Wednesday 11 February 2015

Keputusan mahkamah memenjara Anwar merugikan Malaysia di peringkat antarabangsa!

Khamis, 12 Februari 2015

Kes Anwar permulaan tahun baharu yang teruk buat Malaysia, kata Kit Siang

lim kit siang malaysiakini










Lim Kit Siang berkata keputusan mahkamah memenjara Datuk Seri Anwar Ibrahim merugikan Malaysia di peringkat antarabangsa. – Gambar Malaysiakini

Malaysia memulakan tahun 2015 sebagai Pengerusi Asean dan anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan cara yang teruk, apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dihantar ke penjara, kata veteran DAP Lim Kit Siang.

Katanya, keputusan mahkamah semalam terhadap ketua pembangkang itu merugikan Malaysia di peringkat antarabangsa.euro anwar ibrahim
Ini kerana, Anwar memperjuangkan keadilan, kebebasan, maruah insan dan pembinaan negara-bangsa Malaysia, serta Wawasan 2020 di mana Malaysia diharapkan mencapai status negara maju dalam masa lima tahun lagi, kata Lim.
“Terima kasih kepada Mahkamah Persekutuan, Malaysia sekali lagi menimbulkan kemarahan antarabangsa bersabit persoalan kedaulatan undang-undang, demokrasi dan hak asasi manusia – tiada permulaan yang lebih buruk buat Malaysia pada tahun ini, sebagai anggota Majlis Keselamatan PBB dan sebagai negara Pengerusi Asean,” tambah Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Australia, Kesatuan Eropah dan juga media antarabangsa serta badan hak asasi manusia turut mengkritik Malaysia atas tindakan berkenaan.
Anwar dijatuhkan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Beberapa wakil kerajaan asing, termasuk jurucakap Majlis Keselamatan Dalam Negeri White House, Bernadette Meehan berkata, Amerika Syarikat amat runsing dengan pendakwaan Anwar dan resah dengan perihal kedaulatan undang-undang di Malaysia.
Jabatan Luar dan Komanwel United Kingdom turut berkata, selain daripada integriti dan kedaulatan undang-undang, Malaysia mesti menghayati kesederhanaan dan toleransi jika mahu berjaya.
Suruhanjaya Tinggi Kanada di Kuala Lumpur pula menyifatkan penghakiman terhadap Anwar dibuat ketika Kanada dan negara lain menyatakan kebimbangan mereka mengenai pendakwaan terpilih dan Akta Hasutan 1948.
“Malah editorial Singapore Business Times pun menulis yang keyakinan awam terhadap badan kehakiman negara ini menjunam sehinggakan sedikit sekali yang benar-benar terkejut dengan keputusan semalam.
“Malah, kenyataan yang dibuat Pejabat Perdana Menteri, beberapa minit sahaja selepas Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria mengumumkan keputusan terhadap rayuan Anwar, tetapi sebelum hukuman dijatuhkan, hanya menambah kepada syak wasangka dalam dan luar negara terhadap sama ada wujud kebebasan badan kehakiman dan kedaulatan undang-undang yang adil,” kata Lim dalam kenyataan itu.
“Ini mengundang ucapan Anwar dari kandang tertuduh terhadap para hakim, mendakwa mereka menggadaikan jiwa raga mereka kepada iblis dan tunduk kepada arahan tuan politik, dan dalam proses tersebut bersubahat membunuh kebebasan dan integriti badan kehakiman.”anwar sedih wan azizah
Mengulas pandangan Presiden Majlis Peguam, Christoper Leong, Lim berkata Saiful juga seharusnya dikenakan tindakan memandangkan pendakwaan terhadap Anwar dibuat di bawah pertuduhan hubungan seks luar tabi’i secara konsensual.
Lim juga menyeru agar tiga parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu bersatu susulan hukuman yang dikenakan terhadap Anwar.
“DAP, PKR dan PAS, serta begitu banyak pertubuhan dan individu bukan kerajaan yang memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada PR dalam tempoh tujuh tahun yang lalu, mestilah turut bersedia berjuang sehingga ke akhirnya bagi memastikan kejayaan PR.”
Katanya, PR hanya boleh kekal dan berjaya sekiranya mereka berpegang kepada dua prinsip utama iaitu mematuhi dengan tegas Dasar Rangka Kerja Bersama PR dan semangat permuafakatan dalam Majlis Pimpinan PR sebagai badan pembuat dasar tertinggi.
“Penghormatan terbesar yang boleh kita berikan kepada Anwar di saat beliau memulakan tempoh penjara ini ialah dengan memperkukuhkan dua prinsip asas ini yang menjadi rahsia kejayaan PR, kerana ia akan memberikan kekuatan demi kekuatan kepada PR,” katanya.
“Ini sesuatu yang amat ditakuti lawan politik kita dari Umno dan BN, dan mereka terus mencuba untuk menghancurkan integriti dan kelangsungan hidup PR dengan menghancurkan dua prinsip asas itu,” tambahnya. Baca lanjut sumber The Malaysian Insider
Posted  by Ana Ghoib in Berita Harian

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena