Thursday, 9 January 2014

Terengganu HOT!!! Hero 'Walk 4 Malaysia' UMNO Terengganu koma dibelasah .. Lelaki pula AMUK bawa parang ke sekolah...

Khamis, 9 Januari 2014
Tentu ramai yang masih ingat akan kelibat seorang penyokong tegar UMNO/BN yang telah bernazar untuk berjalan kaki dari Kuala Besut ke Putrajaya jika UMNO/BN berjaya mengekalkan kerusinya di Kuala Besut dalam pilihan raya kecil baru-baru ini.

Mohd Noor Mat, 47 yang merupakan seorang Pekerja Rendah Am Yayasan Islam Terengganu cawangan Besut akan menunaikan nazarnya untuk berjalan kaki sejauh lebih 680 kilometer itu.

Beliau dikatakan akan cuba mengambil masa selama 12 hari bagi menamatkan perjalanan melalui Kuala Besut ke Kuantan dan Kuala Lumpur sebelum ke Putrajaya.
Posted by Anak Sungai Derhaka 
Betul ke ni?
Dikatakan MAD NOOR MENINGGAL DUNIA ?

Betul ke? Katanya kluar kat berita dah.. siapa yang ada info tepat sila berikan komen..

Photo: MAD NOOR MENINGGAL DUNIA ?

Betul ke? Katanya kluar kat berita dah.. siapa yang ada info tepat sila berikan komen..

Ni kenapa nak gaduh-gaduh ni..
Kita Bantai Dot Info shared Iman Shauqah's photo.
MOHD NOOR MAT KOMA

Takziah untuk Mohd Noor.. Jalan kaki xder la penat sgt.. jalan sikit jer pastu blackout sampai dah putrajaya.. (pakai jin kot) kikiki..

Ni kenapa nak gaduh2 ni.. hang p beduk kepala mad noor tu dgn apa weii.. sampai koma kawan tu? ada yang x dapat agihan lebih ke..?
Photo: MOHD NOOR MAT KOMA

Takziah untuk Mohd Noor.. Jalan kaki xder la penat sgt.. jalan sikit jer pastu blackout sampai dah putrajaya.. (pakai jin kot) kikiki..

Ni kenapa nak gaduh2 ni.. hang p beduk kepala mad noor tu dgn apa weii.. sampai koma kawan tu? ada yang x dapat agihan lebih ke..?

Hero 'Walk 4 Malaysia' UMNO Terengganu koma dibelasah ..



Posted by Anak Sungai Derhaka


Tunai ikrar jalan kaki ke Putrajaya
Mohd Noor (empat dari kanan) diringi peserta pengiring memulakan berjalan kaki Kuala Besut ke Putrajaya di Jambatan Kuala Besut. - Foto MOHAMAD ISHAK

 Lelaki AMUK bawa parang ke sekolah
Beberapa pelajar turut meninjau lokasi kejadian untuk melihat keadaan motosikal-motosikal yang menjadi ‘mangsa’ keadaan, dalam insiden itu


KUALA TERENGGANU - “Saya tidak tahu kenapa lelaki itu datang mengamuk dan tergamak merosakkan motosikal saya dan beberapa rakan lain sedangkan kami langsung tidak mengenali dia,” demikian luahan seorang pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Mazlan, 17.

Dia adalah seorang pemilik motosikal yang dirosakkan seorang lelaki bersenjatakan sebilah pisau dan batu, dalam satu kejadian di sebuah sekolah menengah, di sini, kira-kira jam 10 pagi, semalam.

Menurut Mazlan, dia hanya mengetahui motosikalnya dirosakkan selepas diberitahu rakan sekelas sebaik keluar untuk ke kantin, memandangkan kejadian berlaku ketika waktu rehat.

“Saya memang nampak ramai pelajar berkumpul mengerumuni kawasan letak motosikal pelajar di luar pagar sekolah.

“Saya tak syak apa-apa sehinggalah dimaklumkan oleh seorang rakan, motosikal saya dirosakkan seorang lelaki bersenjatakan sebilah parang dan batu,” katanya

Jelasnya, bukan motosikalnya sahaja menjadi mangsa, malah dua buah lagi turut mengalami nasib sama apabila dibaling dengan batu selain sembilan buah motosikal lagi telah dijatuhkan.

Katanya, difahamkan lelaki dipercayai berusia 18 tahun itu sudah datang ke sekolah itu dan mengurung seorang pelajar wanita di dalam tandas sekolah, kelmarin.

“Tapi, saya difahamkan perbuatan lelaki itu sempat dihalang pelajar lelaki yang kebetulan ternampak kejadian itu sebelum bertindak menghalaunya keluar dari sekolah,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk yang turut menyaksikan insiden itu yang hanya mahu dikenali sebagai Zila, 40, berkata, sebelum kejadian, lelaki itu datang dan membuat bising lalu membaling batu ke arah motosikal milik pelajar yang diletakkan di luar pagar sekolah.

“Pada mulanya saya cuba memberanikan diri menegur perbuatan lelaki itu tetapi bila nampak dia pegang pisau, saya ambil keputusan bersembunyi dan melihat kejadian itu dari jauh kerana takut.

“Saya lihat lelaki itu masuk ke dalam kawasan sekolah dan tidak lama kemudian kelihatan dia dihalau keluar dan terus melarikan diri,” jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri, Hashim Mohd Zin berkata, siasatan awal mendapati tiada pelajar wanita sekolah itu yang didakwa dikurung di dalam tandas oleh lelaki terbabit, kelmarin.

“Memang semalam (kelmarin), lelaki itu ada masuk ke dalam kawasan sekolah, namun dia meminta izin dengan pengawal keselamatan dengan memberitahu untuk bertemu dengan seorang pelajar.

“Berdasarkan siasatan awal, kita dapati lelaki terbabit kurang siuman dan telah merosakkan 12 buah motosikal milik pelajar yang diletakkan di luar kawasan sekolah dengan pengawasan pengawal keselamatan bertugas,” katanya.

Katanya, lelaki itu difahamkan sebelum ini terbabit dalam kemalangan jalan raya mengakibatkannya mengalami gangguan mental, dan sebelum ini pernah berkeliaran di hadapan sekolah tetapi tidak menimbulkan kekacauan.

Sumber: Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena