Friday, 19 April 2013

ROS Patut Bertindak Terhadap Umno - Husam Musa

Jumaat, 19 April 2013
ROS Patut Bertindak Terhadap Umno

PUTRAJAYA: Calon PAS Putrajaya Datuk Husam Musa mempersoalkan tindakan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang bertindak ke atas DAP di saat-saat akhir tempoh penamaan calon.

Sedangkan, menurut Husam, ROS sepatutnya bertindak ke atas Umno yang sebenarnya pertubuhan yang tidak sah mengikut akta Pertubuhan 1966.
Jelas Husam, Selasa lepas petisyen difaikan oleh sebilangan rakyat Malaysia di Mahkamah Tinggi Jalan Duta untuk mengarahkan ROS bertindak kepada Umno.

Husam berkata demikian dalam sidang media di Pusat Media PAS Putrajaya hari ini.

"Bila mana-mana cawangan parti tidak berdaftar dengan sendirinya pertubuhan itu haram, apabila sebuah parti yang tidak didaftarkan dan wajib ROS bertindak.

"Dan tidak ada mana-mana pihak di bawah seksyen 17,18,19,20 Akta Pertubuhan 1966 boleh memberi kerjasama kepada parti yang diharamkan baik dalam premis, ceramah, sekolah dan sebagainya," jelas Husam dalam sidang medianya di sini hari ini.
Kata beliau, di Tanah Merah khususnya ROS telah menulis surat kepada Setiausaha Agung Umno dan Setiausaha Bahagian Tanah Merah telah menunjukkan 26 cawangan yang ada dalam Tanah Merah adalah tidak berdaftar.

Malah katanya, di Kelantan ada 1770 cawangan Umno yang tidak berdaftar dan semua dokumen-dokumen bahagian telah disahkan oleh ROS itu telah pun difailkan di mahkamah.
"Kenapa ROS tidak bertindak ke atas Umno sebaliknya bertindak ke atas DAP?

"Bagaimanapun, PAS mengalu-alukan untuk menggunakan logo PAS dalam PRU ini dan terpulang kepada strategik DAP. Ini boleh meningkatkan lagi undi Pas dan DAP.

Posted by jeebond at 03:17 , 0 comments

 photo Header_zps1184082a.gif

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena