu.
Salah seorang pemimpin penunjuk perasaan itu, Datuk Jamal Md Yunos, sebelum ini memberi amaran kumpulan itu akan turun sekali lagi di Chinatown hari ini, menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas peniaga yang menjual barangan tiruan dan didakwa berniaga secara haram di situ.
Beliau ditangkap malam tadi berhubung kenyataannya itu. – September 26, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/singkir-najib-kerana-guna-isu-perkauman-kata-pembangkang#sthash.F7zmQjWn.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena