Tuesday, 22 September 2015

Pakatan Harapan: Menang PRU14, Anwar jadi PM...PKR, DAP dan AMANAH bersetuju!

Selasa, 22 September 2015

Pakatan Harapan: Menang PRU14, Anwar jadi PM

Pakatan Harapan - pakatan politik PKR, DAP dan AMANAH - bersetuju memilih Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri jika gabungan baru pembangkang itu memenangi pilihan raya umum ke-14.
Langkah pertama Pakatan Harapan itu diumumkan melalui satu kenyataan yang dipersetujui Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Presiden AMANAH Mohamad Sabu.
"Kami yakin bahawa beliau adalah di antara pemimpin yang paling sesuai untuk menangani kemelut ekonomi, salah urus kerajaan, kebajikan rakyat, perpaduan kaum dan krisis kredibiliti yang ditinggalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak," kata mereka dalam satu kenyataan.
Ia dibuat selepas ketiga-tiga parti itu bersidang dalam rundingan meja bulat untuk menubuhkan pakatan baru pembangkang - tanpa dianggotai PAS - di Subang Jaya hari ini.
Mereka berkata penubuhan Pakatan Harapan sebagai memenuhi harapan rakyat yang mahu satu pakatan pembangkang yang kuat demi menyelamatkan negara dari kepincangan kepimpinan Umno/BN.
Dalam kenyataan itu, mereka juga berkata krisis yang melanda negara turut mendorong pembentukan Pakatan itu bagi mengekang dakwaan salah tadbir dan kepincangan pentadbiran Najib.
"Krisis kepimpinan negara dan tekanan kewangan terhadap rakyat akibat kepincangan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak memerlukan penyelesaian segera.
"Lebih lama krisis ini berlanjutan, rakyat biasa akan terus menjadi mangsa menanggung beban ekonomi seharian dan berhadapan permainan adu domba perkauman sesetengah pihak," katanya.
Sementara itu, satu jawatankuasa khas yang dianggota setiausaha agung dan wakil setiap parti ditubuhkan untuk memperhalusi terma penubuhan termasuk perjanjian pakatan, dasar bersama, etika kerja sesama parti yang menganggotai Pakatan Harapan dan lain-lain.
"Kami yakin kewujudan Pakatan Harapan akan memberi harapan baru kepada rakyat Malaysia ke arah sebuah negara yang adil, inklusif, berdaya saing, berkebajikan dan berpaksikan keluhuran undang-undang," kata mereka.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena