Saturday 16 July 2016

[Video] Amanah kutuk rampasan kuasa tentera di Turki...Kudeta Gagal, Sejumlah Tentera Turki Ditangkap.

Sabtu, 16 Julai 2016


Amanah kutuk rampasan kuasa tentera di Turki

Parti Amanah Negara (Amanah) mengutuk tindakan segelintir tentera Turki melancarkan rampasan kuasa awal pagi tadi waktu Malaysia.
Pengarah Komunikasinya, Khalid Samad berkata, anggota militer terbabit perlu menghormati demokrasi dan kerajaan pilihan rakyat Turki.
"Kita juga mengutuk semua pihak yang terlibat sama ada di dalam mahupun di luar Turki yang merancang dan mengusahakan rampasan kuasa ini," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Shah Alam menyeru supaya rakyat Turki yang terdiri daripada kira-kira 96 peratus Muslim itu bersuara menolak cubaan rampasan kuasa yang turut ditolak majoriti tentera Turki.
"Kita juga menyeru agar rakyat Malaysia mendoakan kemenangan rakyat Turki menangani ancaman ini sekaligus menggagalkan kudeta tersebut," tambahnya.
Sementara itu, sekelompok anggota militer Turki dilapor telah menguasai pejabat kerajaan dengan mengarak keluar tentera yang menolak kudeta dari kompleks pentadbiran pemerintah itu.
Penduduk tempatan juga dilapor menyelamatkan diri apabila jet-jet pejuang terbang rendah selain lapangan terbang dan jambatan utama turut ditutup.
Anggota militer yang dilengkapi senapang juga dilihat berkawal di jalan raya utama di Ankara dan Istanbul.
Pertempuran dengan tentera Turki di jalan masuk ke jambatan Bosphorus di Istanbul awal pagi tadi juga menyaksikan orang awam cedera terkena tembakan.
Dalam hal berkaitan, Presiden Recep Tayyip Erdogan berikrar mengatakan pihak bertanggungjawab akan menerima "tindakan yang sangat keras".
Ankara dan Istanbul sejak awal tahun ini menyaksikan beberapa siri letupan yang turut mengorbankan orang awam.
Situasi terbaharu Turki ini dijangka banyak pihak akan mengheret republik yang ditubuhkan pada 1922 itu dalam kancah pergolakan seperti dialami beberapa negara jirannya seperti Iraq, Syria dan Mesir.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena