Monday 21 September 2015

[Video] PAS dapat kawan baharu...Kumpulan Jamal 'baju merah' ingin sertai H60K? PAS dan UMNO ke arah penyatuan.

Selasa, 22 September 2015


Himpunan 'baju merah' pada Hari Malaysia lalu bukan ada kaitan dengan maruah Melayu,

Datuk Jamal Md Yunos, orang kuat di sebalik himpunan baju merah, diminta bertemu jawatankuasa Himpunan 60,000 (H60K), bagi membincangkan penyertaan mereka ke program PAS itu pada bulan depan.
"Kita mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk bersama dalam sebarang agenda nasional untuk menuntut ketelusan pentadbiran negara dan bukan dengan tujuan mendiamkan diri atas penyelewengan negara.
"(Penganjur himpunan) Baju merah boleh berhubung dengan jawatankuasa himpunan untuk perbincangan lanjut," kata anggota Jawatankuasa Himpunan 60,000 (H60K) Datuk Khairuddin Aman Razali.
Beliau yang juga anggota Parlimen Kuala Nerus itu menjelaskan perkara itu kepada Malaysiakiniketika diminta mengulas hasrat baju merah menyertai himpunan mereka pada 17 Oktober depan.
Jamal dilapor bercadang menyertai H60K, yang termakan baju hijau, jika objektif himpunan itu ke arah menyatupadukan orang Melayu.
PAS melalui timbalan presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata menerima sesiapa sahaja untuk hadir jika menyokong dasar dan perjuangan mereka.
Beliau bagaimanapun menegaskan kepada Malaysiakini, parti Islam itu menentang golongan rasis dan menyokong pembinaan kerukunan dan keharmonian bernegara.
PAS pada 15 September lalu, sehari sebelum himpunan baju merah pada Hari Malaysia, mengumumkan H60K untuk menguatkan kembali sokongan akar umbinya.
Himpunan itu dianjurkan selepas mereka diheret pelbagai konflik dalaman baik dengan rakan pembangkang mahu pun bekas kepimpinan kanan parti itu sendiri.
Perhimpunan itu akan berlangsung di Stadium Sultan Muhamad ke IV, Kota Bharu.
Ia dilihat penting bagi menjana kembali kekuatan mereka di Kelantan bagi berdepan pilihan raya umum akan datang.
Lebih-lebih lagi, PAS kini berdepan situasi berbeza apabila akan berdepan pencabar dalam keadaan ketiadaan ikon legenda mereka Datuk Nik Aziz Nik Mat dan kemungkinan perebutan anggota dengan parti serpihan, Parti Amanah Negara (AMANAH).
Malaysiakini.

ULASAN GB

Bravo!!! Nampaknya gayung bersambut... PAS akan mendapat kawan baharu untuk H60K nanti... iaitu si baju merah! PAS memang terdesak dan mengharapkan perhimpunan H60K itu akan berjaya, untuk membuktikan bahawa mereka juga boleh membuat perhimpunan yang"puluhan ribu" akan menyertainya. Untuk lawan perhimpunan BERSIH 4.0 yang mendapat sambutan luarbiasa dari rakyat. 

Pada minggu lalu si baju merah... rata-ratanya dari UMNO... berhimpun untuk memberi sokongan kepada Najib ... dengan menjadikan agenda "Melayu" sebagai tema himpunan mereka. Dihentamnya dan dimakinya kaum Cina habis-habisan. Difahamkan juga PM memberi penajaan sebanyak RM3 juta kepada ketua penganjur himpunan merah berkenaan. 

Citarasa PAS kini menyamai citarasa UMNO. Walaupun tidak mahu mengakui mereka bersifat rasisma sepertimana UMNO, namun PAS memang telah turut memaki kaum Cina terutama DAP dengan menggelar mereka sebagai DAPigs. Baju merah pula di dalam himpunan mereka memanggil Cina Babi.

Malah PAS enggan untuk bersama di dalam Pakatan 2.0 kerana tidak mahu bersama DAP. PAS menuduh bekas pemimpin mereka yang menyertai Parti Amanah Negara sebagai kuda Cina, kuda DAP. Kerana gagal berdakwah kepada DAP, dihentamnya DAP kerana telah menolak hudud.

Itulah persamaan UMNO dan PAS, dan kerana itulah juga si baju merah akan bersama-sama si baju hijau di dalam H60K nanti.
 

Kenyataan TITM bahawa "semua rakyat mesti menghormati kebersamaan rakyat menentang rasuah, dan salah guna kuasa" hanyalah omongan kosong dan kata-kata kosmetik kerana si baju merah tidak memperdulikan itu semua. Si baju merah mendokong kepimpinan Najib yang rasuah dan salahguna kuasa.

Presiden PAS pun pernah mengeluarkan kenyataan bahawa PAS bersedia bekerjasama dengan pihak lawan, namun tidak dengan mereka yang dituduhnya sebagai "pengkhianat". Maksudnya bersedia bekerjasama dengan UMNO tetapi tidak dengan AMANAH. Malah di dalam pemilihan muktamar yang lalu, Presiden PAS itu menuduh calon yang melawannya sebagai proksi DAP. 

Mungkin ramai menteri-menteri UMNO juga bakal hadir di dalam H60K nanti untuk bersama-sama dengan pemimpin PAS untuk merealisasikan apa yang disebut "perpaduan Melayu". Begitu assabiyah sekali bunyinya. 

. Hukum kebenaran dan keadilan berjalan... PAS dan UMNO ke arah penyatuan....TAHNIAH! 
Posted By 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena