Saturday 19 September 2015

PAS tekad lawan 3 penjuru di kerusi bekas wakil rakyatnya.

Sabtu, 19 September 2015

PAS tekad lawan 3 penjuru di kerusi bekas wakil rakyatnya.

Tanpa merujuk secara langsung kepada mana-mana pihak, kenyataan beliau itu dipercayai ditujukan kepada bekas pemimpinnya yang menyertai parti baharu, Parti Amanah Negara (Amanah).
"Mana-mana bawa lari kerusi, kerusi itu tetap kerusi PAS. PAS akan bertanding itu. Kalau (mereka) nak bertanding juga, 3 penjuru," kata Mustafa di Terengganu, menurut laporan Harakahdaily hari ini.
Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.2 di Kampung Pulau Serai, Dungun malam tadi.
Bulan lalu, susulan satu mesyuarat, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, kesepakatan sudah dicapai untuk memastikan tidak berlaku pertandingan 3 penjuru antara PAS, gabungan parti pembangkang yang baharu, atau Pakatan Rakyat 2.0 dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Portal rasmi PAS itu juga memetik Mustafa sebagai berkata, parti itu berkemungkinan akan bertanding lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum akan datang
"Di (kerusi) mana? (Itu) jabatan pilihan raya sedang kaji hendak tambah daripada pilihan raya yang lepas," beliau dipetik berkata.
Portal sama turut melaporkan, PAS akan meneruskan kerjasama politik (tahaluf siyasi) dengan PKR tetapi tidak dengan DAP dan parti baharu, yang dipercayai merujuk kepada Amanah.
Namun, PAS tidak menghalang PKR bekerjasama dengan DAP, kata Mustafa pada majlis yang sama.
"Kita masih tahaluf dengan PKR, tapi dengan DAP dan parti baharu kita tak ada tahaluf," katanya.
PAS memutuskan hubungan kerjasama politik dengan DAP, sekali gus membubarkan ikatan rasmi Pakatan Rakyat, susulan usul Dewan Ulama yang diterima tanpa bahas pada muktamar tahunannya pada Jun lalu.
Isnin lalu, Rafizi berkata pada satu forum di Kuala Lumpur, bentuk gabungan parti pembangkang baharu akan diketahui dalam masa lebih kurang sebulan, serta mengulangi komitmen bagi memastikan pertandingan satu lawan satu dalam pilihan raya. – 19 September, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-tekad-lawan-3-penjuru-di-kerusi-bekas-wakil-rakyatnya#sthash.Dgs6LkgV.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena