Sunday, 1 December 2013

'Harga Muroh Sokmo' (pemilik Bumiputra) pun ditindas Kerajaan... Penjajah Moden

Isnin, 2 Disember 2013
Photo: SABASUN : HUKUM dan KESAN

Isu yang saya ingin bangkitkan ialah isu hak Sabasun dalam Isu tapak tanahnya di Terengganu. Ia adalah milik bumiputra dan rakyat tempatan Terengganu yang telah diusaha besarkan sehingga dapat menyaingi Hypermarket antarabangsa berdekatan seperti Giant dan termasuk Mydin sendiri. Secara lanjut, boleh rujuk link yang saya kepilkan di bawah artikel ini.
Antara isu ekonomi Islam ialah undang-undang dan sistem pengurusan tanah yang terdiri daripada hukum Ihya’ Al-Mawat, Al-Iqta’ dan Al-Hima. Sistem tanah Islam ini adalah sistem yang telah dilaksanakan di tanah melayu sebelum kedatangan Inggeris. Usaha pengubahan dasar tanah Islam olen Inggeris ini telah mendapat tentangan daripada raja-raja melayu seperti Raja Abdullah (Perak) juga oleh gerakan rakyat seperti yang dikepalai oleh Tuan Guru Hj. Abdul Rahman Limbong di Terengganu.

Penjajah Moden:

Sistem tanah Inggeris ini telah berjaya menggantikan sistem tanah Islam di zaman pemerintahan Melayu muslim, bukan di zaman Inggeris. Di zaman selepas merdeka, bukan di zaman penjajahan.
Dari segi faktanya, sekalipun sistem Torrens telah mula diusahakan oleh Inggeris sejak 1888 untuk menggantikan sistem Tanah Islam di Tanah Melayu, tetapi usaha formal telah mula digubal dengan berdasarkan kepada F.M.S Land Code 1926. Ia bagaimanapun gagal di zaman penjajahan, tetapi mula dilaksanakan secara berperingkat setelah ia mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 1966.
Sistem ini boleh dianggap berjaya menggantikan sistem Islam sepenuhnya selepas 70 tahun, khususnya apabila kesemua sebelas buah Negeri di Semenanjung mempunyai sistem tanah yang diseragamkan mulai 1 Januari 1996 . Ini juga bererti bahawa mulai dari tarikh ini kesemua sebelas Negeri di Semenanjung memakai sistem Torrens.

Kesannya:

Sistem tanah Torrens memberikan kuasa penuh kepada kerajaan dan penguasa untuk menentukan hak pemilikan dan pemanfaatan tanah. Berbeza dengan Islam, di mana sistem undang-undang Islam adalah pengantara antara kerajaan dan rakyat.
Dalam isu Sabasun ini, dari segi Islam, mereka telah berhak mendapatkan tanah tersebut khususnya setelah mereka merujuk kepada pihak pejabat tanah pada tahun 1995 dan tiada apa-apa kegunaan yang dirancang untuk dibangunkan di atas tanah tersebut. Dari segi hukum Ihya’nya, pihak Sabasun sudah berhak ke atas tanah tersebut dan juga berhak ke atas tanah parking paya disebelahnya berdasarkan kepada hukum Syuf’ah. Jika mahkamah hari ini adalah mahkamah Islam, maka secara pastinya pihak Sabasun akan menang di Mahkamah apabila Lawan MBKT dalam isu tanah ini.
Sabda nabi SAW: Barangsiapa yang membangunkan tanah yang bukan milik sesiapa, maka tanah tersebut adalah menjadi hak miliknya. Apa-apa sahaja usaha yang zalim (selepas itu) adalah tidak berhak (untuk mengambilnya). – (Hadis Sahih riwayat Imam Malik).

Syuf’ah bermaksud, hak kejiranan tanah atau rumah apabila pemiliknya hendak menjualnya kepada orang lain. Dalam konteks Sabasun ini, sekalipun dari segi Islam adalah salah apabila MBKT bersikap seolah-olah satu entiti perniagaan, tetapi diandaikan ia adalah sah sekalipun, maka penjualan tanah parking kepada pihak ketiga tanpa menjualnya kepada jiran awal (Sabasun) adalah tidak wajar berdasarkan hukum syuf’ah, lebih-lebih lagi apabila penjualan itu memberikan kesan negatif kepada jiran (Sabasun).
Sabda nabi SAW: Bahawa nabi SAW telah melaksanakan (undang-undang) Syufaah dalam kes tanah dan kediaman. – (hadis sahih riwayat Imam Ahmad).

Dan sabda nabi SAW: Jiran kediaman adalah lebih berhak (ditawarkan jualan) berbanding orang lain. – (Hadis sahih riwayat Imam Ahmad, Tarmizi dan lain-lain).

Tetapi malangnya, undang-undang hari ini digubal hanya memberikan kuasa kepada pihak berkuasa. Apabila MBKT ingin menjualnya kepada sesiapa sahaja, maka penerokanya, pemajunya yang asal tidak dibela oleh undang-undang yang sedia ada. Dalam kes ini, Sabasun tiada hak langsung apabila MBKT ingin menyerahkan tanah tersebut kepada pihak lain.

Dengan sistem Torrens (modified Torrens) ini, kuasa mutlak adalah kuasa mereka yang memegang kuasa. Semua tanah yang bukan milik individu adalah milik kerajaan yang tidak boleh dimilki oleh rakyat secara sah melainkan dengan izin penguasa. Satu sistem yang dihapuskan oleh Nabi SAW dengan digantikan sistem Islam yang adil untuk semua.

Tetapi sistem zalim yang dihapuskan dengan kedatangan Islam, telah diletakkan di dalam lipatan sejarah bukan oleh penjajah, tetapi oleh pemerintah Muslim yang konon-kononnya menerajui sebuah negara merdeka pada zahirnya, tetapi penjaya kegagalan penjajah di zaman penjajahan. Alhamdulillah, sistem ini tetap dijagai oleh Allah didalam kitab sucinya dan hadis nabinya SAW. Sekalipun ia telah diusahakan supaya dimuziumkan di dalam lipatan sejarah, dipateri weldngkan di dalam kotak besi, ia tetap akan muncul semula sebagaimana janji-janji Allah. Maka sekarang adalah masanya.

Sistem Sekarang Penyubur Amalan Rasuah:
Dalam sistem tanah hari ini, amalah rasuah disuburkan oleh sistem itu sendiri. Rasuah pegawai tanah, rasuah DO tanah, rasuah Menteri Besar adalah sesuatu yang tidak boleh ditolak pada hari ini justeru hak milik sesuatu tanah adalah ditangannya. Memberi suapan adalah satu cara yang sangat efectif (berkesan) untuk mendapatkan hak sesuatu tanah justeru kuasa meluluskan berada ditangannya sebagaimana menurut peruntukan undang-undang yang ada.

Statament saya ini bukan bermaksud saya terus menuduh mereka yang memegang kuasa memakan rasuah, tetapi statement saya ini bermaksud sesuatu yang sangat-sangat tidak mustahil untuk rasuah berlakuk secara berleluasa, khususnya dalam sistem yang audit negara yang diberikan kuasa yang sangat terhad.
Di dalam Islam, adalah sangat mustahil untuk rasuah mencelah masuk justeru undang-undang Islam telah menetapkan pemilikan tanah melalui pembuktian siapa yang mendahului pembangunannya. Rakyat dan kerajaan ditengahi (digaris pandukan) oleh undang-undang tanah yang dibuat oleh pencipta makhluk ini sendiri, yang wujud sebelum daripada kewujudan manusia, bersifat mencorakkan manusia justeru kewujudan undang-undang ini adalah bersifat Qadim. Ini sangat berbeza dengan undang-undang tanah moden, ia dicorakkan oleh manusia justeru kewujudannya adalah selepas seseorang manusia mendapat kuasa. Dengan kata lain, undang-undang tanah konvensional wujud selepas wujudnya kuasa, berbeza dengan undang-undang tanah Islam, di mana ianya telah digubal sebelum manusia memegang tampuk khalifah di atas muka bumi ini. Itulah maksud Al-Qadim pada sistem Islam.

Penutup dan Kesimpulan: 

Justeru itu, jika kes Sabasun ini diadili dengan sistem Islam, nescaya akan dinilai siapa yang terlebih dahulu membangunkan tapak tanah berkenaan. Sepastinya semua menyaksikan bahawa ia adalah Sabasun. Sejak saya di peringkat menengah lagi, saya dan orang-orang tempatan sangat bangga dengan Sabasun ini justeru ia adalah milik rakyat tempatan. Kebanggaan ini masih segar dalam ingatan juster lokasi Sabasun ini tidak jauh dari kampong asal saya.
Bersambung….
- Ustaz Zaharudin Muhammad.

Sambungan: “Isu Sabasun: Siapa menguasai duit rakyat, maka dia menguasai peluang ekonomi”.
SABASUN : HUKUM dan KESAN

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena