Sunday, 27 September 2015

[Video ABC News Australia pula malukan kita] Presiden NGO KSR Umi Hafilda mahu Najib SUMPAH LAKNAT isu derma RM2.6b...

Ahad, 27 September 2015

SATU DUNIA TAHU...
Kali ini dari Australia pula..
ABC News - Malaysia's ‪#‎1MDB‬ fund investigated by the ‪#‎FBI‬

NGO mahu Najib sumpah laknat isu derma RM2.6b

Sebuah NGO baru mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melakukan sumpah laknat berkaitan sejumlah RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun peribadi beliau.
Pengasas dan presiden NGO Kuasa Suara Rakyat (KSR) Umi Hafilda Ali berkata Najib sepatutnya bersumpah bahawa RM2.6 bilion yang disumbangkan oleh seorang penderma dari Timur Tengah yang kaya dan setiap sen yang dibelanjakan adalah untuk kepentingan negara dan rakyat.
"Sebagaimana perdana menteri begitu berani bersumpah laknat dengan menafikan sekeras-kerasnya kaitan beliau dengan (si mati) Altantuya (Shaariibuu), kami juga yakin dan percaya perdana menteri kami, Najib Razak berani bersumpah laknat di Masjid Putrajaya selepas solat Jumaat bagi menghilangkan keraguan rakyat dan pihak musuh.
"Kami menanti saat kejujuran perdana menteri untuk melakukannya demi rakyat tercinta yang dengan rela telah memberi mandat kepadanya dalam pilihan raya lepas," katanya, dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
Umi turut mengumumkan bahawa NGO itu akan mengadakan solat hajat di Putrajaya pada akhir Oktober ini.
Menurutnya lagi, ia bakal dihadiri bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama-sama lebih 50,000 hadirin.
Pihaknya juga berhasrat untuk menyampaikan memorandum kepada Najib, tambahnya lagi.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena