Jom kita sama² berselawat keatas Junjungan Besar Nabi Muhammad saw sempena Maulidur Rasul 1435H.
Kita kerap diingati untuk memberikan selawat ke atas Rasulullah saw. Ini sebenarnya adalah perintah Allah swt ke atas hamba-hambaNya dan Rasulullah saw juga telah memberi kita ingatan kelebihan dan ganjaran selawat ke atas Baginda...
Firman Allah swt yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya."
(Al-Ahzaab 33:56)
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
“Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah swt akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. (Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a)
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
“Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. (Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a)
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
“Barangsesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. (Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a)

0 comments:
Post a Comment