Saturday, 19 September 2015

Perhimpunan Merah Tak Menguntungkan Melayu ~ Penasihat Najib! Mesti lepas ni Rais akan dilipat cukup cukup...

Sabtu, 19 September 2015

Perhimpunan Merah Tak Menguntungkan Melayu ~ Penasihat Najib..!


Bikin panas jer..! tak takut kena pecat ke..! atau kena buang daerah ke Jolobu kang baru tahu..!

Penganjur Himpunan Baju Merah perlu diambil tindakan – Rais Yatim

Kekecohan di Jalan Petaling telah tersebar dan menjejaskan imej penganjur dan
pasukan polis yang dilihat seolah-olah gagal mengawal keadaan.
rais,merah

KUALA LUMPUR: Tan Sri Dr Rais Yatim menggesa penganjur dan peserta Himpunan
Baju Merah dikenakan tindakan undang-undang kerana menimbulkan kekecohan di Jalan
Petaling.

Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan Malaysia itu berkata, kejadian kekecohan itu telah
tersebar di media sosial dan telah memberi tanggapan buruk terhadap penganjur dan
peserta.

Selain itu, katanya, masyarakat juga berpandangan negatif terhadap Polis Diraja
Malaysia (PDRM) kerana dilihat tidak mampu mengawal himpunan itu yang sepatutnya
berjalan aman.

Antara syarat kebenaran yang diberikan oleh polis ialah penganjur Himpunan Baju Merah 
atau Himpunan Rakyat Bersatu perlu memastikan perhimpunan berjalan aman dan
sebarang perlakuan peserta yang menyalahi undang-undang adalah menjadi
tanggung jawab penganjur.

Dalam masa sama, Rais berkata, Himpunan Baju Merah tidak memberi sebarang
keuntungan kepada orang Melayu dan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebaliknya telah
menjejaskan kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Sebagai penasihat sosial negara, saya memang bimbang dengan perhimpunan itu yang 
telah mendatangkan sentimen perkauman.

“Dalam keadaan sekarang ini, ia hanya merumitkan Perdana Menteri dan merumitkan 
beberapa pemimpin tanah air kita,” katanya selepas merasmikan Majlis Penghargaan 
Penulisan Bahasa Kebangsaan, di Dewan Bankuet Menara DBP pada Khamis.

Bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu turut menasihatkan agar 
himpunan seperti itu tidak diadakan lagi pada masa akan datang.

Katanya, himpunan seperti itu hanya mendatangkan sentimen perkauman yang
mengguris perasaan kaum dan bangsa lain dan tidak menguntungkan orang melayu.

“Perhimpunan semalam itu saya fikir cukup lah.

“Tak wajar perhimpunan itu dibuat setiap tahun kerana ia hanya mengguris perasaan 
bangsa lain.

“Apa untungnya? Tolong beritahu, apa yang positif kita (orang Melayu) dapat?,” katanya.

sumber 

Mesti lepas ni Rais akan dilipat cukup cukup 
oleh penjilat..! Tunggu jer la..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena