Tuesday, 3 December 2013

Muhyiddin ingatkan kemerosotan BN dalam PRU13: 'Kureng Popular' pengundi muda dan pengundi bandar...

Rabu, 4 Disember 2013
anakmudamalaysia.com

Seorang lelaki berjalan di hadapan papan billboard perhimpunan agung Umno di PWTC, Kuala Lumpur. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 3 Disember, 2013.
Seorang lelaki berjalan di hadapan papan billboard perhimpunan agung Umno di PWTC, Kuala Lumpur. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 3 Disember, 2013.

Muhyiddin ingatkan kemerosotan BN dalam PRU13
Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan ketiga-tiga sayap parti supaya tidak lalai dan leka di sebaliknya kejayaan Umno dan BN dalam pilihan raya umum ke-13 lalu.

Katanya, sekalipun Umno berjaya menambah bilangan kerusi di parlimen, tetapi BN mengalami kekurangan sokongan terutamanya dalam kalangan pengundi muda dan pengundi bandar.

"Kita berjaya memenangi semula negeri Kedah dan mengekalkan pentadbiran negeri Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Perlis dan Sabah, tetapi kita gagal memenangi Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan," katanya yang juga timbalan perdana menteri.

Sehubungan itu, Muhyiddin menyeru ahli Umno bermuhasabah secara jujur dan ikhlas untuk mengetahui sebab-musabab mengapa sokongan pengundi bandar dan golongan muda terhadap parti itu tidak seperti yang diharapkan.

"Apakah selama ini sentuhan Umno tidak begitu dirasai oleh mereka? Mungkinkah terdapat kelemahan-kelemahan yang perlu kita perbaiki? Apakah bentuk penambahbaikan yang perlu kita laksanakan?

"Setidak-tidaknya, para pengundi telah menghantar mesej jelas kepada Umno bahawa transformasi Umno sebagai parti yang benar-benar merasai denyut nadi rakyat dan berupaya menggalas harapan rakyat mesti diteruskan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian bertajuk "Menyambung Risalah Perjuangan Suci" bagi mesyuarat agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di PWTC malam ini.

Beliau berkata Umno bersyukur kerana proses pemilihan parti berjalan lancar tanpa sebarang musibah sekaligus membuktikan membuktikan bahawa proses transformasi Umno untuk menjadikan parti yang lebih demokratik, telus dan terbuka semakin berhasil.

Tanpa menyebut nama parti dimaksudnya, Muhyiddin menyindir mereka yang dianggapnya "gemar mendabik dada, juara demokrasi, akauntabiliti, ketelusan, kecekapan dan kononnya parti yang terbaik di negara ini.

"Tetapi Allah Maha Berkuasa. Baru-baru ini ditunjukkan tembelang sebenar parti ini yang terpaksa mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat kerana didakwa oleh ahli mereka sendiri terdapat penipuan dalam proses pengundian.

"Lebih teruk lagi, pemilihan kali kedua pun masih dipertikaikan," katanya.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena