Saturday, 20 December 2014

Menteri kena lagi...NUTP bidas Ahmad Maslan? "Guru Geografi bikin marah"

Ahad, 21 Disember 2014

Ahmad Maslan Dibidas NUTP Kerana Utarakan Cadangan Bodoh

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menganggap cadangan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan tidak beretika kerana mahu tempoh pengajaran mata pelajaran Geografi dipendekkan.

Presiden NUTP, Hashim Adnan berkata, langkah berkenaan akan menyebabkan guru Geografi marah kerana masa pengajaran mereka diambil untuk subjek lain.


"Ini tak kena kerana (mata pelajaran) masing-masing adalah subjek peperiksaan. Takkan kita hendak potong masa orang lain?

"Cikgu Geografi tentu akan marah," katanya yang mengulas cadangan Ahmad agar waktu pengajaran Geografi dipendekkan untuk mengutamakan subjek keusahawanan.

Bercakap kepada Malaysiakini, Hashim berkata langkah yang lebih baik adalah dengan memperluaskan sukatan keusahawanan yang kini diterapkan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup.

"Saya bukan bermaksud untuk melihat guru yang mengajar Kemahiran Hidup perlu mengajar lebih masa, tetapi penambahbaikan kurikulum dan mata pelajaran tersebut dan titik beratkan keusahawanan agar diperluaskan," katanya.

Cadangan itu dilontar Ahmad sebagai keluhan terhadap perbezaan kecenderungan sikap anak Melayu dan Cina dalam bidang keusahawanan.

Menurutnya, anak Melayu lebih gemar melastik burung dan mandi parit sedangkan anak Cina mempraktikkan keusahawanan dengan menolong ibu bapa mereka di kedai.

Ahmad merupakan anggota kabinet yang sering tampil membuat penjelasan mengenai kerugian yang dialami syarikat pelaburan dicetuskan perdana menteri, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Antara isu utama yang membelenggu 1MDB ialah soal pelaburan di bank luar pesisir Cayman Island, yang disifatkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai satu “perjudian”.
BLM.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena