Monday, 28 September 2015

AZMIN..."Bertindak segera sebelum terlambat"? Usahlah menyongsang dan membuatkan KEADILAN dilihat tidak jujur.

Isnin, 28 September 2015
Post Pic
Kini semakin jelas bahawa PKR cuma 'ajak-ajak ayam' apabila mempelawa PAS menyertai rundingan meja bulat untuk menubuhkan suatu gagasan pembangkang baru dalam menghadapi pilihanraya umum ke-14 kelak. - ELBI RISALAH

AZMIN TIDAK PERLU MENGAMBIL MASA TERLALU LAMA UNTUK MEMAHAMI KEHENDAK RAKYAT 

MASIH ramai yang mahukan penjelasan tentang hubungan KEADILAN dan Pas setelah kewujudan Pakatan Harapan yang disertai oleh KEADILAN, Dap dan Amanah.  Pakatan terbaru ini ditolak awal-awal dan mentah-mentah oleh Pas dengan berbagai alasan.  Itu hak Pas dan kita mesti hormatinya. 

Isunya sekarang, setelah P.Pinang serta merta mengistiharkan P.Pinang kini adalah Kerajaan Pakatan Harapan.  Itu bukti bahawa Dap amat serius dengan perbincangan dan berdisiplin dengan keputusan perbincangan.  Soalnya sekarang, bagaimana dengan Selangor? 

Azmin, selaku MB Selangor kata Pakatan Harapan tiada kaitan dengan Selangor.  Ertinya, kewujudan Kerajaan Negeri Selangor berasingan dari muafakat politik terkini.  Azmin dan beberapa pimpinan Pas masih iktiraf Pakatan Rakyat yang asal, sedangkan kita tahu Pakatan Rakyat yang asal adalah terdiri dari KEADILAN, Pas dan Dap.  

Apabila Pas mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan Dap, apakah Azmin masih mahu mengatakan Pakatan Rakyat masih berfungsi seperti asal?  Jika benar, mengapa kita terlalu bodoh sangat mewujudkan Pakatan Harapan?   

Azmin juga menyebut kerajaan Selangor yang ada sekarang akan dikekalkan sehingga PRU14 akan datang.  Itu aku setuju.  Tiada keperluan untuk menukar MB baru mahupun bubar Dun.  Apa yang dipersoalkan sekarang adakah Azmin mengiktiraf Pakatan Harapan atau tidak?  Jika iktiraf, apakah yang patut beliau lakukan?  Jika tidak iktiraf, nyatakan sahaja bahawa kamu tidak iktiraf dan kita di dalam Pakatan Harapan boleh melakukan sesuatu agar Pakatan Harapan ini berfungsi di Selangor juga. 

Aku harap Azmin tidak lakukan kesilapan besar setelah di awal kemasukannya sebagai MB Selangor beliau dilihat mampu mengikut insiprasi rakyat berbagai kaum bukan sahaja melihat di kawasan beliau sahaja.  

Pakatan Harapan bukan arahan Azizah, Rafizi, Saifudin, Mat Sabu, Kit Siang atau sesiapa.  Pakatan Harapan adalah pilihan semua di antara kita, kecuali Pas.  Usahlah melakukan sesuatu yang menyongsang dan membuatkan KEADILAN dilihat tidak jujur apabila berunding.   

Buat masa ini aku masih yakin Azmin belum terlambat.  Aku tidak boleh melihat setiap hari beliau dicemuh dan diperlekehkan hanya kerana untuk melayan kehendak pihak yang tidak mahu bersatu di dalam Pakatan Harapan.  

Usah beri berbagai alasan atau strategi yang hanya seorang dua sahaja yang menentukan tetapi menolak strategi atau keputusan ramai.   

Bertindak segera sebelum terlambat.   

DICATAT OLEH WFAUZDIN NS 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena