Koleksi Parang Setiap Kali Himpunan Bantah Kerajaan
Seperti yang dijangkakan, letupan bom, rusuhan bersenjata dan berbagai lagi kekecohan yang diwar-warkan akan berlaku di Himpunan Bantah Kenaikan Harga Barangan dan Perkhidmatan tidak berlaku.
Ini taktik sama yang digunakan seperti masa lalu untuk memburukkan himpunan rakyat
Tindakan ini menunjukkan kerajaan cuba mengelak dari menjelaskan justifikasi kenaikan harga barang.
Perhimpunan itu akan berlangsung secara aman tetapi sedikit khuatir sekiranya pihak yang menentang acara tersebut akan melakukan sabotaj.
Cerita Bersih 2011 dan 2012
Pihak polis menerima lebih 2,000 laporan polis pada 2011 oleh pihak yang membantah penganjuran perhimpunan BERSIH 2.0.
Malah dua hari sebelum protes pada 9 Julai, pegawai sama, Amar Singh mendedahkan polis menjumpai berbelas parang dan 'molotov cocktail' yang didakwa disimpan oleh penganjur demonstrasi.
Seperti kali ini, kerajaan turut menuduh mereka cuba menggulingkan kerajaan selepas mereka menganjurkan himpunan BERSIH 3.0 pada 2012.
Selapas itu BERSIH telah mengemuakan saman ke atas New Straits Times berikutan dakwaan tersebut, dan akhbar tersebut kemudiannya memohon maaf.
Hairan mengapa kerajaan masih melakukan modus operandi yang sama terhadap Bantahan kali ini.
Kerajaan harus tahu rakyat tidak lagi mempercayai taktik sebegini. Rakyat lebih bijak dan mempunyai lebih akses maklumat.
Adalah lebih baik untuk kerajaan belajar dan menjawab soalan dengan bijak, bukannya melakukan kerja gila seperti ini.
Bantahan seperti BERSIH memperjuangkan isu rakyat yang jelas dan bermakna.
Sejurus himpunan Bantah kali ini diumumkan, sebuah gambar misteri disebarkan di sosial media yang mempromosi acara "himpunan gulingkan kerajaan" dengan tarikh dan tempat yang sama dengan himpunan kali ini.
Pemimpin akar umbi BN serta NGO berkaitan Umno membuat lebih 1,000 laporan polis atas “himpunan guling” tersebut.
Walaupun para aktivis berulangkali berkata protes mereka menumpukan isu kenaikan harga barang sahaja, media berkaitan kerajaan terus memainkan peranan dan menggunakan terma "himpunan gulingkan kerajaan" dalam laporan berita mereka.
Kemuncaknya, blog pro Umno semalam menerbitkan sebuah emel didakwa dihantar oleh Abdul Rahim Ghouse, seorang yang rapat dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kepada pengarah strategi PKR Rafizi Ramli.
Emel bertajuk "C for Chaos" (C untuk Kekacauan) itu mendakwa akan terdapat berlaku beberapa "letupan kecil" pada hari tersebut.
Rahim menafikan menghantar emel tersebut sementara Rafizi menganggap ia satu 'drama yang teruk'.
Semasa Himpunan Bantah Kenaikan Harga Barangan dan Perkhidmatan
Empat bilah parang dan tiga pisau ditemui di dalam longkang berhampiran Kompleks Dayabumi, dipercayai dibuang oleh peserta perhimpunan haram yang memenuhi Dataran Merdeka malam tadi.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata senjata itu ditemui oleh polis bantuan pada 9.30 malam.
Sejauh mana pemikiran kita untuk terima segala momokkan ini.. Akhirnya kita menderita.. Jangan jadi tukang hang-gok.. Sesekali bersuara lantang.. Itu lah yang lebih baik..
Read more: http://pakat-pakatkalih.blogspot.com/2014/01/koleksi-parang-setiap-kali-himpunan.html#ixzz2pCvYQm00
0 comments:
Post a Comment