Friday, 24 October 2014

Aku hadir BERSIH, Blackout, Bantah ISA, FGVH, 28hb aku hadir lagi...Aku tak peduli ramai orang datang ke tidak...

Sabtu, 25 Oktober 2014

Otai Reformasi telah mengongsi status Wfauzdin Ns.
7 jam yang lalu
Ketua Pemuda PAS, Sdr Suhaizan Kayat melahirkan rasa simpati dan mengajak orang ramai bersolidariti di mahkamah Putrajaya dlm keputusan perbicaraan DS Anwar Ibrahim pada 28 hb Okt ini.



Otai Reformasi telah mengongsi status Wfauzdin Ns.
7 jam yang lalu
Himpunan2 BERSIH dulu pun aku hadir. 

Himpunan Blackout pun aku hadir. 

Himpunan bantah ISA dulu pun aku hadir. 

Bahkan aku yg bukan anak felda ni pun hadir bila ada himpunan bantah FGVH di Putrajaya dulu. 

Aku tak peduli Anwar ada ke atau tidak. 

Aku juga tak peduli ramai orang datang ke tidak.

 InsyaAllah, himpunan di mahkamah putrajaya pada 28hb Okt ini nanti aku akan hadir lagi. 

Yang aku peduli adalah satu iaitu bangsat dacing baghdad tu patut dihapuskan wlaupun terpaksa berlawan sampai hujung nyawa.....



Otai Reformasi telah mengongsi status Roslan Bin Ahmad.
7 jam yang lalu
RAKYAT HAKIM NEGARA itu satu inisiatif yg ber slogan. Apa intipati nya? Demokrasi itu apa ya? Lihat sekeliling Dan tanya Akta Hasutan itu selari kah dgn demokrasi. 

Berapa ramai Sudah jd mangsa? Sang pemerintah sewenang2 menggunakan nya Demi survival politik Rakus! Kita tahu penggunaan Akta tersebut tidak lain tidak bukan bertujuan membatalkan kelayakan mereka yg di sabit kan drpd menyertai pilihan raya kelak! 

Kes rayuan DSAI 28/10 ini Akan juga memenjarakan pemimpin politik yg telah pun di restui 52% Rakyat. Sebagai pemimpin terutama, pensabitan Beliau Akan menjadi pendorong kpd kes kes Akta Hasutan yg Sedang menunggu perbicaraan. 

Apakah Kita Rakyat Ingin biarkan KERAKUSAN ini berleluasa? Tepuk dada tanya lah IMAN. Sejarah Akan TERPAHAT Dan merakamkan SIKAP Rakyat ini untuk di teladani generasi Akan datang. Anggap kan ini SEBUAH tazkirah hujung Tahun 1435 hijri untuk memasuki Tahun 1436 besok. Wallahu a'lam.

Gambar: ‎Salam Maal Hijrah

Muharram 1436H Tiba!

بسم الله الرحن الرحيم

Muharram tiba lagi, tahun silih berganti dengan cepatnya, kita semakin menghampiri kiamat.

Sudah bersediakah kita dengan bekalan amalan?

Dalam persediaan itu jangan pula kita tersalah jalan tersasar dari yang sahih sehingga merugikan...

Ramai daripada kalangan masyrakat yang bertanya:

Benarkah sebaran mengenai catatan amalan ditutup pada akhir tahun, dibuka pada awal Muharram?

Dan benarkah ganjaran orang memperingatkan tentang Muharram?

Ada beberapa perkara yang agak keliru dikaitkan dengan bulan Muharram.

Antaranya, hijrah Rasulullah s.a.w dikatakan berlaku pada 1 Muharram.

Membaca doa awal tahun dan buku catatan amalan ditutup dan dibuka yang baru.

HIJRAH:

Hijrah Rasulullah s.a.w ke Madinah bermula pada bulan Safar. Manakala sahabat-sahabat lain ramai yang berhijrah beberapa bulan sebelum Baginda.

Baginda sampai di Madinah pada bulan Rabi'ul Awwal. [Lihat al-Rahiqal-Makhtum, kitab sirah karangan Safiy al-Rahman al-Mubarakfuri] Bukan bulan Muharram.

Muharram adalah bulan pertama dari 12 bulan dalam perkiraan orang-orang Arab sejak zaman jahiliyyah. Namun mereka tidak ada sistem tahun seperti sekarang. Maka khalifah Umar al-Khattab ra memutuskan, selepas perbincangan dengan para sahabat yang lain, perkiraan tahun bagi umat Islam ialah bermula pada tahun hijrah Rasulullah saw. Pada tahun Rasulullah berhijrah itu, Baginda berhijrah dari tempoh bulan Safar hingga Rabiul Awwal, bukan dalam 1 Muharram.

DOA AWAL TAHUN (DAN BERANGKAI DENGAN DOA AKHIR TAHUN)

Doa itu ibadah, begitu juga memohon ampun, boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai.

Termasuklah doa kita contohnya, "Ya Allah, semoga bermula tahun baru hijrah ini, bertambah iman dan ilmuku, dan semakin baik amalanku."

Namun doa awal tahun dan akhir tahun, yang dibaca dengan kaifiyyat tertentu dikritik oleh para ulama’, kerana ia disandarkan kepada sebuah riwayat yang antaranya; ‘Menganjurkan dibaca doa itu 3 kali, dan syaitan pun dikatakan kecewa tidak dapat menggo
danya pada tahun itu.'

Riwayat ini tidak ditemui asal usulnya oleh para ulama’. Ia dikemukakan dalam buku tertentu tanpa dinyatakan sanad dan sumber.

Tiada dalam kitab-kitab hadis mu'tabarah, dan diputuskan sebagai riwayat yang batil.

Jadi, tidak boleh kita yakini bahawa ia adalah anjuran dalam agama Islam.

CATATAN AMALAN

Dakwaan yang mengatakan catatan amalan ditutup pada akhir Zulhijjah, dan dibuka pada awal Muharram tidak didasari dengan dalil al-Quran, tidak juga daripada hadis Nabi s.a.w.

Hadis-hadis yang sahih / thabit menyebut bahawa amalan kita dibentangkan pada:

1. Setiap hari (setiap pagi dan petang).

2. Dua kali setiap minggu (setiap Isnin dan Khamis)

3. Setiap tahun, iaitu pada bulan Syaaban. (Bukan nisfu Sya'ban. -Hadis yang tidak sahih juga banyak berkisar tentang nisfu Sya'ban-)

Hadis-hadis sahih / thabit bagi setiap kategori adalah seperti berikut:

✅1. Amalan diangkat/dibentang 2 kali setiap hari:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ " يَتَعَاقَبُونَ فِيكُمْ مَلاَئِكَةٌ بِاللَّيْلِ وَمَلاَئِكَةٌ بِالنَّهَارِ، وَيَجْتَمِعُونَ فِي صَلاَةِ الْفَجْرِ وَصَلاَةِ الْعَصْرِ، ثُمَّ يَعْرُجُ الَّذِينَ بَاتُوا فِيكُمْ، فَيَسْأَلُهُمْ وَهْوَ أَعْلَمُ بِهِمْ كَيْفَ تَرَكْتُمْ عِبَادِي فَيَقُولُونَ تَرَكْنَاهُمْ وَهُمْ يُصَلُّونَ، وَأَتَيْنَاهُمْ وَهُمْ يُصَلُّونَ ".

Rasulullah saw bersabda, maksudnya:

"Para malaikat (syif) malam dan malaikat (syif) siang silih berganti turun kepada kalian. Mereka berkumpul pada setiap waktu Subuh dan setiap waktu Asar. Kemudian, malaikat yang menjaga kalian (jika waktu Subuh, malaikat malam, jika waktu Asar, malaikat siang) naik ke atas. Allah pun bertanya kepada malaikat-malaikat itu - walhal Dia lebih mengetahui tentang hamba-hamba-Nya:

{Dalam keadaan bagaimana kamu semua tinggalkan hamba-hamba-Ku itu?}

Jawab para malaikat: 'Kami tinggalkan mereka dalam keadaan mereka sedang solat. Begitu juga ketika kami datang kepada mereka, mereka sedang solat.'

[Sahih al-Bukhari, Kitab Waktu-Waktu Sembahyang‎

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena