Siapa sebenarnya yang KALAH dalam PRU13?
Siapa yang sebenarnya kalah dalam pilihan raya kali ini? Kalau ikut kiraan kerusi BN dapat 133 manakala PR 89. Kalau diambil kira kerusi di semanjung BN hanya 86 sahaja (22 Sabah dan 25 Sarawak) Manakala PR pula ialah 80 (Sabah 3 Sarawak 6)
Sebenarnya kiraan kerusi tidak menepati kehendak rakyat Malaysia, sebab ada kerusi yang mempunyai bilangan penduduk yang ramai manakala ada yang sedikit. Kalau ikut peratus penduduk yang mengundi BN dan PR kita dapati BN hanya memperolehi 46.8% manakala PR 50.3%. Yang selebihnya adalah sokongan kepada BEBAS.
Apa yang boleh dibangga oleh Dato Seri Najib atas kemenangan BN??
Walaupun BN boleh tawan semula Kedah, tetapi banyak negeri BN mengalami kemerosotan yang teruk. Perak dan Terengganu hampir kalah. Johor kubu kuatnya UMNO selama ini telah bolos.
Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang telah menunjukkan kemerosotan yang amat ketara. Di mana UMNO @ BN nak berbangga??
BN kena sedar diri tak payah menyalahkan orang lain dan paling baik NAJIB mengundur diri sebelum dia dijatuhkan dalam UMNO!!
DAN UMNO @ BN AKAN DITUMBANGKAN OLEH RAKYAT DALAM PRU-14 NANTI!!
TranungkiteOffline blogspot
HARI MENGUNDI - TUAN GURU NIK AZIZ PUN BERATUR, TIADA PROTOKOL
Walau pun sudah berusia..
walaupun beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan..
tetapi beliau tetap beratur sama seperti rakyat marhaen yang lain..
beliau tetap juga menunaikan amanah sebagai rakyat Malaysia tanpa sebarang protokol..
Itulah Tuan Guru Nik Aziz yang aku sanjungi...
TranungkiteOffline blogspot
Takbir...Allahuakbar
0 comments:
Post a Comment