Wednesday, 20 July 2016

[Video] Singapura rampas S$120 juta milik Jho Low dan keluarga semasa siasatan 1MDB mereka.

Khamis, 21 Julai 2016

Singapura rampas S$120 juta milik Jho Low dan keluarga


Pihak berkuasa Singapura merampas sebanyak S$240 juta dalam akaun bank dan hartanah, dengan S$120 juta daripada jumlah itu dimiliki oleh ahli perniagaan Jho Low dan keluarga terdekatnya semasa siasatan 1MDB mereka.

Ini didedahkan dalam satu kenyataan bersama oleh Pejabat Negara, Singapura, Jabatan Hal Ehwal Komersial Polis Singapura dan Pihak Berkuasa Kewangan Singapura yang dikeluarkan hari ini.

"Dalam proses siasatan, akaun bank yang dimiliki oleh pelbagai individu telah disita dan urusan hartanah yang dimiliki oleh beberapa individu-individu ini telah disekat.

"Aset itu berjumlah S$240 juta. Daripada jumlah akaun bank dan hartanah, kira-kira S$120 juta adalah milik Low dan keluarga terdekatnya," kata mereka.

Singapura telah memohon untuk mendapatkan maklumat daripada negara-negara di mana dana itu berasal dan kemudiannya dihantar, kata mereka sambil menambah bahawa beberapa permintaan masih sedang diproses.

Beberapa negara lain juga meminta bantuan Singapura melakukan perkara yang sama, iaitu maklumat mengenai aliran dana yang dipersoalkan disyaki berasal daripada 1MDB.

Kata mereka, permintaan tersebut segera dipersetujui bagi mematuhi obligasi antarabangsa.

Tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mereka yang melanggar undang-undang Singapura, menurut mereka dengan menyatakan bahawa setakat ini, dua individu telah didakwa atas pelbagai kesalahan berkaitan siasatan, manakala beberapa yang lain masih disiasat.

- mkini
BLM.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena