Rabu, 28 Januari 2015
Published on Jan 28, 2015
Badan Bukan Kerajaan (NGO) Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), menggesa kerajaan untuk mengambil tindakan berjaga-jaga dengan kemungkinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melarikan diri ke luar negara menjelang keputusan sabitan kesalahan meliwat pembantunya pada 10 Februari ini.
Mursyidul Am Tibai, Muhammad Zahid Md Arip berkata, kerajaan perlu mengambil iktibar dari kes Koperal Sirul Azhar Umar yang kini sudah melarikan diri ke Australia sebelum keputusan kes membunuh Altantuya diumumkan baru-baru ini.
PETALING JAYA: Bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Shahbudin Husin berkata, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah seorang yang penakut sehingga memaksa beliau bertindak melarikan diri keluar negara untuk mendapatkan perlindungan politik.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) pro UMNO yang sebelum ini mendesak polis dan Imigresen supaya melakukan pemantauan lebih ketat terhadap Anwar supaya beliau tidak keluar negara sebelum keputusan kes liwat II pada 10 Februari diketahui.
“Mengikuti perjalanan politik Anwar sejak zaman mahasiswa sehinggalah sekarang, beliau bukanlah seorang yang penakut. Selain pernah dipenjara di bawah ISA ketika berusia awal dua puluhan, Anwar juga dipenjarakan sekali lagi sebaik dipecat daripada kerajaan pada 1998.
“Tetapi semangat ‘lawan tetap lawan’ kekal menjadi pegangannya sehingga ke hari ini,” tulisnya dalam entri terbaru blog shahbudin.blogspot.com. Tambah Shahbudin, Anwar tidak akan melarikan diri keluar negara sepeti yang didakwa sesetengah pihak, kerana tindakan sedemikian bukanlah darah sejati sebagai pemimpin dan ahli politik yang ada pada beliau.
“Anwar bukan saja mempamerkan jiwa berani bahkan, dalam ucapannya juga kerap kali mengingatkan bahawa menjadi pemimpin mestilah disertai dengan keberanian,” ujarnya. Malah, dengan dibarisi penguam-peguam handal yang mewakilinya, Anwar juga menguatkan lagi keyakinan beliau akan dibebaskan pada 10 Februari nanti. Sehubungan itu, Shahbudin menambah, kebimbangan Anwar akan melarikan diri sebagaimana yang dilakukan Sirul Azhar Umar sebenarnya hanyalah igauan semata-mata jika dilihat berdasarkan sejarah panjang perjuangannya sebelum ini.
“Jika dibebaskan, beliau akan melawan sebagai pemimpin yang bebas dan merdeka dan jika dipenjarakan pula, beliau tetap ada cara meneruskan perjuangannya dari celah-celah tiang besi yang memenjarakannya,” ujarnya.
- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/01/28/dakwaan-anwar-lari-keluar-negara-hanya-igauan/#sthash.36ht17m6.dpuf
Mursyidul Am Tibai, Muhammad Zahid Md Arip berkata, kerajaan perlu mengambil iktibar dari kes Koperal Sirul Azhar Umar yang kini sudah melarikan diri ke Australia sebelum keputusan kes membunuh Altantuya diumumkan baru-baru ini.
Dakwaan Anwar lari keluar negara hanya igauan
Semangat "lawan tetap lawan" kekal menjadi pegangan Anwar sehingga ke hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) pro UMNO yang sebelum ini mendesak polis dan Imigresen supaya melakukan pemantauan lebih ketat terhadap Anwar supaya beliau tidak keluar negara sebelum keputusan kes liwat II pada 10 Februari diketahui.
“Mengikuti perjalanan politik Anwar sejak zaman mahasiswa sehinggalah sekarang, beliau bukanlah seorang yang penakut. Selain pernah dipenjara di bawah ISA ketika berusia awal dua puluhan, Anwar juga dipenjarakan sekali lagi sebaik dipecat daripada kerajaan pada 1998.
“Tetapi semangat ‘lawan tetap lawan’ kekal menjadi pegangannya sehingga ke hari ini,” tulisnya dalam entri terbaru blog shahbudin.blogspot.com. Tambah Shahbudin, Anwar tidak akan melarikan diri keluar negara sepeti yang didakwa sesetengah pihak, kerana tindakan sedemikian bukanlah darah sejati sebagai pemimpin dan ahli politik yang ada pada beliau.
“Anwar bukan saja mempamerkan jiwa berani bahkan, dalam ucapannya juga kerap kali mengingatkan bahawa menjadi pemimpin mestilah disertai dengan keberanian,” ujarnya. Malah, dengan dibarisi penguam-peguam handal yang mewakilinya, Anwar juga menguatkan lagi keyakinan beliau akan dibebaskan pada 10 Februari nanti. Sehubungan itu, Shahbudin menambah, kebimbangan Anwar akan melarikan diri sebagaimana yang dilakukan Sirul Azhar Umar sebenarnya hanyalah igauan semata-mata jika dilihat berdasarkan sejarah panjang perjuangannya sebelum ini.
“Jika dibebaskan, beliau akan melawan sebagai pemimpin yang bebas dan merdeka dan jika dipenjarakan pula, beliau tetap ada cara meneruskan perjuangannya dari celah-celah tiang besi yang memenjarakannya,” ujarnya.
- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/01/28/dakwaan-anwar-lari-keluar-negara-hanya-igauan/#sthash.36ht17m6.dpuf
0 comments:
Post a Comment