Saturday, 14 February 2015

AKHBAR THE EDGE - Anwar di penjara, laluan mudah serangan terhadap Najib...

Ahad, 15 Februari 2015

TIGA MUSUH UTAMA NAJIB, ANWAR, MAHATHIR & GST - DEDAH AKHBAR THE EDGE REVIEW

Anwar di penjara, laluan mudah serangan terhadap Najib, tulis Edge Review


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini berkemungkinan terdedah kepada serangan dalaman yang mungkin tidak disedarinya selepas ketiadaan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang selama ini menjadi pesaing utama. 

Keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan pertuduhan liwat dan hukuman lima tahun penjara kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim "perjudian besar " yang boleh menjadi “senjata makan tuan” kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, lapor The Edge Review dalam edisi terbarunya.

Dengan terkeluarnya pemimpin pembangkang itu daripada laluan, pengkritik Najib dari dalam parti pemerintah beliau berkemungkinan menghalakan serangan kepadanya dan ia akan menjadi lebih dahsyat, kata majalah mingguan digital itu.

Kritikan terhadap Najib nampaknya "semakin hangat", ia berkata, walaupun pada hakikatnya penyokong perdana menteri percaya memenjarakan Anwar akan memperkukuhkan kedudukan Najib dalam Umno, dengan menggambarkan beliau sebagai "pemimpin yang tegas".

Dalam artikel "The Najib Dilemma”, The Edge Review berkata penyokong perdana menteri percaya pemenjaraan Anwar boleh membawa kepada kemusnahan gabungan pembangkang, Pakatan Rakyat (PR), di samping meningkatkan prestij Najib dalam Umno.

Mereka bersependapat dalam hal ini berasa PR sudah berada dalam keadaan lemah berikutan pergaduhan terbuka antara PAS dan dua rakan kongsinya, PKR dan DAP, berhubung isu kaum dan agama. Penahanan Anwar akan menjadi pencetus kepada perpecahan pakatan pembangkang.

Tetapi The Edge Review berkata penahanan ketua umum PKR itu boleh memberi Najib "masalah baru" dalam bentuk serangan lebih ganas terhadapnya daripada pengkritik di dalam Umno.

"Najib, yang sedang bergelut dengan prestasi terburuk sejak memegang tampuk kuasa pada bulan April 2009, mungkin memberikan kelebihan tidak disengajakan kepada pesaingnya, yang diketuai bekas Perdana Menteri (Tun) Dr Mahathir Mohamad, kelebihan dalam kempen secara terbuka untuk menyingkirkannya," lapornya lagi.

Memetik pendapat Ibrahim Suffian daripada Merdeka Centre, majalah digital itu berkata dengan Anwar di penjara, yang "perhatian dalam Umno kini tertumpu pada Najib", yang juga presiden parti.

Sebagaimana diketahui, Dr Mahathir memperbaharui serangannya terhadap Najib, hanya dua hari selepas keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan penyabitan dan lima tahun hukuman penjara kepada Anwar.

Dr Mahathir berkata dalam satu forum di Kuala Lumpur pada Khamis yang merujuk kepada Najib, "jika anda tidak menunjukkan prestasi yang baik dan orang mengatakan anda tidak bagus, sila letak jawatan."

Juga minggu ini, Najib dan keluarga didedahkan dalam New York Times berkenaan kekayaan mereka, termasuk pemilikan multi-jutaan dolar rumah di Amerika Syarikat.

The Edge Review juga memetik kata-kata bekas ahli Majlis Tertinggi Umno yang mengatakan "Mahathir dan orang-orangnya kini boleh menumpukan serangan kepada Najib".

Walaupun Najib mungkin kelihatan kukuh dalam Umno dan kekurangan mekanisme untuk menggulingkannya, kritikan yang berterusan untuk beberapa waktu terutama hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB), mungkin menjadi lebih buruk jika perdana menteri gagal menangani kebimbangan ekonomi.

Ini termasuk hutang negara yang tinggi dan juga pendapatan hasil minyak dan gas yang menurun, yang mana Malaysia adalah pengeksport bersih.

Kritikan ini sedang berjalan tetapi ujian sebenar untuk survival Najib mungkin adalah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada bulan April.

Jika menghantar Anwar ke penjara menjadi suatu perjudian yang boleh menjadi “senjata makan tuan” kepada Najib, GST boleh menjadi serangan balasan yang tidak dijangka, terutama daripada kalangan golongan miskin luar bandar, kata laporan itu.

~SUMBER

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena